Peranan Dan Tanggungjawap Majlis Agama Islam Selangor Dalam Menangani Masalah Pelencongan Sosial

Peranan Dan Tanggungjawap Majlis Agama Islam Selangor Dalam Menangani Masalah Pelencongan Sosial


Assalamuakaikum, Hi korang. Hari Jumaat yang indah ini, KakYa nak kongsi dengan korang satu topik yang sangat menarik iaitu Pelencongan Sosial Di Manakah Kesudahannya? . Berat juga tajuknya tapi KakYa dapat buat sedikit kupasan kat sini selepas menonton Webinar Baitul Ehsan anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) beberapa hari lepas. 


Webinar yang berlangsung selama 2 jam 23 minit anjuran Majlis Agama Islam Selangor 
(MAIS) ini telah mengetengahkan beberapa panel bertauliah dalam bidang masing masing antaranya Ustaz Rif'at Basha bin Haliq Bassah (Pegawai Hal Ehwal Islam Undang Undang Keluarga, Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju'  Orang Islam Negeri Selangor), Encik Ahmad Faizal bin Awang (Pegawai Pencegahan & Kesedaran Awam AADK Negeri Selangor)  dan Encik Fadzirul Akmal bin Mohd Sharif ( Penguasa Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & AADK) serta Encik Muhammad Shafiq bin Ahmad Fozi (Penolong Pengurus Bahagian Komunikasi Korporat, MAIS ) selaku moderator. 


Pelencongan Sosial Di Manakah Kesudahannya?



Sebelum KakYa kupas lebih mendalam mengenai Pelencongan Sosial Di Manakah Kesudahannya?, KakYa nak kongsi dengan korang maksud Pelencongan Sosial.

Pelencongan sosial adalah permasalahan gejala sosial yang berlaku dikalangan remaja, dewasa dan juga peringkat yang lebih tua. Terdapat pelbagai pelencongan sosial yang berlaku pada hari ini antaranya jenayah syariah dan juga isu penyalahgunaan dadah.

Masalah sosial pada hari ini sangat serius dan kita sebagai sebahagian daripada masyarakat perlu mengambil cakna dan perlu tahucara mengatasinya. Sepertimana yang kita tahu terdapat agensi agensi yang bertanggungjawap dalam mengatasi masalah ini antaranya Majlis Agama Islam  Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).


Pelencongan Sosial Dalam Kes Jenayah Syariah 



Perkongsian daripada Ustaz Rif'at Basha bin Haliq Bassah berkenaan pelencongan sosial dalam kes jenayah syariah. 

Antara contoh contoh yang telah dikongsikan mengenai pelencongan sosial dari fail jenayah syariah ialah;

1) Kecurangan Pihak-Pihak
Enakmen Jenayah Syariah 
Seksyen 25 dan 29

- Seksyen 25. Persetubuhan luar nikah
- Seksyen 29. Khalwat 

2) LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender)
Enakmen Jenayah Syariah
Seksyen 27,28, 30 dan 31

- Seksyen 27. Hubungan jenis antara orang yang sama jantina.
- Seksyen 28. Persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii.
- Seksyen 30. Lelaki berlagak seperti perempuan.
- Seksyen 31. Perbuatan tidak sopan di tempat awam.

3) Gangguan Tehadap Rumahtangga 
Enakmen Jenayah Syariah
32, 33 dan 34

- Seksyen 32. Memujuk lari perempuan bersuami.
- Seksyen 33. Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri
- Seksyen 34. Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kebajikan. 


Peranan Bahagian Undang Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor Dalam Kes Pelencongan Sosial



Kita pasti tertanya tanya apakah peranan dan juga tanggungjawap yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor dalam kes pelencongan sosial ini. Peranan utama Jabatan Agama Islam Selangor untuk kes seperti ini adalah memberi kidmat nasihat dengan menyediakan perkhidmatanan khidmat nasihat sama ada nasihat rumah tangga atau nasihat kekeluargaan kepada mereka yang terlibat dalam permasalahan ini. 

Semoga dengan khidmat nasihat yang diberikan dapat memberi mereka ruang dan peluang untuk menilai sejauh mana kebaikan dan keburukan yang mereka dapat akibat daripada permasalahan yang membabitkan pelencongan sosial di kalangan mereka. 



