Ucapan Hari Lahir Yang Tertunda
Assalamualaikum, Hi korang. Alhamdulillah masih lagi bernafas dengan baik pagini. Tq Allah Tq Allah untuk nikmat ini. Syukur alhamdulillah pada 1.10.2022 beberapa hari lepas muncul lagi tarikh hari lahir KakYa untuk kesekian kalinya. Selamat hari lahir untk diri sendiri. Dek kerana kesibukan masa pada 1.10 baruni, KakYa tak sempat nak buat entri pada tarikh tersebut. Harini baru ada masa sikit sebab tak berapa nak sibuk sangat (tak sibuk mana pon buat buat sibuk jer hahaha) makanya menulis la sikit entri ucapan sempena hari lahir KakYa yang ke tuttt tutt tutt ni .. Hahaha yang ke tuaaaa dah kita. Takyah cakap la kat sini, yang tau tau jer la tahu. Rahsia gituuuu ...
Ucapan Hari Lahir Buat Diri
Terima kasih Ya Allah, untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih Ya Allah, kerana dengan izinMU aku masih lagi menghirup udara yang segar di hari lahirku ini. Terima kasih untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan, Ya Allah. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan Ya Allah.
Terima kasih untuk iman dan ilmu yang Engkau anugerahkan ini, Ya Allah. Terima kasih atas nikmat yang Engkau berikan padaku, Ya Allah. Alhamdulillah, cukupku syukuri Ya Allah! Terima kasih atas segala -galanya. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadapMU. Lapangkan hatiku Ya Allah agar aku sentiasa mengingatiMU . Aaamin aamin Ya Mujib.
Harapan KakYa
Bersempena umur KakYa yang dah bertambah setahun lagi harini, KakYa mengharapkan dan mendoakan agar dalam kehidupan KakYa biarlah yang berlaku hari ini dan akan datang adalah yang baik baik jer. Takmo yang sedih sedih nak yang bahagia jer sokmo.
0 Ulasan
Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.