Main Game Online Percuma Di Solitaire.org

Main Game Online Percuma Di Solitaire.org

Assalamualaikum, Hi korang! Petang ni KakYa nak kongsi dengan korang, satu website game online iaitu solitaire.org di mana korang boleh main game secara percuma. Bukan saja percuma tau, korang tak perlu download apa apa aplikasi kalau korang nak main game kat sini. Boleh main game kat laptop sambil sambil duk siapkan kerja menulis atau main jer kat smart phone korang. KakYa kalau time menulis takde idea, tinggalkan kejap kerja kerja menulis, layan main game sekejap. 


Solitaire.org

Solitaire.org menyediakan pelbagai jenis game menarik untuk korang tanpa perlu download. Korang hanya perlu buka website solitaire.org melalui laptop atau smart phone korang jer, dah boleh main game. Yang paling best sekali, takkan ada sebarang gangguan iklan lalu lalang saat korang sedang bermain. 




Jadi korang boleh bermain tanpa gangguan. Kalau korang minat main game, korang kena cuba pelbagai game menarik yang tersedia kat sini antaranya;

1. Solitaire games
2. Card games
3. Mahjong games
4. Hidden object games
5. Match 3 atau Connect 3 games
5. Logic puzzle games
7. Word games. 

Solitaire Games 



Solitaire games menyediakan beberapa versi solitaire yang popular iaitu Classic, Klondike, Spider, FreeCell, Pyramid, Trepeaks dan juga Golf. Selain daripada 7 versi ini terdapat banyak lagi versi menarik yang ditawarkan oleh solitaire.org untuk korang cuba. Pendek kata korang takkan jemu bermain pelbagai versi dalam game solitaire. 

Kalau zaman KakYa dulu memang femes la game solitaire ni sebab dulu tak banyak game yang ada berbanding sekarang. Jadi duk pulun main ni jer la. Ada jugak yang tanya apa faedah main solitaire ni? Bila korang main permainan ni korang boleh belajar cara membuat keputusan, dapat mempertajamkan lagi kemahiran, berfikir dengan cepat dan dapat asah skill matematik korang. 

Card Games 



Untuk Card Games pula, kebanyakan game yang ada memerlukan dua pemain ke atas untuk sesi permainan  Tapi korang tak perlu bimbang kalau nak main permainan ni boleh je takde masalah sebab korang boleh bermain dengan robot. Pastikan korang lebih bijak dari si robot!

Card games turut disediakan beberapa versi antaranya Blackjack, Crazy Eights, Euchre, Gin Rummy, Hearts dan juga Spite & Malice. Kalau tanya KakYa mengenai Card Games, KakYa tak berapa faham sangat cara main game ni sebab KakYa tak biasa main Card Games. Tapi korang boleh jer main kalau korang ikut cara main yang betul. Yang selalu main permainan ni mesti terer kan? 

Mahjong Games 



Dalam Mahjong games disediakan 7 versi untuk korang cuba iaitu Solitaire, 3D, Animal Connection, China, Cooking, Golden Auntumn dan juga Panda. KakYa tak pernah main Mahjong Games jadi tak berapa tahu bagaimana cara untuk main permainan ini.

Kalau korang minat untuk main Mahjong Games korang boleh jer baca cara cara untuk main mahjong yang tersedia di solitaire.org .
 

Hidden Object Games



Hidden Object Games adalah game yang menyediakan 8 versi untuk korang pilih iaitu Castle, China, Circus, Garden, Hotel, Kitchen, Pirate dan Princess. Cara nak main Hidden Object games tersangatlah senang. Korang hanya perlu cari beberapa objek tersembunyi yang disembunyikan di tempat tempat tertentu. 

Terdapat beberapa level peringkat permainan bermula dengan tiga peringkat dan paling tinggi adalah 10 peringkat. Hidden Object Games adalah salah satu game yang KakYa suka di solitaire.org .

Match atau Connect 3 Games 



Match atau Connect 3 Games mempunyai 6 versi iaitu Candy Fiesta, Candy House, Same Game, Treasure Of Atlantis, Zuma Ball dan Zuma Legend. Match atau Connect 3 games ni, lebih kurang macam game Candy Crush camtu.

Kalau korang dah biasa main Candy Crush, korang mesti suka dapat main Match atau Connect 3 games ni. KakYa suka Candy Fiesta. Saja layan santai santai time takde kijer nak buat. Main game buat hilang bosan hehehe.. Kekadang penat jugak asyik buat keje jer kan, sesekali layan game tak salah pon tapi jangan lalai jer.
 

Logic Puzzle Games


how to play solitaire online,best free solitaire, solitaire free online,game online free,main game online free, solitaire, solitaire.org,game online,

Logic Puzzle Games mempunyai 8 versi untuk korang pilih iaitu Battleships, Chess, Crossword, Minesweeper, Nonograms, Sokoban, Sudoku, Tetra Blocks. KakYa belum try pernah main algi game ni. Jadi KakYa tak boleh nak citer lelebuh bab ni. Kalua korang nak main boleh jer ikut panduan permainan yang disertakan. 
 

Word Games


how to play solitaire online,best free solitaire, solitaire free online,game online free,main game online free, solitaire, solitaire.org,game online,


Word Games adalah salah satu game klasik yang senang dalam banyak game word yang ada. Disediakan dalam 5 variasi untuk korang cuba iaitu Crossword, Word Search, Letter Logic, Letter Scramble dan juga Wordoku.