Pelencongan Sosial - Penyalahgunaan Dadah



Pelencongan sosial sepertimana yang kita tahu sangat sinonim dengan isu penyalahgunaan dadah. Bukan hanya golongan remaja, dewasa tetapi golongan yang berusia turut terlibat dengan masalah ini. 

Pelencongan sosial yang sering dikaitkan dengan permasalahan dadah antaranya;

  • Jenayah ragut / Mencuri
  • Melepak / Vandalisme 
  • Ponteng sekolah
  • Keciciran sekolah
  • Pergaulan bebas / Seks bebas
  • Ketagihan gajet
  • Penyalahgunaan bahan 

Ramai generasi muda pada hari ini yang terlibat mencari keseronokon dengan mengambil dadah dan sebagainya. Ini akan menyebabkan pertambahan kes pelencongan sosial. Berikut KakYa kongsikan antara kes kes pelencongan sosial yang direkodkan oleh PDRM, JKM, AADK dan KPM dalam tempoh lima tahun. 

Kes yang direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) 

  • Merempit 
  • Pecah rumah
  • Meragut
  • Tangkapan dadah
  • Samun berkumpulan
  • Samun tanpa senjata
  • Rogol 

Kes yang direkodkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

  • Penagihan dadah dna salah guna bahan.
  • Positif saringan urin dalam kalangan pelajar sekolah.

Kes yang direkodkan oleh Jabatan Kebajikana Masyarakat (JKM)

  • Remaja hamil luar nikah.
  • Lari dari rumah.

Kes yang direkodkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

  •  Keciciran sekolah
  • Ponteng sekolah
  • Buang sekolah 
  • Gangsterism
  • Pornografi 
  • Membuli
  • Vansalisme
  • Merokok
  • Menghidu gam 

Tanda pendekatan yang sangat komprehensif, kemungkinan pada lima atau enam tahun akan datang kita akn berhadapan dengan masalah yang lebih dahsyat apabila kita berhadapan dengan sekelompok orang yang memperjuangkan tentang aktiviti pelencongan sosial yang menjadi teras kepada kehiduapan sosial dan sebagainya. 


Pendekatan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Dalam Menangani Masalah Dadah Dan Pelencongan Sosial 


Pelbagai pendekatan telah digunapakai oleh pihak AADK bagi menangani masalah ini dari terus berleluasa antaranya;

- Mendayaupayakan dan memilihhakkan peranan komuniti bagi mengekalkan kesejahteraan hidup.
- Memperkasakan penglibatan rakan kerjasama dari agensi kerajaan dan NGO seterusnya membantu persekitaran sejahtera melalui tiga bidang utama iaitu pencegahan, rawatan dan  pemulihan serta penguatkuasaan. 

Pemantauan Dan Penilaian 


Melalaui pemantauan dan juga penilaian yang telah dijalankan:

1) Pengurangan penagih baru yang dikesan
- Tumpuan terhadap faktor risiko (pelencongan sosial)
- Penilaian akan dibuat secara tahunan

2) Meningkatkan akses rawatan dan pemulihan
- Peningkatan bilangan yang hadir secara sukarela.
- Peningkatan peranan advokasi kepada isu dadah dan pelencongan sosial.

3) Meningkatkan kolaborasi dan pemilihhakkan peranan.
- Berdasarkan komitmen dan bilangan program yang dilaksanakan samada di peringkat agensi, NGO dan komuniti.

4) Menyekat kemasukan dadah 
- Operasi bersepadu dan perkongsian maklumat bersama agensi.
- Laporan dibuat secara tahunan.

Kolaborasi Agensi Dan NGO 


Menjalin hubungan yang akrab dan berkolaborasi bersama:

  • Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
  • PEMADAM Selangor
  • JAKIM
  • UPM / IPSAS
  • Selangor FM 


Tugas Dan Tanggungjawap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Dalam Menangani Masalah Sosial Atau Pemulihan Di Negeri Selangor



Seperti yang kita tahu apabila berlakunya masalah pelencongan sosial khususnya di negeri Selangor, sesetengah daripada masyarakat hari ini mempersoalkan tugas dan juga peranan institusi agama dalam menangani masalah ini. Kita seharusnya tahu masalah sosial ini penyebab utamanya adalah kurangnya didikan agama atau penekanan pelaksanaan agama dalam hidup. 

