Layan Western Di KBB Burger & Steak Kota Bharu Kelantan

Layan Western Di KBB Burger & Steak #kbbsteak Kota Bharu Kelantan 


Steak di Kota Bharu, KBB Burger & Steak, Tempat makan sedap di Kelantan, Western food, Kedai makan viral, Restoran terbaik di Kelantan, Restoran viral

Assalamualaikum, Hi korang! Baru baru ni KakYa dan family dapat menjejakkan kaki di  Kelantan. Lama jugak sejak Covid19 melanda kami tak ke Kelantan. Kebetulan masa ke sana baru baru ni KakYa dan keluarga sempat singgah di restoran western yang wajib kami singgah kalau ke Kelantan. Kat mana tu? Jom KakYa citer... Kita ke KBB Burger & Steak Kota Bharu Kelantan

Steak di Kota Bharu, KBB Burger & Steak, Tempat makan sedap di Kelantan, Western food, Kedai makan viral, Restoran terbaik di Kelantan, Restoran viral


Steak di Kota Bharu, KBB Burger & Steak, Tempat makan sedap di Kelantan, Western food, Kedai makan viral, Restoran terbaik di Kelantan, Restoran viral
KBB Burger & Steak Kota Bharu Kelantan

KBB Burger & Steak Kota Bharu Kelantan 


Alhamdulillah baru baru ni dapat singgah di KBB Burger & Steak Kota Bharu, Kelantan. Restoran ini antara restoran kesukaan anak anak KakYa kalau kami balik Kelantan. Restoran ni terletak betul betul di tengah bandar Kota Bharu, Kelantan. Kalau korang nak tahu, nama restoran ni dulu KB Burger Bakar dan cukup terkenal serta tidak asing lagi bagi penduduk sekitar Kota Bharu, Kelantan sejak 2011 lagi. Sekarang ni restoran ni telah di tukar ke nama KBB Burger & Steak. 

Steak di Kota Bharu, KBB Burger & Steak, Tempat makan sedap di Kelantan, Western food, Kedai makan viral, Restoran terbaik di Kelantan, Restoran viral
Awal awal sebelum makanan siap, kita posing dulu kat sini

KakYa dan family memang selalu datang sini kalau balik Kota Bharu. Waktu kami tiba kat Kota Bharu baru baru ni, dah hampir lewat malam. Hampir jam 11 malam. Tapi nasib baik restoran masih buka lagi dan masih ada beberapa pelanggan yang sedang menikmati makanan. KakYa terus tanya kat kaunter masih buka lagi ke sebab kalau ikutkan jam 11 dah nak tutup sebenarnya. Pihak restoran cakap ya masih buka lagi. Kami apalagi terus naik tingkat atas untuk menjamu selera. 

Pilihan Makanan Kami Sekeluarga Di KBB Burger & Steak Kota Bharu


Anak anak KakYa sangat suka makan kat sini, sebab banyak pilihan steak dan burger yang sedap dan kena dengan selera kami sekeluarga. Kalau bukak jer menu mulalah diaorang jadi rambang mata mana satu nak pilih sebab semua makanan kat sini sedap sedap belaka. Ini kerana menu yang dihidangkan menggunakan daging segar yang berkualiti dan disimpan dalam peti khas bagi memastikan kesegaran, rasa dan kualiti daging tidak terjejas. 

Steak di Kota Bharu, KBB Burger & Steak, Tempat makan sedap di Kelantan, Western food, Kedai makan viral, Restoran terbaik di Kelantan, Restoran viral
Yeayy makanan yang kami order semua sedap dan menepati citarasa 

Masa KakYa pergi baru ni anak anak dah cakap dari Kuantan lagi, diaorang nak makan burger dan nak pilih yang berlainan. Jadi menu pilihan anak anak dan encik suami, semestinya burger. 

Steak di Kota Bharu, KBB Burger & Steak, Tempat makan sedap di Kelantan, Western food, Kedai makan viral, Restoran terbaik di Kelantan, Restoran viral
Wild Ribs Burger. Ni pilihan Dak kecik .. Paling win untuk dia. Mula mula tengok menu dia terus nak yang ni.

Banyak pilihan burger yang ada kat sini yang kita boleh pilih ikut kesukaan dan selera masing masing. Anak anak KakYa dan encik suami pilih empat jenis burger iaitu Wild Ribs Burger, Double Meat Extreme Burger, Smokey Meat Burger dan juga Ultimate Wet Beef Burger. Untuk pengetahuan korang, burger kat sini adalah 100% homemade dengan harga yang berpatutan. Keenakan rasa dan keunikan burger kat sini pasti mengundang rasa tak sabar untuk menikmati burger yang terhidang kat depan mata. 

