Meraikan Birthday Kakak Insyirah

Meraikan Birthday Kakak Insyirah


Alhamdulillah semalam hari lahir kakak Insyirah yang ke 18. Syukur Ya Allah bertambah setahun lagi usia kakak. Semalam kakak start cuti selama lima hari. Jadinya semalam lepas encik suami balik kerja terus pecut ke KPM Indera Mahkota ambik kakak kat sana. Sampai kat rumah dah maghrib. Nak sambut hari lahir kakak semalam sebenarnya tapi kakak pulak dah penat sebab banyak kena buat assignment sebelum balik bercuti. Jadi Umi abah bagi kakak berehat dulu. 


Malam ni kakak pon dah ok sikit, kami ambil peluang sambut hari lahir kakak. Ingatkan nak sambut masa Iman ada tapi Iman tak dapat balik minggu ni sebab ada program asrama. Jadinya sambut berempat jer malam ni. Umi, abah, kakak dan Akif.


20.09.2022 - Selamat Hari Lahir Ke 18 Nur Aina Insyirah Suhaimi


Umi dan abah berdoa dan memohon kepada Allah SWT agar anak sulung Umi dan abah ini akan sentiasa di beri kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, diberikan minda yang cerdas, panjang umur, menjadi anak yang solehah serta sentiasa dalam lindungan, rahmat dan redha Allah SWT. Sanah Helwah Ya Nur Aina Insyirah. Umi abah sayang kakak dunia akhirat.

Semoga Allah SWT menjadikan impian kakak satu kenyataan. Semoga semua impian itu akan tercapai satu waktu nanti. Semoga kegembiraan  sentiasa mengiringi perjalanan hidup kakak. Semoga kakak akan sentiasa mendapat keberkatan di dunia dan juga akhirat. Aamin aamin Ya Mujib. 

LOVE U KAKAK INSYIRAH 


Muka dia nampak penat lagi tapi bila Umi tanya ok tak nak keluar malam ni, dia cakap ok. Jadi Umi, abah on jer la. Bagi dia happy sempena hari lahir dia... Heppy Bedayy Kakak! 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Happy Birthday Insyirah. Semoga dilindungi dan diberkati umurmu dan dikurniakan rezeki. Semoga jadi anak solehah

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.