Doa Dilancarkan Urusan Dan Dimurahkan Rezeki

Doa Dilancarkan Urusan Dan Dimurahkan Rezeki


Doa dilancarkan urusan dan dimurahkan rezeki ini KakYa dapat daripada perkongsian Ustaz Yusof Mansur. Doa ini adalah salah satu doa yang selalu dikongsikan oleh Ustaz Yusof Mansur bagi memohon kehidupan yang lebih baik. Doa ni KakYa pernah kongsi sebelum ni pada entri 2020 Doa Memohon Kehidupan Yang Lebih Baik . Tapi kalini KakYa nak kongsi lagi sekali doa yang indah ini untuk pembaca blog KakYa. 

KakYa suka sangat dengan doa ni dan KakYa start amalkan doa ni bermula tahun 2020. Masa tu baru tahu mengenai doa ni lepas tonton perkongsian daripada Ustaz Yusof Mansur. Alhamdulillah berkat amalan doa ini, Allah permudahkan urusan dengan izinNYA. Marilah kita sama sama amalkan dalam kehidupan seharian kita. 

Baca doa ini 111 kali ketika dalam kesusahan.  Kalau tak boleh baca atau tak sempat baca sebanyak 111  kali,  boleh baca 33 kali, kalau tak boleh baca 33 kali, boleh baca 11 kali , 3 kali atau 1 kali Ikut kemampuan kita. 

Doa Dilancarkan Urusan Dan Dimurahkan Rezeki, doa daripada Ustaz Yusof Mansur, doa perlu di tulis, tips menjemput rezeki ustaz yusof mansur
Perkongsian Doa Dilancarkan Urusan Dan Dimurahkan Rezeki Daripada Ustaz Yusof Mansur 

Berikut bacaan doa yang di kongsikan oleh Ustaz Yusof Mansur. KakYa kongsikan doanya di sini;


يافتاح يا رزاق يا محول الاحوال حول احوالنا الي احسن الحال حسبنا الله ونعم الوكيل نعم

المولى ونعم النصيرلا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم


Yaa Fattaaah, Yaa Rozzaaq, Yaa Muhawwilal Ahwaal, Hawwil Ahwaalanaa Ilaa Ahsanil Haal. Hasbunallaah Wani’mal Wakiil, Ni’mal Maula Wani’mannashiir. Laa Hawla Walaa Quwwata Illaa Billaahil ‘Aliyyil ‘Adzhiim.

"Ya Allah, Yang Maha Membuka, Yang Maha Memberi Rezeki. Ubahlah keadaan kami menuju keadaan yang lebih baik lagi. Cukuplah Engkau sebagai Pelindung dan Penolong kami. Tidak ada daya kecuali Engkau Ya Allah Yang Maha Agung."

Doa ini boleh di baca selepas selesai menunaikan solat. Sebaiknya selepas selesai zikir/wirid . InsyaAllah berkat amalan doa ini Allah lancarkan urusan kita dan dimurahkan rezeki. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib. 


Tips Menjemput Rezeki


KakYa suka layan dengar ceramah Ustaz Yusof Mansur kat YouTube dan kat sini jugak alang alang dah tulis entri ni KakYa teringat mengenai beberapa tips yang pernah dikongsikan oleh Ustaz Yusof Mansur berkenaan menjemput rezeki dalam ceramah beliau. 

Berikut ini tips menjemput rezeki yang dikongsikan oleh Ustaz Yusof Mansur. Antara tipsnya ialah;

1. Sedekah
2. Solat wajib 5 waktu
3. Bacaan Surah Al Waqiah 2 kali (selepas subuh dan asar)
4. Bacaan Surah Ar Rahman selepas Solat Dhuha
5. Bacaan Surah Yassin selepas Maghrib
6. Bacaan Surah Al Mulk selepas Isya 
7. Solat sunat termasuklah Solat Dhuha, Solat Tahajjud dan solat sunat yang lain.
8. Istighfar dan Selawat 
9. Zikir Ya Fattah Ya Razaq 
10. Doa


Tulis Doa Kita .. Tulis Tulis Tulis 



Nak tahu macam mana doa doa kita yang terlalu banyak itu Allah kabulkan? Perkongsian daripada Ustaz Yusof Mansur, doa doa kita perlu di TULIS. Kenapa nak kena tulis? Kerana kita yang bernama manusia ini banyak sangat hajat, banyak sangat kehendak dan juga banyak sangat keinginan. Tapi kekadang tak terungkap ketika berdoa kerana kita terlupa. Saat tangan di angkat untuk berdoa kita lupa apa yang kita nak dan kita tak tahu nak doa macam mana. Ya lah nama pon manusia kan, lupa dan terlupa adalah salah satu sifat yang ada pada manusia. 

Jadi kalau tak nak diri tu terlupa, jangan lupa untuk TULIS doa kita tu. Tulis la panjang berjela jela pon takpe. Berapa lembaran mukasurat pon takpe, janji tulis. Tulis semua hajat, kehendak dan keinginan kita. Apa yang kita nak masa kita doa tu. Doa sungguh sungguh minta pada Allah. Percaya dan yakin sungguh sungguh Allah akan makbulkan doa doa kita. 

Mintalah kepada Allah sebanyak banyaknya sesuai dengan keperluan kita di waktu waktu mustajab berdoa. Mudah mudahan Allah makbulkan semua doa doa kita, mengampuni semua kesalahan kita, merahmati dan meredhai setiap langkah perjalanan kita. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib. 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Amin YRA. Jom sama-sama amalkan. Semoga doa-doa kita dimakbulkan

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.