Steak di Kota Bharu, KBB Burger & Steak, Tempat makan sedap di Kelantan, Western food, Kedai makan viral, Restoran terbaik di Kelantan, Restoran viral
Double Meat Extreme Burger

Steak di Kota Bharu, KBB Burger & Steak, Tempat makan sedap di Kelantan, Western food, Kedai makan viral, Restoran terbaik di Kelantan, Restoran viral
Ultimate Wet Beef Burger

Steak di Kota Bharu, KBB Burger & Steak, Tempat makan sedap di Kelantan, Western food, Kedai makan viral, Restoran terbaik di Kelantan, Restoran viralï
Smokey Meat Burger

Steak di Kota Bharu, KBB Burger & Steak, Tempat makan sedap di Kelantan, Western food, Kedai makan viral, Restoran terbaik di Kelantan, Restoran viral
Wild Ribs Burger

KakYa nak makan steak sebenarnya. Tapi steak yang KakYa nak tu masa kami pergi tertulis kat menu takde stok. Memang rasa nak makan yang tu jer, yang lain KakYa tanak. Last last KakYa  pilih untuk menikmati Spaghetti Carbonara dan Mushroom Sup bersama Garlic Bread. Dah semua pilih burger, KakYa pilih yang lain la sebab tekak ni tetiba nak makan spaghetti pulak time tu. Lepas dapat tahu steak yang KakYa nak takde stok. Jadi kita tukar selera layan Spaghetti. 

Steak di Kota Bharu, KBB Burger & Steak, Tempat makan sedap di Kelantan, Western food, Kedai makan viral, Restoran terbaik di Kelantan, Restoran viral
Spaghetti Carbonara dan juga Mushroom Soup bersama Garlic Bread

Anak anak KakYa pilih sorang satu tapi bukan makan sorang sorang pon setiap satu yang dioarang oder. Diaorang suka kongsi rasa sorang sikit sebab bila pilih jenis lain lain boleh la rasa yang tu camne rasa, yang ni camne rasa. Baru best dapat nikmati semua yang ada kat atas meja. Lagi best sebab dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. 

Restoran Bersih Dan Kemas 


Kalau korang nak tahu kat KBB Burger & Steak Kota Bharu ni menyediakan konsep dapur terbuka di mana kalau korang makan kat bawah, korang boleh lihat sendiri para pekerja di restoran menyediakan makanan yang korang pesan. Best gak tu boleh la korang tengok sendiri camne mereka menyediakan makanan kat situ. 

Steak di Kota Bharu, KBB Burger & Steak, Tempat makan sedap di Kelantan, Western food, Kedai makan viral, Restoran terbaik di Kelantan, Restoran viral
Konsep dapur terbuka. Korang boleh tengok sendiri para pekerja menyediakan pesanan korang

Suasana restoran yang cantik, kemas dan bersih pastinya membuat korang berasa selesa untuk menjamu selera bersama keluarga dan kawan kawan. 

Steak di Kota Bharu, KBB Burger & Steak, Tempat makan sedap di Kelantan, Western food, Kedai makan viral, Restoran terbaik di Kelantan, Restoran viral


Makanan Sedap Dan Menepati Citarasa Sekeluarga Di KBB Burger & Steak Kota Bharu


Secara keseluruhan apa yang KakYa boleh cakap, semua makanan yang kami order semuanya memenuhi citarasa kami sekeluarga. Pendek kata makanan semua sedap dan kami sangat berpuas hati menikmati makanan enak di KBB Burger & Steak. 

Steak di Kota Bharu, KBB Burger & Steak, Tempat makan sedap di Kelantan, Western food, Kedai makan viral, Restoran terbaik di Kelantan, Restoran viral

Kalau korang penggemar makanan western,  korang patut cuba steak dan juga burger di 
KBB Burger & Steak Kota Bharu. Yang nak datang Kelantan, jangan lupa try makan kat KBB Burger & Steak ni. InsyaAllah korang pasti puas hati dan tak menyesal punyalah makan kat sini dengan kelainan dan keunikan yang tersendiri. 

Steak di Kota Bharu, KBB Burger & Steak, Tempat makan sedap di Kelantan, Western food, Kedai makan viral, Restoran terbaik di Kelantan, Restoran viral

Steak di Kota Bharu, KBB Burger & Steak, Tempat makan sedap di Kelantan, Western food, Kedai makan viral, Restoran terbaik di Kelantan, Restoran viral

Steak di Kota Bharu, KBB Burger & Steak, Tempat makan sedap di Kelantan, Western food, Kedai makan viral, Restoran terbaik di Kelantan, Restoran viral

Steak di Kota Bharu, KBB Burger & Steak, Tempat makan sedap di Kelantan, Western food, Kedai makan viral, Restoran terbaik di Kelantan, Restoran viral

Nak tahu lebih lanjut mengenai menu lain yang disajikan di KBB Burger & Steak Kota Bharu, bolehlah terus berkunjung ke sini. 

KBB Burger & Steak Kota Bharu
No 2713 Jalan Kuala Krai
15150 Kota Bharu
Kelantan
Hp : 010 258 1001 
Waktu Operasi : Setiap hari 12 tengahari - 11 malam dan Jumaat 3 petang hingga 11 malam

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan atau tempahan sila layari laman tertera;

Facebook : KBB Burger & Steak
Instagram : kbbburgerandsteak

Sebelum KakYa terlupa, KakYa nak warwarkan juga kat sini, KBB Burger & Steak ada satu lagi cawangan yang terletak di negeri Terengganu. Jadi Orang Ganu dan yang berdekatan kalau nak makan steak dan burger yang sedap bolehlah singgah ke KBB Burger & Steak Kuala Terengganu di;

KBB Burger & Steak Kuala Terengganu
Lot 4063 Jalan Sultan Zainal Abidin
2000 Kuala Terengganu
Terengganu
Hp : 010 254 1001 
Waktu Operasi : Setiap hari 12 tengahari - 11 malam dan Jumaat 3 petang hingga 11 malam

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.