Selamat Hari Lahir Ke 15 Adam Iman
Alhamdulillah hari ni 13 Ogos 2022, hari lahir ke 15 anak kedua Umi dan Abah. Selamat hari lahir ke 15 Dik!. Umi dan abah berdoa dan memohon kepada Allah SWT agar anak kedua Umi dan abah ini akan sentiasa di beri kesihatan yang baik, dikurniakan rezeki berkat melimpah ruah, dikurniakan minda yang sentiasa cerdas, dipanjangkan umur, menjadi anak soleh serta sentiasa dalam lindungan, rahmat dan redha Allah SWT. Sanah Helwah Ya Muhammad Adam Iman. Umi abah sayang Iman dunia akhirat.
Sanah Helwah Uhibbuki Fillah. Selamat hari lahir, sayang kamu kerana Allah Muhammad Adam Iman.
Semoga Allah SWT menjadikan impian Iman satu kenyataan. Semoga semua impian itu akan tercapai satu waktu nanti. Semoga kegembiraan dan kebahagiaan sentiasa pengiringi perjalanan hidup Iman. Semoga Muhammad Adam Iman akan sentiasa mendapat keberkatan di dunia dan juga akhirat. Aamin aamin Ya Mujib.
Barakallah fii umrik Muhammad Adam Iman.
2 Ulasan
Selamat hari lahir Adam Iman
BalasPadamSelamat hari lahir .
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.