3 Cara Mencari Keyword Popular Bagi Menaikkan Trafik Blog

3 Cara Mencari Keyword Popular Bagi Menaikkan Trafik Blog


Assalamualaikum. Hi korang! Untuk entri kalini KakYa nak kongsikan dengan korang tips cara mencari keyword popular. Apa itu Keyword? Keyword atau kata kunci adalah faktor yamg sangat penting bagi menaikkan trafik blog melalui carian search engine oleh pelayar internet. Penggunaan keyword yang selalu dicari oleh visitor pasti sedikit sebanyak mampu meningkatkan jumlah pelawat atau pengunjung yang ramai ke blog kita. Nak pengunjung datang berkunjung ke blog korang, kenalah cari keyword yang sesuai dan bersesuaian. 

Cara Mencari Keyword Popular Bagi Menaikkan Trafik Blog


Untuk mencari keyword yang sering dicari oleh pelayar internet korang boleh menggunakan sama ada software berbayar atau software percuma. Walaupun ada software percuma, tidak semua blogger ambil kisah mengenainya dan sesetengah daripada mereka tidak tahu betapa pentingnya keyword popular bagi menaikkan trafik blog mereka. 

Pemilihan keyword atau kata kunci yang tepat dan popular akan dapat menaikkan trafik blog dengan mudah apabila ada carian daripada pelayar internet. Tetapi bukan hanya sekadar keyword yang bagus diperlukan untuk menaikkan trafik blog tapi perlukan juga sentuhan SEO. 

Selain itu korang perlu konsisten dan rajin menulis dan rekaan blog korang perlu direka dengan baik dan memudahkan pelawat yang datang. Paling penting jadikan blog korang mesra pengguna yang menjadikan pengunjung suka untuk berkunjung ke blog korang. Ingat ya! Blog yang berat akan dipangkah terus oleh pengunjung. 

Di bawah ini KakYa kongsikan 3 cara mencari keyword paling popular tanpa perlu apa apa bayaran untuk korang cuba.

1. Google Trends

Google Trends trending today


Ini adalah salah satu tools percuma yang dimiliki oleh Google. Melalui Google Trends korang boleh mencari keyword popular yang sering dicari seseorang dalam 7 hari terakhir atau 30 hari terakhir dan juga tahun tahun sebelumnya. 

Google Trends trending keyword


Korang boleh memilih lokasi negara untuk keyword sama ada untuk negara Malaysia sahaja atau negara lain. 

Di Google Trends juga, korang boleh mengetahui top keyword atau kata kunci yang paling banyak dicari oleh pelayar internet. Tak percaya korang cuba dulu. 

Google Trends trending for blogpost keyword

Keyword Google Trends

Cara Mencari Keyword Popular Bagi Meledakkan Trafik Blog

Cara Mencari Keyword Popular Bagi Meledakkan Trafik Blog

Cara Mencari Keyword Popular Bagi Meledakkan Trafik Blog

Cara Mencari Keyword Popular Bagi Meledakkan Trafik Blog


Cara Mencari Keyword Popular Bagi Meledakkan Trafik Blog


Ini adalah screen shoot KakYa untuk carian di Google Trends sepanjang seminggu pertama bulan Ogos bermula 1 Ogos 2022 sehingga 7 Ogos 2022.

2. Google News

Melalui Google News korang boleh mendapatkan keyword terkini yang dicari oleh pelayar internet. 

Google news trending

Di Google News telah dirangkumkan segala topik semasa berdasarkan topik atau story yang banyak dicari atau terjadi pada hari hari tertentu. Klik sini untuk ke laman Google News

3. Twitter

Sepertimana yang kita ketahui, Twitter adalah salah satu laman sosial terbaik untuk mencari dan mendapatkan keyword popular. 

Trending twitter today

Berbanding Facebook, Twitter lebih kehadapan untuk korang apply sebagai salah satu cara pemilihan keyword untuk entri korang. 

Jangan Lupa Cuba 3 Cara Mudah Ini Untuk Keyword Blog


Ok ini adalah 3 cara yang dapat KakYa kongsikan bagi menentukan keyword yang sesuai digunakan untuk entri blog korang. Untuk korang yang sedang membaca entri ni, korang boleh cuba 3 cara yang KakYa kongsikan ini bagi mendapatkan keyword yang sesuai untuk menulis entri blog korang yang akan datang.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat buat korang semua. Jangan lupa dulu 3 cara mudah ini dan praktikkan untuk entri blog korang, mana tahu boleh meledakkan trafik ke blog korang nanti. Selamat mencuba dan semoga berjaya. 

Sekian perkongsian dari KakYa berkenaan cara mencari keyword popular untuk meledakkan trafik blog korang. Terima kasih sudi singgah dan baca perkongsian ini. Kalau korang ada cara tersendiri untuk dapatkan keyword blog yang sesuai untuk blog korang, jom la kongsi dengan KakYa di ruangan komen. 

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.