Cara Matikan Fungsi Paywave Kad Debit Maybank

Cara Matikan Fungsi Paywave Kad Debit Maybank


Korang mesti dah biasa bila berbelanja menggunakan Kad Debit kan? KakYa pon kadang kadang tak selalu tau tapi kadang kadang ada la jugak berbelanja guna Kad Debit ni. 

Cara matikan fungsi paywave kad debit maybank, cara matikan fungsi paywave melalui website maybank2u, cara matikan fungsi paywave melalui mesin ATM

Biasa kalau kita guna Kad debit ni kan kita akan diminta samaada nak bayar guna nombor pin atau secara PayWave. Ni jer dua cara yang boleh korang pilih kalau korang nak buat bayaran menggunakan Kad Debit. Kalau korang pilih nak guna nombor pin, korang hanya perlu masukkan 6 digit nombor pin akaun Maybank korang sebelum berjaya membuat pembayaran. 

Tapi kalau korang pilih pembayaran menggunakan PayWave, korang hanya perlu letakkan Kad Debit korang pada mesin debit tanpa perlu apa apa kod. Jika tiada masalah dengan akaun korang, pembayaran korang berjaya. Mudah dan senang kan?

PayWave Memudahkan Tapi Boleh Jadi Menyusahkan Bila Kad Debit Hilang Atau Di Curi


Bagi KakYa dua dua cara sama ada guna nombor pin atau guna PayWave  sememangnya menyenangkan sebenarny. Tapi lagi senang PayWave la kan sebab kita perlu swap jer dah selesai buat pembayaran. Tak perlu nak masukkan nombor pin bagai. Tapi ada susahnya juga bila kita guna kaedah PayWave ni. Susahnya bila Kad Debit kita hilang atau di curi. Masa ni la kita akan rasa susahnya bila dah guna kaedah PayWave

Penggunaan PayWave akan memudahkan orang menggunakan Kad Debit kita sesuka hati jika kita kehilangan kad tersebut atau kad kita dicuri. Ini kerana sesiapa sahaja boleh menggunakan Kad Debit kita kerana PayWave tidak memerlukan mereka memasukkan nombor pin untuk satu satu transaksi

Kalau Kad Debit kita tu, jatuh ke tangan manusia yang tak bertanggungjawap, alamaknya habis lesap duit kat dalam akaun kita. Joli sakan la ya kalau kat dalam akaun kita tu ada duit ribu riban. 

Matikan Fungsi PayWave Kad Debit Korang


Jadi bagi mengelakkkan perkara buruk berlaku contohnya beg duit korang kena curi ke, kad debit korang tertinggal kat mana mana ke, sebaiknya korang matikan fungsi PayWave pada Kad Debit korang. Kalau korang jenis yang selalu terlupa atau cuai, sebaiknya korang matikan aja fungsi PayWave ni. 

Bukan apa, daripada korang menangis tak berlagu di kemudian hari, eloklah matikan aja fungsi PayWave tu ha. Untuk pembayaran korang boleh guna nombor pin jer. Tekan tekan tekan dah boleh bayar. Cepat jugak takde la lama nak tekan tekan nombor pin. 

Cara Untuk Matikan Fungsi PayWave Kad Debit Maybank


Ok, oleh kerana KakYa guna Kad Debit Maybank jer setakat ni jadi KakYa hanya tahu cara untuk matikan fungsi PayWave Kad Debit Maybank jer la. Untuk Kad Debit bank yang lain KakYa tak pasti caranya. Tapi kalau korang nak matikan fungsi PayWave Kad Debit Maybank, KakYa ada dua cara untuk korang guna. Satu cara melalui Website Maybank2u dan satu cara lagi melalui Mesin ATM. Korang boleh pilih antara dua cara ni mana satu yang korang rasa senang nak guna. 

Cara Matikan Fungsi PayWave Melalui Website Maybank2u 


Cara cara untuk matikan fungsi PayWave pada Kad Debit korang melali website Maybank2u;

- Login seperti biasa menggunakana Username dan Password di website www.maybank2u.com
- Kemudian korang klik pada Setting
- Pilih tab Cards
- Klik pada Manage Debit Card. Purchase limit yang diletakkan adalah RM1000, jadi kat sini nanti korang boleh tukarkan limit, korang letak je RM0 (untuk matikan terus fungsi PayWave) 
- Request TAC untuk confirmation dan selesai dah urusan korang. 

Cara matikan fungsi paywave kad debit maybank, cara matikan fungsi paywave melalui website maybank2u, cara matikan fungsi paywave melalui mesin ATM


Cara Matikan Fungsi PayWave Melalui Mesin ATM


Cara cara untuk matikan fungsi PayWave Kad Debit melalui Mesin ATM;

- Pergi kat mana-mana lokasi Mesin ATM
- Masukkan Kad Debit korang dan pilih Other Transactions
- Kemudian pilih Change Limit > Purchase Limit
- Pilih No Purchase
- Masukkan nombor kad pengenalan dan kita akan diminta untuk sahkan pilihan No Purchase

Cara ini sebenarnya akan mematikan terus fungsi kad debit korang. Tapi kalau korang nak  matikan fungsi PayWave sahaja, korang hanya perlu Set 0 limit sahaja. Dah selesai.

Catat Ulasan

0 Ulasan