Jom Taksir Zakat Bersama Lembaga Zakat Selangor

Jom Taksir Zakat Bersama Lembaga Zakat Selangor 

Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan kempen  “Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu” bermula 15 Jun hingga 31 Julai 2022 bersempena Bulan Taksir Zakat. Kempen ini memberi peluang kepada pembayar zakat diluar sana untuk memenangi pelbagai hadiah menarik yang disediakan dengan mengikuti semua syarat syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS).


Apa Itu Zakat 


Sebelum KakYa citer lebih lanjut berkenaan kempen anjuran LZS ni, apakata kita citer sikit mengenai zakat. Zakat dari segi syarak adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu dan mengikut syarat syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu. Zakat dari segi bahasa pula bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat. 

Zakat adalah salah satu daripada rukun islam iaitu rukun islam yang ke lima. 

Dalil Wajib Zakat


" Hai orang-orang beriman! Nafkahkanlah (di jalan Allah ) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu."
(Surah Al-Baqarah 2:267)

" Maka sesungguhnya Rasulullah S.A.W menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada harta benda yang kami sediakan untuk dijual (urud al-tijarah)."
( Riwayat Abu Daud)

Syarat Syarat Wajib Zakat


Antara syarat syarat wajib zakat adalah;

- Islam
- Merdeka
- Cukup Nisab
- Cukup Haul
- Milik Sempurna
- Niat berniaga

Jenis-Jenis Zakat


Terdapat dua jenis zakat iaitu;

Zakat Fitrah : Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu dan boleh dibayar pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.

Zakat Harta : Zakat harta adalah zakat yang dikenakan ke atas harta-harta tertentu dan boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. 

Zakat harta terbahagi kepada beberapa jenis iaitu;

- Zakat Wang Simpanan (termasuk KWSP)
- Zakat Perniagaan (termasuk saham)
- Zakat Pendapatan
- Zakat Binatang Ternakan
- Zakat Emas dan Perak
- Zakat Pertanian

Kempen Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu


Kempen Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bersempema Bulan Taksir Zakat.

Pihak LZS amat berharap agar kempen ini dapat memberi peluang kepada warganegara Malaysia di negeri Selangor untuk sama sama mengambil bahagian dalam pembayaran zakat dan melalui pembayaran yang dibuat, pembayar zakat berpeluang memenangi hadiah utama iaitu Yamaha Lagenda 115Z F1 dan beberapa hadiah menarik yang lain. 


Kempen ini terbuka kepada semua Warganegara Malaysia kecuali kakitangan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Untuk menyertai kempen Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu, peserta perlu mematuhi beberapa peraturan yang telah ditetapkan seperti tertera dibawah;

1. Kelayakan menyertai cabutan pemenang kempen Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu;
a) Peserta perlu layari jom.zakatselangor.com.my atau imbas kod QR dan muat turun aplikasi Zakat Selangordi Google Play atau Apple Store. 
b) Sila log masuk dan membuat taksiran jenis jenis zakat harta. 
c) Peserta perlu tekan butang simpan sebagai bukti taksiran dan komiten penyertaan.
d) Membuat bayaran zakat harta di mana mana saluran bayaran yang disediakan oleh LZS termasuk agen agen LZS yang bertauliah.
- Tiada had minimum bayaran zakat yang ditunaikan.
- Setiap peserta berhak untuk mendapat satu cabutan sahaja.

2. Kelayakan penebusan baucer selepas Taksiran Zakat. 
a) Peserta perlu layari jom.zakatselangor.com.my atau imbas kod QR dan muat turun aplikasi Zakat Selangor di Google Play atau Apple Store. 
b) Sila log masuk dan membuat taksiran jenis jenis zakat harta. 
c) Peserta perlu tekan butang simpan sebagai bukti taksiran dan komiten penyertaan.
d) Tangkap layar bukti taksiran dan tunjukkan di mana mana cawangan LZS berdekatan.
- Setiap peserta berhak untuk mendapat satu baucer sahaja.


Objektif Kempen Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu 

Untuk pengetahuan sahabat di luar sana, objektif utama kempen Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu adalah untuk mendidik dan mengajak umat Islam di negeri Selangor sama sama mengira sendiri zakat dengan lebih mudah dan tepat.

Selain itu pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) berharap agar kempen seperti ini akan dapat memberi lebih kesedaran kepada pembayar zakat di luar sana untuk taksiran jenis-jenis zakat harta.

