Jom Main Game Masak Masak Di Culinaryschools.org

Jom Main Game Masak Masak Di Culinaryschools.org 


Assalamualaikum, Hi korang. Pagini KakYa nak ajak korang main game. Yang suka main game jom kita layan game masak masak pulak arini. Kalau dulu zaman kecik kecik KakYa  dulu pernah jugak a duk main masak masak guna periuk belanga yang dah tak digunakan oleh mak atau nenek KakYa. Nampak jer bekas yang diaorang tak pakai, terus KakYa ambik untuk guna buat main masak masak.



Seiring perjalanan waktu dan perkembangan teknologi yang semakin meluas, pelbagai permainan masak memasak kini boleh kita main secara online sahaja. Tak perlu susah susah nak beli peralatan masak memasak, klik jer laman web berkaitan dah boleh main game masak masak. Culinaryschools.org adalah salah satu tempat best untuk main game masak masak secara online.

Culinaryschools.org Website Untuk Main Game Masak Masak


Culinaryschools.org menawarkan lebih daripada 100 game masak memasak yang korang boleh pilih dan main secara online tanpa apa apa bayaran. Ya, ianya PERCUMA sahaja. 

Game online

Kalau anak anak korang suka main game memasak, ajaklah anak anak korang sekali main game memasak dalam pelbagai jenis game masakan yang ada kat Culinaryschools.org . Mesti seronok sesekali layan main game memasak bersama anak anak. 

Best tau main game memasak kat sini sebab waktu korang duk main game tak akan ada gangguan iklan. Main dengan seronok dan gembira tanpa gangguan iklan. Semua permainan yang ada dalam laman web ni sangat sangat mesra pengguna dan korang boleh main menggunakan komputer, laptop atau smartphone korang. 

Jom Kita Layan Game Memasak Di Culinaryschools.org


Bila dah tahu ada game memasak online yang best, terus KakYa terjah. Sebelum anak anak layan game ni, Umi dia pon nak tahu jugak game apa yang best kat sini. Sesekali kita layan masak dalam game best jugak. Hehehe boleh hilang stress la jugak layan game memask ni.

Sebelum kita main game, KakYa nak kongsi kat korang beberapa kategori permainan yang ada kat sini untuk korang pilih. Antara permainan yang tersedia adalah;

- Food Education Game 
- Cooking and Kitchen Work 
- Recycling
- Farming 
- Serving Eaters 
- Other Fun Food-themed Games 


Game Paling Menarik Yang KakYa Main Di Culinaryschools.org


KakYa ada cuba beberapa game kat sini dan ada beberapa game yang KakYa suka. Jangan gelak pulak bila KakYa cakap KakYa main game masak masak. Bukan apa saja la layan game sekali sekala. Enjoy untuk diri sendiri hahaha. Antara game yang KakYa suka;

1. Cake Design

KakYa ni tak berapa reti design kek. Jadi bila try main game ni rasa cam seronok la pulak bila kita duk hias kek permintaan daripada pelanggan yang datang kat kedai. Jom main game Cake Design


Game Cake Design ni memerlukan kita untuk design kek termasuk bentuk, jenis adunan, lapisan, inti, topping dan juga topper untuk hiasan pada kek. 


Kena buat ikut kehendak pelanggan dalam masa yang ditetapkan. Kalau korang ambil masa terlalu lama design kek ni atau ada kesilapan pada design kek maka bersedialah menghadapi pelanggan yang marah dan akan keluar dari kedai korang. Kalau korang berjaya design kek ikut masa dan siapakan design yang dikehendaki pelanggan korang akan dapat mata penuh. 


Seronok gak layan game ni, sebab kita kena peka kehendak pelanggan dan kena chek betul betul design yang kita buat tu betul atau salah.  Hahaha lepas main dua tiga kali rasa cam expert dah ni nak design kek. Tapi expert di alam maya jer la, kalau realiti agak agak punah kek kalau KakYa yang design...

2. Cut Fruit

Salah satu game online yang KakYa suka main adalah Cut Fruit. Seronok tau main game ni. Kita kena potong seberapa banyak buah buahan yang ada tanpa terkena bom.

Game online

Jadi masa potong tu kena hati hati takut nanti korang terkena bom. Bukan buah yang terpotong tapi bom yang meletup. Nak potong kena hati hati. 

Game online

Game online

Main Game Takpe Tapi Jangan Lalai


Kalau korang minat main game memasak, kat 
Culinaryschools.org  korang boleh main game online tanpa bayaran, tanpa download dan tanpa gangguan iklan. Nak main jangan main time korang ada kerja nanti tertangguh pulak kerja korang. Boleh jer main time takde kerja, layan santai waktu petang pon best jugak. Main game ni boleh jer takde masalah. Yang jadi masalah bila terlampau taksub duk melayan. Kalau taksub tu memang masalah. Layan sikit sikit sudah la ya! Jangan lalai sebab game. Have fun korang. 


Catat Ulasan

0 Ulasan