Mengusung Rindu Versi Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan Dan Zack Zakwan

Mengusung Rindu Versi Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan Dan Zack Zakwan


Mengusung Rindu pernah di popularkan oleh kumpulan SPIN dimana lagu ini merupakan single pertama memperkenalkan mereka dalam industri muzik tanah air. Kini Mengusung Rindu lagu nyanyian asal Achik SPIN tampil dengan versi 2022. Menampilkan Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan & Zack Zakwan dalam versi baru Mengusung Rindu 2022

Muzik Video Mengusung Rindu nyanyian Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan & Zack Zakwan


 
Muzik Video Mengusung Rindu nyanyian Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan & Zack Zakwan

Lagu ini kedengaran seimbang dan harmoni antara satu sama lain dengan paduan vokal mantap empat suara ini. Persembahan daripada Tajul, Hakiem Rusli, Afieq Shazwan dan juga Zack Zakwan sangat menghiburkan. 

Setiap seorang daripada mereka ada aura masing masing. Gandingan yang cukup mantap! Suara semua padu. Semua ada keunikan vokal tersendiri. Part paling best sekali FEEL sampai! 
Goodluck in the future Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Tajul Ariff dan Zack Zakwan. KakYa pon dah jatuh suka dengan Mengusung Rindu versi 2022 ni. 

Mengusung Rindu Versi 2022 Trending


Mengusung Rindu versi Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan dan Zack Zakwan telah dilancarkan secara rasmi di saluran Youtube rasmi FMC MUSIC SDN BHD pada 28 Julai 2022 dan menduduki carta ke dua trending di Youtube. Good job FMC Music!

Mengusung Rindu : Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan dan Zack Zakwan
Mengusung Rindu : Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan dan Zack Zakwan 

Lagu Mengusung Rindu masih mengekalkan melodi asal dan paduan vokal yang menusuk dari Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan dan Zack Zakwan memang sesuai sangat bawa lagu ni dan sedikit sebanyak mengembalikan memori kumpulan SPIN dan allahyarham Achik selaku penyanyi asal lagu Mengusung Rindu
 paling best sekali FEEL sampai! 

KakYa paling suka part mendayu dayu dalam lagu ni dibawakan dengan baik oleh empat penyanyi muda ini  Tahniah buat keempat empat penyanyi ini kerana dapat membawakan lagu Mengusung Rindu dengan baik tanpa mencacatkan lagu. 

Lirik Lagu Mengusung Rindu


Mengusung Rindu 

Dalam hati ini ada nama mu 
Nama seorang insan yang aku rindu 
Dalam diri ini ada sayang mu 
Sayangnya diri mu tidak mengerti 

Dalam senyuman ini ada tangisan 
Tangisan seorang insan terluka 
Dalam jiwa ini ada pilunya 
Pilu yang membuat aku menangis 
Oh hibanya... 

Sayu hati... sayu sekali 
Melihat engkau berpimpin tangan 
Dengan sidia 
Sakit hati... sakit sekali 
Pabila cinta yang aku beri tak dihargai 

Sungguh terhina letih tidak bermaya 
Rasa terkilan bunga yang ku puja 
Kini mekar harum di jambangan orang 
Kau yang ku sayang
Aku yang gundah 

Kalau tahu sakit begini 
Tidak aku bermain cinta 
Kalau tahu siksa begini 
Tidak aku menyanyangi mu 
Pilu resah di hati ini 
Mengusung rindu...…

Lagu: Mengusung Rindu 
Nyanyian: Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Zack Zakwan 
Composer : Abd Hamid Bin Adnan 
Lyric : Aminah Binti Abdul Rahman 
© 2022 FMC Music Sdn Bhd


Catat Ulasan

0 Ulasan