Zikir Ya Bari' Untuk Memudahkan Urusan

Zikir Ya Bari' Untuk Memudahkan Urusan 


Assalamulaikum, Hi korang. Petang ni KakYa nak kongsi satu zikir iaitu zikir Ya Bari' yang biasa KakYa amalkan setiap pagi selepas solat. Kadang kadang KakYa amalkan sebelum masuknya waktu subuh. Sementara nak tunggu masuk waktu subuh, bolehlah di amalkan. Korang pon boleh amalkan kerana zikir ini adah zikir yang akan memudahkan urusan seharian korang. Zikir tersebut adalah Zikir Asmalhusna Ya Bari' . Jom sama sama kita amalkan dalam amalan seharian kita. Semoga perkongsian zikir Ya Bari' ini memberi manfaat buat semua di luar sana. InsyaAllah, aamin aamin Ya Mujib. 



Zikir Ya Bari'


Allahumma Ya Bari'  Ya Bari'  Ya Bari' Ya Bari' Ya Bari'  Ya Bari' Ya Bari' .... sampai 40 kali dan kita tutup dengan doa "Ya Allah aku serahkan hidupku, anak anakku, suamiku dan seluruh kehidupanku untuk diaturkan olehMU Ya Allah, untuk diuruskan olehMU Ya Allah".

Buat penyerahan pada pagi hari. Buat setiap pagi, Allah akan bersama dengan kita setiap saat dan kalau ada apa apa masalah mesti ada jalan penyelesain. Percaya ke tak percaya ke buat! Nanti baru percaya. Amalkan setiap pagi nanti kita akan terkejut dengan hasilnya. - Ustazah Asma Harun.

Amalkan setiap pagi, insyaAllah walau sesibuk manapun urusan kita, Allah pasti bantu untuk memudahkan setiap urusan kita.  

Maksud Ya Bari'


Ya Bari' adalah salah satu daripada 99 Nama Allah yang membawa maksud " Yang Maha Merancang " . Ya Bari'  Yang Maha Merancang dan Mengatur Kejadian Alam, Merancang Kehidupan Manusia dan Perjalanan Seluruh Makhluk di dunia ini. Sesungguhnya perancangan dan pengaturanNya sangat hebat dan cukup sempurna.

Amalan zikir Ya Bari' dan zikir zikir Asmaulhusna yang lain ada terkandung di dalam Buku Amalan Harian Wanita Bahagia Dan Berjaya. Selain daripada itu, Buku Amalan Wanita Bahagia Dan Berjaya ini turut mengandungi doa doa dan surah surah pilihan yang boleh dijadikan amalan seharian. InsyaAllah. 

Agen BukuAHWBB, Stokis Buku Amalan Harian Wanita Bahagia Dan Berjaya, Agen BukuRose, Buku Amalan Wanita, Zikir Dan Doa, Zikir AsmaulHusna
Buku Amalan Harian Wanita Bahagia Dan Berjaya

Berminat untuk beramal dan mendapatkan Buku Amalan Harian Wanita Bahagia Dan Berjaya, korang boleh tekan link kat bawah;

wasap.my/60199202004/BukuAHWBB
wasap.my/60199202004/BukuAHWBB
wasap.my/60199202004/BukuAHWBB

Catat Ulasan

0 Ulasan