Berjimat Dalam Perbelanjaan Dan Menyimpan Dengan Mudah Menggunakan Savings Calculator

Berjimat Dalam Perbelanjaan Dan Menyimpan Dengan Mudah Menggunakan Savings Calculator 


Assalamualaikum, Hi korang. Pagini KakYa nak kongsi tips berjimat dalam perbelanjaan dan menyimpan dengan mudah menggunakan Savings Calculator. Sebenarnya KakYa ni segan la jugak nak bagi tips perbelanjaan dan tips tips menyimpan ni sebab KakYa bukan pakar yang arif bab tips tips perbelanjaan dan menyimpan, tapi KakYa nak kongsi jugak sebab KakYa rasa sekarang ni dalam keadaan ekonomi yang masih belum stabil dan tidak menentu, kebanyakan keluarga sedang mengamalkan sikap berjimat cermat dalam perbelanjaan keperluan harian  dan menyimpan untuk masa akan datang. 

Savings Calculator

Tips Berjimat Dalam Perbelanjaan


Dengan kos sara hidup yang agak tinggi terutama di kawasan bandar, amalan berjimat cermat amatlah di titikberatkan bagi menjamin kelangsungan hidup yang lebih baik dan teratur. 

Sebagai seorang isteri, surirumah dan juga ibu kepada anak anak remaja merangkap menteri kewangan yang mengamalkan perbelanjaan berhemah, KakYa bukan sahaja terlibat dalam urusan pembelian barang dapur sahaja tapi turut terlibat dalam urusan rumahtangga yang lain. Jadi sebagai isteri dan ibu yang bijak, KakYa sangat berhati hati dalam menjaga dan menguruskan kewangan dalam mengawal perbelanjaan keluarga agar keluarga kecil kami tidak terbeban dengan masalah kewangan dan masih mempunyai baki wang setiap bulan untuk saving


KakYa kongsikan beberapa tips yang KakYa amalkan dalam berjimat setiap kali membeli belah keperluan keluarga. InsyaAllah cara yang KakYa kongsikan ini dapat membantu dalam menjimatkan perbelanjaan bulanan sesebuah keluarga di samping dapat menyimpan untuk digunakan pada masa masa sukar. 

1. Buat Perbandingan Harga Secara Online

Teknologi pada hari ini menjadikan perjalanan hidup kita menjadi lebih mudah. Kalau ikut kiralah kan, semua orang pada hari ini mempunyai telefon pintar mereka sendiri. Tak tetkecuali juga surirumah. 

Alang alang dah ada telefon pintar, cari dan buat perbandingan harga barangan secara atas talian sebelum korang membeli barang barang keperluan. Sekarang ni macam macam aplikasi yang tersedia untuk korang yang disediakan secara online. Melalui aplikasi ini korang boleh boleh buat semakan perbandingab harga barangan runcit setiap hari. 

Aplikasi seperti ini sangat memudahkan kerana semakan boleh dibuat mengikut lokasi kedai atau pasaraya di seluruh Malaysia. Jadi korang tak perlulah bersusah payah untuk pergi ke satu satu pasaranya untuk membandingkan harga. anya klik klik jer, maklumat dah ada kat hujung jari korang. 

Dah dapat harga barangan keperluan yang berbaloi, korang terus boleh pergi membeli belah barangan keperluan tanpa duk memikir barang kat mana murah, kat mana mahal sebab korang dah dapat harga yang berpatutan melalui carian secara online. Senang dan mudah. Dapat jugak korang berjimat. 

2. Menyediakan Bekalan Makanan Untuk Suami Dan Anak Anak Pergi Kerja Dan Sekolah

Bab menyediakan bekal untuk  suami dan anak anak memang KakYa praktikkan sebab suami KakYa lebih suka makanan yang di masak kat rumah berbanding makanan yang dijual kat luar. Lagipon kalau kita sediakan makanan kat rumah anak anak dan suami bawak bekal, boleh berjimat kat situ.  Ya lah tak perlu dah suami dan anak anak keluarkan duit belanja sebab dah bawak bekal. Bila masak kat rumah ni, dapat banyak penjimatan tau. Boleh la simpan sikit sikit duit lebihan yang ada. 

3. Belajar Untuk Bersederhana Dalam Perbelanjaan

Untuk KakYa dan keluarga, dari segi gaya hidup kami mengamalkan gaya hidup yang sederhana. KakYa dan suami memang ajar anak anak hidup biar bersederhana agar satu maaa nanti kita tak terbeban dengan masalah kewangan. Alhamdulillah anak anak KakYa setakat ni takde masalah dalam bab ni dan dioarang memang mengamalkan cara hidup sederhana baik dalam perbelanjaan seharian dan bulanan. 

Malah anak anak KakYa turut mempunyai wang lebihan perbelanjaan dan mereka menyimpan dengan konsisten setiap bulan untuk masa depan mereka. Kebanyakan daripada simpanan anak anak adalah daripada duit perbelanjaan sekolah dan kolej mereka. Setiap daripada anak anak KakYa tahu akan tanggungjawap mereka dan setakat ini mereka berbelanja secara berhemah serta membuat simpanan dengan bijak

Cara Mudah Menyimpan Menggunakan Savings Calculator


Tahukah korang perancangan dan formula yang betul adalah langkah yang perlu korang terapkan dalam membuat simpanan. Kadang kadang kita ni taksub berbelanja hingga lupa untuk menyimpan. Kadang kadang kita sendiri tak tahu cara betul untuk menyimpan. Tapi dengan perancangan dan formula yang betul, korang dapat mengelakkan diri korang daripada terjebak dengan masalah kewangan di kemudian hari. Untuk memudahkan korang, apakata korang guna jer Savings Calculator


Semoga perkongsian ini dapat membantu korang mengawal perbelanjaan dan memudahkan korang menyimpan dengan betul di masa masa akan datang. Semoga bermanfaat. 

Catat Ulasan

0 Ulasan