Korang pilih jer variasi mana yang korang suka pastu pilih saiz grid Word Games yang korang selesa samaada 12x12, 14x14 atau 16x16 untuk memulakan permainan. 

Game Pilihan KakYa : Hidden Object Games, Match Atau Connect 3 Games Dan Word Games


Kalau korang tanya KakYa, dalam banyak banyak game yang ada, mana satu yang KakYa suka. Kalau ikutkan banyak yang KakYa suka tapi paling KakYa suka sekali tiga game ni;

1. Hidden Object Games


how to play solitaire online,best free solitaire, solitaire free online,game online free,main game online free, solitaire, solitaire.org,game online,

Dalam Hidden Object Games KakYa pilih versi Hidden Kitchen. Cara nak main dia senang jer, korang hanya perlu cari peralatan memasak yang tersembunyi kat dapur. Korang kena betul betul fokus untuk cari satu satu peralatan tau sebab bukan senang nak jumpa bila barang yang korang cari tu kecil sangat. Tapi takde la payah mana, korang kena fokus jer. Kena zoom betul betul baru jumpa. Mencabar la jugak nak mencari untuk KakYa yang mata rabun ni hahahaha. Kejap zoom sana kejap zoom sini. 

Bila dah jumpa akan dapat markah tapi jangan silap klik pada peralatan yang salah sebab markah akan ditolak kalau korang tersilap klik. Kena hati hati okey!

how to play solitaire online,best free solitaire, solitaire free online,game online free,main game online free, solitaire, solitaire.org,game online,

Game ni ada kiraan masa jugak. Dalam 5 minit untuk level 1 korang kena selesaikan mencari peralatan yang tersembunyi. Untuk tahap seterusnya masa permainan akan lebih pendek 20 saat pada setiap level sehingga level ke 10 masa akan menjadi semakin pendek. 


2. Match Atau Connect 3 Games

how to play solitaire online,best free solitaire, solitaire free online,game online free,main game online free, solitaire, solitaire.org,game online,

Untuk game Match atau Connect 3 Games ni KakYa paling suka Candy Fiesta. Selalu la jugak main game ni time ada masa. Layan santai santai syiok la jugak. Suka layan sebab tengok candy macam macam warna duk gerak gerak tu boleh buat hilang stress. Lagi satu time dapat candy boom, punya la suka dan rasa semangat nak terus bermain tu makin berkobar kobar. 

how to play solitaire online,best free solitaire, solitaire free online,game online free,main game online free, solitaire, solitaire.org,game online,
Layan jangan tak layan ... Seronok tengok candy yang warna warni ni. 

how to play solitaire online,best free solitaire, solitaire free online,game online free,main game online free, solitaire, solitaire.org,game online,
Ok la dapat Score 5,800 layan santai santai jer ni sambil buat kerja menulis. 


3. Word Games

how to play solitaire online,best free solitaire, solitaire free online,game online free,main game online free, solitaire, solitaire.org,game online,

Sesekali KakYa layan jugak Word Games ni. Terpaling suka dengan Word Search. Untuk game ni korang bikeh pilih saiz grid teka teki yang korang nak. Ada disediakan saiz  12x12, 14x14 dan 16x16 untuk memulakan teka-teki ini. Korang pilih la mana satu korang rasa okey dengan korang. KakYa pilih 12x12 dan 14x14. Meh kita tengok KakYa dapat cari ke idok ni. 

how to play solitaire online,best free solitaire, solitaire free online,game online free,main game online free, solitaire, solitaire.org,game online,
Yang ni untuk grid 12x12. Yahoo! 
 Berjaya jugak jadi JUARA walaupon ambil masa yang lama. Al maklum la berpinar mata duk cari satu satu perkataan. 

how to play solitaire online,best free solitaire, solitaire free online,game online free,main game online free, solitaire, solitaire.org,game online,
Yang ni pulak grid 14x14. Lagi lama masa yang diambil sebab lagi besar ruang pencarian. Fuhh berpeluh gak la nak habiskan yang ni. Tapi enjoy jer main suka suka bukan nak bertanding dengan orang pon. 

Permainan Word Search ni mempunyai butang untuk korang cetak teka-teki dan korang boleh pilih lebih banyak permainan untuk dimainkan. Kalau korang nak main dalam bahasa lain selain english pon boleh takde masalah sebab ada pilihan 12 bahasa antarabangsa yang lain untuk permainan ini. Bahasa Melayu takde okey.

Minat Main Game Online? Try Main Game Di Solitaire.org 


Kalau korang memang minat main game online, boleh la try main game di solitaire.org . Korang boleh explore pelbagai jenis game yang ada. 

Korang boleh pilih mana satu game yang korang nak main. Nak main yang senang ada, yamg sederhana pon ada dan nak main yang susah pon ada. Tapi KakYa suka main game yang senang jer buat hilang bosan dan kekadang layan game untuk uji minda bersama anak anak.

Ya betul! sesekali kalau ada masa terluang, KakYa akan layan main game dengan anak anak. Dapatla isi masa lapang dengan anak anak daripada diaorang buat benda takde faedah baik jugak main game yang boleh membentuk sifat ingin tahu dan dapat menguji pengetahuan diaorang juga. 

Catat Ulasan

0 Ulasan