Sambal Kicap Sedap Dan Mudah Disediakan
Pagi tadi rasa nak makan jemput jemput bawang. Tapi tak nak cicah dengan sos cili, tekak rasa nak cicah dengan sambal kicap. Cakap bab sambal kicap ni kan, lama betul la KakYa tak buat sambal kicap untuk cicah cicah. Kalini bila dah ada rasa nak makan terus cari bahan kat dapur. Jom kita buat Sambal Kicap. Resipi sambal kicap ni KakYa dapat dari Mr Google jer. Nak buat pon senang jer.
Sambal Kicap ni sangat sedap di makan bersama mee sup, tauhu bergedil, pisang goreng, jemput jemput dan makanan bergoreng yang lain. Jom lihat apa bahan bahan yang diperlukan untuk buat Sambal Kicap.
Inilah rupa Sambal Kicap yang KakYa sediakan. Rasa dia sedap dan kena dengan tekak KakYa. Kat rumah ni KakYa jer yang suka makan Sambal Kicap, encik suami dan anak anak tak berapa suka. Jadi kalau buat lebih KakYa akan simpan dalam bekas dan masukkan kat peti ais.
Cara Buat Sambal Kicap Sedap Dan Mudah
Antara bahan bahan yang diperlukan untuk membuat Sambal Kicap ialah;
1. 15 biji cili padi hijau dan merah
2. 3 ulas bawang putih
3. Kicap secukupnya (KakYa guna Kicap Manis Cap Kipas Udang)
4. Gula dan garam secukup rasa
5. Sedikit minyak masak
Ok bahan bahan dah ada. Kita terus jer ke step seterusnya. Senang sangat nak buatnya takde la susah kalau semua bahan dan tersedia.
- Mula mula panaskan sedikit minyak masak.
Kemudian masukkan cili padi dan 3 ulas bawang putih. Goreng sehingga kekuningan.
- Bila dah masak ketepikan seketika bagi sejuk sikit pastu masukkan bahan bahan yang di goreng ke dalam pengisar.
- Masukkan kicap secukupnya atau kalau nak senang agak boleh masukkan sehingga menutupi bahan yang telah dikisar. Kisar bahan bahan ini sehingga lumat.
- Dah siap kisar, tuang bahan bahan yang telah di kisar ke dalam bekas. Masukkan garam dan juga gula pastu gaul bagi rata.
- Alhamdulillah siap Sambal Kicap kita.
3 Ulasan
Assalamualaikum Lya, feveret kakak ni.. lama tak singgah ke sini.. :)
BalasPadamWak tak berani sambal kicap ni sebab takut alahan perut
BalasPadamSuka...makan plak ngana goreng pisang ke...huiii...sedapnya..cicah ikan bakar pun sedap kan...perah limau skit....
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.