Contoh paling dekat adalah solat. Cuba kita lihat sesetengah remaja hari ini bila berbicara tentang solat akan memberi jawapan yang cukup menyedihkan, ada yang kadang kadang jer solat, kadang kadang tak solat. Ini pastinya sangat membimbangkan sekiranya bab solat tidak diberi penekanan dalam sesebuah keluarga. 

Selain daripada solat, banyak lagi penyebab penyebab lain yang menyebabkan berlakunya pelencongan sosial pada zaman ini. 


Fungsi Utama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Dalam Memberi Pemulihan, Perlindungan, Pencegahan Dan Juga Rawatan Kepada Mangsa Terlibat Dengan Masalah Sosial



Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berperanan dalam memberi pemulihan, perlindungan, pencegahan dan juga rawatan kepada mangsa yang terlibat dengan masalah pelencongan sosial. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan berusaha sedaya upaya membantu golongan asnaf al riqab yang ingin berubah dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik melalui Bahagian Pemulihan Ar Riqab.

Asnaf Al Riqab 


Asnaf Al Riqab adalah asnaf yang terbelenggu dengan suatu kuasa atai keadaan iaitu masalah sosial sehingga merampas dan menjatuhkan maruah dan kebebasan seorang muslim. 

Asnaf Al Riqab terdiri daripada beberapa kriteria iaitu;

- Beragama islam.
- Tiada sumber kewangan yang cukup dan halal.
- Seseoarang yang ingin membebaskan dirinya dari belenggu yang dihadapi. 

Kategori Asnaf Al Riqab


Asnaf Al Riqab terdiri daripada dua kategori masalah iaitu masalah sosial dan masalah akidah. 

Masalah Sosial

- Terbelenggu dengan masalah jenayah syariah.


- Terbelenggu dengan gaya hidup songsang.


- Terbelenggu dengan masalah dadah.

- Terbelenggu dengan kes juvana.


- Terbelenggu dengan amalan salah islam.



- Terbelenggu dengan penyakit penyakit kronik.



Masalah Akidah

- Terbelenggu dengan masalah khurafat dan syirik.

  • Doktrin palsu
  • Menghina islam
  • Mempersendakan Al Quran dan hadis
  • Pemujaan salah
  • Mengaku sebagai nabi

- Memurnikan akidah orang islam yang terpesong.
  • Orang yag ingin atau berhasrat murtad.
  • Orang yang dalam proses istitabah.

Penyediaan Program Program Bermanfaat Dari Pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)



Pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melaksanakan pendekatan terbaik dengan menyediakan program program bermanfaat bagi membantu golongan asnaf al riqab melalui pendekatan;

- Menyediakan rumah perlindungan pada yang terlibat dengan masalah dadah dan dibantu NGOi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
- Perlindungan dan pemulihan kepada pesakit HIV dan AIDS.
- Memberi pemulihan dan motivasi kepada mereka yang terlibat.
- Dipulihkan dan diberi perlindungan dan rawatan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui bahagian pemulihan Ar Riqab. 


Kategori Kemasukan Ke Rumah Pemulihan Di Bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)


Terdapat beberapa kategori kemasukan ke rumah pemulihan di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) iaitu;

- Perintah Mahkamah
- Sukarela
- Perlindungan 


Senarai Rumah Rumah Pemulihan Al Riqab Yang Berdaftar Di Bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)


Berikut adalah senarai rumah rumah pemulihan al riqab yang berdaftar dibawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang membantu pihak MAIS dalam menjalankan pemulihan, perlindungan, dan juga rawatan.













Terdapat 27 buah rumah pemulihan al riqab dan NGOi yang komited membantu MAIS dalam menjalankan tugas tugas dan tanggungjawap terutamanya di rumah kebajikan yamg terlibat dengan masalah dadah, HIV dan AIDS. 

Untuk pengetahuan pembaca blog KakYa, di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terdapat tiga buah pusat pemulihan yang sepenuhnya dioperasikan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) iaitu;

  • Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan
  • Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman
  • Pusat Pemulihan Baitul Islah



Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan bahagian pemulihan Ar Riqab sila ke;


Bahagian Pemulihan Ar Riqab
Sektor Pembangunan Sosial
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Kompleks MAIS Klang
Tingkat 2, 3 Dan 6 Kompleks MAIS
Lot 336 Jalan Meru Off Jalan Kapar
41050 Klang, Selangor.
No Tel : 03-33614000 / 03-33614080

Catat Ulasan

0 Ulasan