Berminat Beli Hartanah Di United Kingdom, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Berminat Beli Hartanah Di United Kingdom, Ini Yang Anda Perlu Tahu 


Assalamualaikum, Hi korang. Topik untuk KakYa tulis petang ni berat sikit. Tak pernah lagi dalam sejarah menulis KakYa tulis pasal hartanah ni. Kiranya ni first time KakYa tulis. Kita menyahut cabaran menulis pelbagai topik. Kita ke topik hartanah tapi bukan hartanah kat Malaysia korang, KakYa nak citer bab beli hartanah di United Kingdom.


Hartanah kat Malaysia ni kan banyak, dah kenapa sampai ke United Kingdom nak membeli hartanah. Ala mana la tahu kot korang nak berpindah ke United Kingdom satu hati nanti dan berminat nak bermastautin kat sana, memang elok sangat la korang beli hartanah kat sana. Sesetengah oramg membeli hartanah untuk didiami dan ada juga sebagai pelaburan jangka masa panjang. Tapi sebelum korang bercadang nak beli hartanah kat korang kenalah tahu sedikit sebanyak ilmu membeli hartanah. Buat bekal sikit sikit di kemudian hari.


Beli Rumah Di United Kingdom : Apa Syarat Syarat Yang Diperlukan



Kalau korang nak beli rumah kat UK ada syarat syarat yang korang kena patuhi. Sama macam beli rumah kat Malaysia la jugak, ada syarat yang kita kena ikut. Nak beli rumah kat UK sebagai orang luar yang bukan warganegara apa syarat syaratnya. Antara syarat syarat yang dikenakan ialah;

- Bukan warganegara United Kingdom
- Tinggal dan bekerja di luar negara sebagai ekspatriat
- Seorang pekerja mahir yang bermastautin lebih daripada 2 tahun di United Kingdom 

Jika korang memenuhi syarat syarat yang ditetapkan, korang boleh membeli rumah di UK dengan memohon pinjaman kewangan daripada bank di sana. Untuk mendapatkan gadai janji, kebanyakan bank memerlukan korang mempunyai sekurang-kurangnya satu daripada yang berikut: 

- Permit kerja United Kingdom yang sah 
- Visa seperti visa keluarga, visa peringkat 1 atau peringkat 2 
- Pemastautin tetap di United Kingdom 
- Pekerjaan tetap di United Kingdom 
- Akaun bank United Kingdom 

Korang lebih berkemungkinan mendapat pinjaman bank  jika mempunyai baki sekurang-kurangnya 2 tahun visa korang.

Pihak bank biasanya akan mempertimbangkan umur, pendapatan, jaminan pekerjaan dan skor kredit apabila menilai sama ada akan membantu korang dalam mendapatkan gadai janji untuk hartanah di UK.


Beli Rumah Di United Kingdom, Urus Sendiri Atau Guna Khidmat Agen



Jika korang nak beli rumah di UK, kalau korang memang arif dalam bidang hartanah luar negara korang boleh jer urus sendiri. Tapi kalau korang tidak arif dalam hal berkaitan hartanah luar negara, apakata korang dapatkan nasihat daripada penasihat atau agen hartanah yang bertauliah. Nak beli hartanah luar negara bukan satu kerja mudah, jadi korang perlu tahu proses undang undang bagi mengelakkan diri ditipu.

Di Malaysia terdapat ramai agen hartanah yang berpengalaman luas dalam bidang pelaburan hartanah luar negara. Jika korang berminat menggunakan khidmat agen hartanah, korang boleh dapatkan agen hartanah berlesen yang menjual hartanah luar negara kerana mereka ini akan memberi bimbingan dan sokongan yang betul mengikut prosedur undang undang yang ditetapkan. Melalui agen hartanah ini, korang akan mendapat maklumat yang lebih jelas dan tepat mengenai pembelian hartanah luar negara. 

Kalau korang memang dah menetap di UK boleh jer terus dapatkan maklumat lanjut berkenaan pembelian hartanah melalui agen di sana. 


Cara Kira Pinjaman Perumahan Menggunakan MortgageCalculator.uk 



Antara kawasan paling berpatutan dan terbaik di United Kingdom untuk pembelian hartanah ialah Tyneside Utara, Stanley County Durham 
Croydon, Liverpool, Bradford, Newham, Stoke-on-Trent, Newcastle-under-Lyme, Lewisham dan
Greenwich.

Harga jualan purata untuk hartanah di London dalam tempoh 12 bulan yang lalu ialah £727,492. Jenis hartanah yang berbeza di United Kingdom mempunyai purata harga jualan yang berbeza sepanjang 12 bulan yang lalu. 

KakYa ada jenguk jenguk harga rumah di UK melalui NestSeekers  . Untuk sebuah rumah apartment dua bilik dua bilik air di London, UK adalah £615,000 bersamaan RM3,256,631.17


Kalau  korang suka dengan rumah cam gini dan berminat nak dapatkan rumah ini, tiba masa untuk korang kira pinjaman perumahan mengikut purata pengiraan di United Kingdom. Untuk pengiraan pinjaman perumahan di UK korang boleh guna MortgageCalculator.uk . Laman ini akan memudahkan korang untuk mengira pinjaman dengan cepat dan tepat. Ok KakYa tunjukkan kat korang cara pengiraan pinjaman menggunakan Mortgage Calculator UK.


Ok hasil daripada pengiraan yang KakYa buat, jumlah pinjaman korang adalah £802,034.22 bersamaan RM4,247,040.07 . Pembayaran setiap bulan £2,606.78 bersamaan RM13,803.77 . Ni KakYa bagi contoh sebab nak cuba kira harga kat sini. Korang nak beli rumah boleh cari harga yang mampu milik dan kira sendiri berapa kos bayaran bulanan yang korang perlu bayar. Mudah dan senang bila guna cara pengiraan camni sebab kita boleh tahu jumlah pinjaman dan jumlah bayaran bulanan yang perlu dibayar. 

Semoga perkongsian ini dapat memberi lebih maklumat buat korang yang berminat nak beli hartanah kat UK. Sebelum beli kira dulu pinjaman dan bayaran yang perlu kita bayar agar tak lari dari bajet. Nak beli hartanah kat sana tak salah tapi pastikan korang bijak dalam membuat pilihan agar tidak tertipu di kemudian hari. 

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.