Cara Tingkatkan Keselamatan Akaun TikTok

Cara Tingkatkan Keselamatan Akaun TikTok 


Assalamualaikum, Hi korang. Petang ni KakYa nak kongsi dengan korang Cara Tingkatkan Keselamatan Akaun TikTok korang. Korang yang ada akaun TikTok mesti la tak nak kalau akaun korang tetiba kena hack oleh seseorang yang tak bertanggungjawap kan? Tambah tambah lagi kalau korang mempunyai followers yang ramai. 


Cara Tingkatkan Keselamatan Akaun TikTok, cara jaga akaun tiktok dari kena hack, cara  elak akaun tiktok kena curi, cara buat akaun tiktok,

Mesti korang sayang kat akaun korang tu. Mahu tak sayang, ingat senang ke nak dapat followers ni. Bukan kejer senang sebenarnya nak orang follow kita. Kena usaha usaha dan usaha setiap hari bagi followers tu naik. Bila dah sayang kita tak nak la akaun TikTok kita tu hilang dari radar. Makanya kenalah tingkatkan keselamatan akaun kita. Camne cara nak tingkatkan keselamatan akaun TikTok, jom KakYa kongsi satu persatu perdua pertiga dengan korang. 

Langkah Langkah Yang Perlu Di Buat Untuk Tingkatkan Keselamatan Akaun TikTok


Berikut ialah langkah langkah dan cara yang boleh diguna pakai bagi memastikan akaun TikTok korang selamat dan terjamin;

Pautkan Nombor Telefon Dan Email Ke Akaun TikTok 


Korang boleh tambahkan dua kaedah hubungan pada akaun korang iaitu menggunakan nombor telefon dan juga email. Dengan cara ini, jika satu kaedah yang dipautkan terjejas, korang masih lagi mempunyai kaedah log masuk alternatif yang kedua. 

Bagaimana cara untuk memautkan nombor telefon dan alamat email ke akaun korang;
 
1. Masuk ke akaun TikTok korang dan klik pada Profil di bahagian bawah sebelah kanan. 
2. Klik pada ikon 3 baris di bahagian atas sebelah kanan. 
3. Klik Tetapan dan Privasi. 
4. Klik Urus akaun. 
5. Masukkan nombor telefon dan alamat email korang. 
6. Klik Hantar kod dan pada skrin seterusnya, korang perlu masukkan kod pengesahan yang dihantar kepada korang melalui SMS dan juga email.

Cipta Kata Laluan Yang Unik


Cara yang kedua, korang boleh pilih kata laluan yang unik dan susah orang diteka oleh orang lain.  Jangan sesekali guna korang pastu 1234 yang senang orang teka. 

Bagaimana Cara Untuk Membuat Pilihan Kata Laluan TikTok Yang Unik


Bagaimana cara untuk membuat pilihan kata laluan yang kuat dan unik, korang boleh ikut step kat bawah;

- Gunakan 12 hingga 15 aksara. 
- Gunakan gabungan huruf besar dan juga huruf kecil, nombor dan juga simbol. 
- Tukar kata laluan akaun korang dengan kerap. Sebaiknya korang boleh mengemas kini kata laluan korang setiap 30 hari.

Hidupkan Pengesahan 2 Langkah


Cara ketiga yang boleh digunakan utuk melindungi akaun korang adalah dengan  dengan cara menghidupkan pengesahan 2 langkah (2SV). 

Pengesahaan 2 langkah ialah ciri keselamatan akaun yang menambahkan lapisan perlindungan tambahan untuk membantu pihak TikTok mengesahkan orang itu adalah korang jika korang log masuk daripada peranti yang tidak dikenali. 

Selain itu, pengesahahan 2 langkah menyediakan keselamatan tambahan pada akaun TikTok korang sekiranya kata laluan korang terjejas atau diketahui orang. 

Melalui pengesahan 2 langkah, jika seseorang mempunyai kata laluan akaun korang,  mereka masih memerlukan akses kepada nombor telefon atau alamat email korang apabila cuba log masuk ke akaun korang. 

Bagaimana Cara Untuk Menghidupkan Pengesahan 2 Langkah


Cara bagi menghidupkan pengesahan 2 langkah;

1. Semak sama ada korang telah memuat turun versi terkini TikTok. 
2. Klik Profil akaun TikTok korang di bahagian bawah sebelah kanan. 
3. Klik ikon 3 baris di bahagian atas sebelah kanan. 
4. Klik Tetapan dan privasi. 
5. Klik Keselamatan dan log masuk. 
6. Klik pengesahan 2 langkah dan pilih sekurang-kurangnya dua kaedah pengesahan. Korang boleh pilih SMS dan email.
7. Klik Hidupkan untuk mengesahkan. 
8. Jika korang belum memasukkan maklumat hubungan korang sebelum ini, korang perlu memasukkan nombor telefon dan juga alamat email. 
9. Klik Hantar kod dan pada skrin seterusnya, masukkan kod pengesahan yang dihantar kepada korang melalui SMS dan email.

Seterusnya apabila korang log masuk, kod pengesahan akan dihantar ke emaik atau telefon pintar korang. Masukkan kod ke dalam pengesahan 2 langkah pada skrin untuk mengesahkan identiti korang.

Menguruskan Peranti Yang Dipercayai 


Pada bila-bila masa korang log masuk ke TikTok menggunakan peranti yang tidak dikenali atau daripada aplikasi pihak ketiga, korang akan diminta untuk memasukkan kata laluan korang dan kod pengesahan yang dihantar melalui SMS atau email.

Jika korang mengakses TikTok berulang kali daripada peranti yang diketahui dan dipercayai, korang boleh memilih untuk mengingati peranti tersebut selepas memasukkan kod pengesahan sekali untuk mengelak daripada permintaan kod untuk kesekian lagi. 

Bagaimana Cara Untuk Menyemak Dan Mengurus Peranti Yang Dipercayai Pada Akaun Tiktok 


Bagaimana cara untuk menyemak dan mengurus peranti yang dipercayai pada akaun Tiktok korang. Caranya, korang ikut jer step kat bawah. 

1. Klik Profil di bahagian bawah sebelah kanan. 2. Klik ikon 3 baris di bahagian atas sebelah kanan. 
3. Klik Tetapan dan privasi. 
4. Klik Keselamatan dan log masuk. 
5. Klik Urus peranti dan semak peranti yang dipercayai. 
6. Jika korang tidak mengenali peranti, ketik ikon tong sampah untuk mengalih keluar peranti tersebit dan tukar kata laluan korang bagi melindungi akaun korang.

Ok itu sahaja cara dan tips keselamatan akaun TikTok yang dapat KakYa kongsikan dengan korang pada petang ini. Semoga bermanfaat. 

Catat Ulasan

0 Ulasan