Kereta Saya Mengalami Rosak Total Dalam Kemalangan, Apa Yang Bakal Berlaku?

Kereta Saya Mengalami Rosak Total Dalam Kemalangan, Apa Yang Bakal Berlaku?


Kerosakan kereta total boleh terjadi disebabkan pelanggaran, bencana hingga terlanggar lembu. Walau bagaimanapun, kebanyakkan kes kemalangan yang melibatkan kerosakan total, biasanya ia lebih rumit daripada membaiki kenderaan tersebut. 



Membuat keseluruhan tuntutan kerugian biasanya melibatkan banyak langkah, dan mengetahui perkara yang betul untuk dilakukan selepas kerugian total akan membantu mempercepatkan proses tuntutan, dan anda boleh mendapatkan wang anda secepat mungkin.


Bagaimana Anda Tahu Jika Kereta Anda Itu ‘Totaled’?



“Kerugian total” dalam insurans kereta ialah istilah yang digunakan syarikat insurans
apabila kos untuk membaiki kereta lebih tinggi daripada nilai kereta. Untuk memastikan sama ada kereta anda itu memang rosak total, syarikat insurans anda akan melakukan penilaian menyeluruh terhadap kenderaan yang rosak sebelum mengisytiharkannya sebagai rosak total. 

Semasa menilai kereta, kebanyakan syarikat insurans mengambil kira keadaan semasa dan struktur kenderaan tersebut. Sesetengah syarikat insurans secara automatik akan menganggap sesebuah kereta itu sebagai rosak total jika kos pembaikan melebihi nilai kereta tersebut.


Laporkan Tuntutan Insurans Kepada Pembekal Insurans Kereta Anda Secepat
Mungkin



Apabila terlibat dalam kemalangan kereta sehingga menyebabkan kerosakan total, anda perlu melaporkan kepada syarikat insurans anda dengan segera kerana ini bukanlah tuntutan yang boleh diambil ringan.

Tuntutan kemalangan yang melibatkan
kerosakkan total boleh mengambil masa beberapa minggu untuk disahkan dan ditutup.
Walaupun syarikat insurans memainkan peranan yang besar untuk mempercepatkan
tuntutan, anda juga berperanan penting untuk mempercepatkan proses ini. Lebih cepat anda memfailkan tuntutan, lebih cepat syarikat insurans anda boleh mula menguruskan
tuntutan anda.


Bagaimana Nilai Kereta Saya Ditentukan?



Untuk menentukan “nilai tunai sebenar” kereta anda pada masa kemalangan, syarikat insurans biasanya menggunakan beberapa faktor untuk mengetahui nilai sebenar kereta anda. Faktor ini termasuklah usia kereta anda, keadaan dan jarak tempuh, dan nilai jualan semula. Selain itu, mereka turut menyemak harga jualan kenderaan yang serupa di kawasan anda.


Semak Untuk Melihat Sama ada Anda Masih Perlu Membayar Pinjaman Untuk
Kereta Yang Rosak Total Tadi



Mengetahui jumlah hutang kenderaan anda, anda boleh bersedia jika kredit kereta anda
lebih daripada anggaran semasa kereta anda itu. Sekiranya anda masih membiayai kereta yang telah rosak total, syarikat insurans anda mungkin akan membuat tuntutan yang perlu dibayar kepada anda dan pemberi pinjaman anda, bermakna anda perlu mencapai persetujuan dengan pemberi pinjaman anda tentang cara terbaik untuk mendapatkan wang tersebut. Selalunya pemberi pinjaman akan dibayar terlebih dahulu, bakinya barulah dibayar kepada anda.

Dalam beberapa situasi, masih ada kemungkinan selepas bahawa selepas menilai
kereta anda, anda berbaki hutang yang banyak dengan pemberi pinjaman anda untuk kereta itu berbanding dengan bayaran insurans yang anda terima. 

Anda bertanggungjawab untuk membayar baki pajakan atau pinjaman kenderaan. Sebagai
contoh, katakan anda berhutang RM15,000 untuk pinjaman kenderaan anda, tapi nilai
kenderaan anda telah pun menyusut kepada RM13,000 semasa ia rosak total. Jika anda mempunyai perlindungan komprehensif, syarikat insurans akan membayar anda nilai tunai sebenar kenderaan anda- untuk situasi ini, RM13,000 dan anda perlu menambah baki RM2,000 daripada dompet anda sendiri.


Komunikasi Penting Untuk Memastikan Tuntutan Insuran Berjalan Lancar



Komunikasi adalah penting untuk memastikan tuntutan insurans anda berjalan dengan
lancar. Anda perlu mengambil satu langkah pada satu-satu masa dan bekerjasama
rapat dengan syarikat insurans anda. Jika anda terlibat dalam kemalangan kereta, tidak
kiralah siapa yang bersalah dan kereta anda rosak total, anda perlu memaklumkan
syarikat anda dengan segera.

Di pasaran kewangan Fincrew, kami bersedia 24/7 jam untuk membantu melaporkan
tuntutan insurans. Ingat, jika anda boleh bertahan dalam kemalangan kereta yang
serius sehingga diisytiharkan rosak total, anda boleh bertahan dalam proses tuntutan.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. betul claim je insurans, jangan percaya kal;au pihak lagi satu kata nak byr ganti rugi. takut tipah tetipu.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.