SMA Al Falah Kemaman Johan Bola Sepak Menengah Rendah MASMAT 2022
Tahniah Iman dan Team Bola Sepak SMA Al Falah, Kemaman telah merangkul Johan untuk Bola Sepak Menengah Rendah Majlis Sukan Sekolah Menengah Agama Terengganu (MASMAT) yang di adakan di SMA Mahmudiah Kuala Berang, Terengganu. Alhamdulillah tahniah untuk semua pemain Bola Sepak Menengah Rendah SMA Al Falah, Kemaman yang telah bermain dengan baik sepanjang kejohanan berlangsung.
Iman & The Gang
Team Bola Sepak Bawah 15 SMA Al Falah, Kemaman.
Alhamdulillah .. Tahniah Dik! Hadiah hari lahir untuk adik arini 13.08.2022. Selamat hari lahir ke 15 Dik ..
Terima kasih buat guru guru pembimbing yang telah berjaya membentuk pasukan yang mantap sehingga bergelar JOHAN. Terima kasih!
MASMAT 2022 Kali Ke 51
Majlis Sukan Sekolah Menengah Agama Terengganu (MASMAT) kali ke 51 dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) . MASMAT diadakan selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Ogos 2022 dan disertai oleh 15 buah sekolah menengah agama di negeri Terengganu membabitkan 660 peserta bertanding. Antara sekolah agama negeri Terengganu yang terlibat ialah;
1. SMA Mahmudiah
2. SMA (A) Sultan Zainal Abidin
3. SMA Marang
4. SMA Maarif
5. SMA Khairiah
6. SMA Setiu
7. SMA Sultan Ismail
8. SMA Al Falah
9. SMA Ittifakiah
10. SMA Sultan Zainal Abidin Ladang
11. MTQ Terengganu
12. MMT Kuala Nerus
13. MMT Besut
14. MMT Hulu Terengganu
15. SMI Darul Iman
Selain acara Bola Sepak Menengah Rendah, acara lain yang turut dipertandingkan ialah Bola Tampar Lelaki, Sepak Takraw Terbuka Lelaki dan Bola Jaring Menengah Rendah.
Objektif Kejohanan MASMAT 2022
Sebagaimana yang kita tahu, sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan insan. Aktiviti sukan dapat menggalakkan pertumbuhan insan cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani , emosi dan juga sosial. Melalui kejohanan sukan MASMAT (Majlis Sukan Sekolah Menengah Agama Terengganu) diharap dapat mencapai objektif yang sebenar iaitu
- Melahirkan murid murid sekolah yang seimbang dari segi akademik dan sukan sejajar dengan falsafah pendidikan negara.
- Mewujudkan masyarakat sekolah yang bersukan untuk mengcungkil dan mengembangkan bakat murid murid dalam sukan.
- Menjamin kesihatan yang optimum dengan bersukan.
- Memupuk sifat bersiplin dan menyemai semangat kerjasama serta semangat kesukanan di kalangan murid murid.
- Menggalakkan interaksi aktif dan sihat di kalangan murid murid, guru guru dan juga ibubapa supaya dapat memupuk perpaduan bersama.
Tahniah dan syabas buat semua pemenang. Semoga terus maju dan berjaya bersama sukan yang diminati. InsyaAllah.
0 Ulasan
Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.