Doa Seorang Isteri

Doa Seorang Isteri


Assalamualaikum, Hi korang. Apa khabar pagini? KakYa doakan korang dalam lindungan  Allah Yang Maha Esa. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang bernafas pagini. Terima kasih Allah untuk helaan nafas ini. Syukur Ya Allah. 

Pagini KakYa nak kongsi beberapa doa yang boleh di amalkan buat insan yang bergelar isteri. Sepertimana yang kita tahu, isteri adalah tulang belakang sesebuah keluarga. Dia isteri dan dia ibu kepada anak anak. Isteri adalah sebab kejayaan dan kebahagiaan buat suami dan anak anak. Percayalah, di sebalik kejayaan seorang suami, pasti ada isteri yang menyokong di belakang. Betul kan?

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

KAU ampunilah dosaku yang telah ku perbuat. 
KAU limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas. KAU berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal. KAU kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan. KAU peliharalah lidahku dari kata-kata nista. KAU kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMU dan berikanlah aku sifat kasih sesama insan.

Ya Allah, sekiranya suami ku ini adalah
pilihanMU di A’rash berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya. 

Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMU, kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya. 

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di JannahMU, limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya.

Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMU, peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya.

Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMU, berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya.

Tetapi Ya Allah, sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang KAU tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu. 

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMU limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. 

Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan, kurniakanlah aku kekuatan untuk aku memperbetulkan keadaannya .

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan, KAU pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.

Ya Allah, KAU yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku. ENGKAU juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku.

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan.
Bimbinglah aku ke jalan yang ENGKAU redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri, ENGKAU hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMU. Sekiranya aku engkar dan derhaka berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu.

Ya Allah, sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMU, aku buta tanpa bimbinganMu, aku cacat tanpa hidayahMU dan aku hina tanpa RahmatMuU.

Ya Allah, kuatkan hati dan semangatku.
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu.
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami.
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu dan bimbinglah aku menjadi isteri solehah.

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan, kerana aku pasrah dengan dugaanMu.
Kerana aku sedar hinanya aku. Kerana aku insan lemah yang kerap keliru. Kerana aku leka dengan keindahan duniamu. Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu. Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu.

Ya Allah Ya Tuhanku, aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, isteri yang dikasihi, isteri yang solehah dan isteri yang sentiasa dihati seorang suami. 

 Aamin amin Ya Rabbal Allamin.

Doa seorang isteri, ucapan doa untuk suami, doa isteri mustajab, doa isteri solehah, doa untuk suami berubah, hebatnya doa seorang isteri, doa terbaik

Doa seorang isteri, besar maknanya buat insan bergelar suami. Dalam islam, doa isteri kepada suami menjadi salah satu doa mustajab. Apatah lagi jika kita yang bergelar isteri ini, mendoakan kebaikan dan yang baik baik buat suami. 

Bahkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud " Sesungguhnya doa yang segera dikabulkan adalah doa seorang istri kepada suaminya yang tidak berada di tempat yang sama atau saling berjauhan." -  (HR. Tirmidzi).

Selain doa di atas KakYa kongsikan juga kat korang beberapa doa pilihan yang boleh diamalkan untuk memelihara diri dan keluarga agar sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah SWT. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib. Doa ni KakYa petik daripada Buku Amalan Harian Wanita Bahagia Dan Berjaya. Alhamdulillah doa doa ni antara doa yang KakYa amalkan sejak KakYa ada buku ni. 

Doa Isteri Solehah 


Ya Allah Ya Wadud Ya Syakur

" Ya Allah, suamiku milikMU "
" Ya Allah , suamiku hambaMU "

" Ya Allah, terima kaaih kerana meminjamkan dia kepadaku hanya untuk aku berbakti kepadanya atas permintaanMU "

" Ya Allah, jika aku gagal berbakti kepadanya mengikut kehendakMU, bagilah aku fahaman bahawa ujian yang kau berikan melalui suamiku itu adalah teguran dariMU untuk aku perbetulkan kesilapanku "

Ya Allah Ya Baari Yang Maha Mengatur 

" Terima kasih Ya Allah kerana memudahkan urusan seharianku untuk aku berbakti kepadaMU dan keluargaku "

" Terima kasih Ya Allah kerana mempermudahkan urusan ibadahku dan urusan dakwahku terhadap keluargaku "

" Terima kasih Ya Allah kerana mengizinkan aku terima hidayah ini, bantulah aku untuk kekalkan hidayah ini kerana aku tidak mampu hidup dengan baik tanpa bimbinganMU "

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim 


" Terangkan hatiku seperti terangnya hati orang arif, fahami aku perkara agamaku "

" Ya Allah, kurniakan aku fahaman para Nabi dan hafalan para Rasul serta kurniakan aku ilham para malaikat yang hampir denganMU juga kurniakan aku kesihatan Yang Maha Mengasihani "

" Ya Allah, izinkan aku menjalani kehidupan ini sebagai ibadahku kepadaMU. Kurniakanlah lisanku, perbuatanku mengerjakan kebajikan setiap saat dan kurniakan pahala serta rezeki yang melimpah ruah buat kami sekeluarga dan tutupilah aib kami dan selamatkan kami di dunia dan akhirat " 

Aamin aamin Ya Mujib.

Bagi memudahkan korang berdoa dengan lebih baik, korang boleh dapatkan buku Amalan Harian Wanita Bahagia Dan Berjaya, korang boleh tekan link kat bawah;

wasap.my/60199202004/BukuAHWBB
wasap.my/60199202004/BukuAHWBB
wasap.my/60199202004/BukuAHWBB

Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini dapat memberi manfaat buat wanita dan isteri di luar sana. Terima kasih sudi support dan  singgah blog KakYa. Jumpa lagi di entri akan datang. 

Catat Ulasan

0 Ulasan