Dengan adanya kempen seperti ini ianya dapat membentuk sentimen minda masyarakat untuk membudayakan taksiran dan membayar zakat setiap tahun tanpa apa apa alasan. Kempen ini juga dapat menggalakkan kaedah taksiran yang lebih menyeluruh agar jumlah yang dizakatkan lebih tepat. InsnyaAllah. 

Melalui kempen seperti ini, pihak penganjur dapat mempelbagaikan aktiviti menarik di sepanjang tempoh program taksir zakat berlangsung dan memberi lebih banyak info berkenaan zakat, cara pembayaran zakat dan lain lain info menarik.



Taksir Zakat Sekarang Dan Bayar Zakat Dengan Mudah 


Jom sama sama kita taksir zakat dengan membayar jumlah yang tepat untuk hidup lebih berkat di kemudian hari. InsyaAllah. 


Cara cara untuk taksir dan bayar zakat dengan mudah;

1. Muat turun aplikasi mudah alih ZakatSelangor melalui App Store atau Play Store. Daftar dan log masuk ke akaun anda. 
2. Taksir zakat anda menggunakan kalkulator zakat di aplikasi ZakatSelangor. 
3. Bayar dan simpan penyata zakat.

Mudahnya taksir zakat dengan aplikasi ZakatSelangor

Elektronik Zakat Online (EZO) Kemudahan Zakat Alaf Baru


Sekarang  ni semua benda boleh buat secara online. Sangat sangat mudah dan menyenangkan? Kalau korang nak buat semakan bantuan zakat, boleh buat secara online jer melalui Elektronik Zakat Online (EZO). Kemudahan ini disediakan oleh pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi memudahkan  pembayar dan penerima zakat melaksanakan urusan dengan lebih cepat dan mudah
 


Selain semakan bantuan zakat, korang boleh semak rekod bayaran dan juga mencetak penyata bayaran zakat. Semua ini boleh dilakukan hanya dihujung jari. Ianya pantas, mudah dan paling penting selamat. 

KakYa harap dengan adanya sistem yang baik seperti ini akan mempermudahkan lagi urusan pembayaran dan penerimaan zakat. InsyaAllah. 

Untuk maklumat lebih detail mengenai Elektronik Zakat Online (EZO), korang boleh layari ezo.zakatselangor.com.my.

Proses Agihan Dan Bantuan Yang Disediakan Oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) 


Untuk pengetahun pembaca blog  KakYa, setiap permohonan zakat akan dinilai melalui tapisan haddul Kifayah melalui beberapa proses yang telah telah ditetapkan. 

Permohonan yang telah lengkap akan dibuat semakan berdasarkan had kifayah berdasarkan maklumat yang ada dalam sistem. Setelah itu proses siasatan akan dijalankan untuk menentukan samaada permohonan diterima atau ditolak. Pemohon akan dikelaskan mengikut kelas yang ditetapkan samaada asnaf fakir atau miskin. Bantuan zakat akan diberikan mengikut kesesuaian.  


Antara bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada asnaf asnaf adalah seperti berikut;

Asnaf Fakir dan Miskin

- Bantuan kewangan bulanan
- Biasiswa pelajaran
- Bantuan keperluan pendidikan
- Bantuan sewa rumah
- Saguhati hari raya
- Bantuan kewangan bulanan
- Pembinaan rumah individu
- Bantuan modal perniagaan
- Bantuan makanan bulanan
- Membaik pulih rumah
- Pembinaan rumah individu
- Bantuan perubatan
- Kursus dan latihan
- Bantuan pengurusan jenazah
- Bantuan yuran sekolah rendah/menengah

Asnaf Muallaf

- Saguhati hari raya
- Saguhati galakan saudara baru
- Bantuan kewangan bulanan
- Bantuan modal
- Elaun kehadiran kelas agama asas
- Bantuan perubatan muallaf
- Bantuan sewa rumah
- Kursus dan Latihan
- Dermasiswa muallaf
- Pembinaan rumah berkelompok
- Bantuan perkahwinan
- Pengurusan jenazah
- Bantuan umum pelajaran
- Bantuan berkhatan
- Pembinaan rumah individu

 Asnaf Fisabilillah

- Bantuan kepada persatuan/badan islam
- Pembinaan baik pulih surau sekolah
- Bina/baik pulih sekolah agama
- Dermasiswa kecil pelajar SAMR/T
- Dermasiswa Belajar di luar negara
- Bantuan keperluan sekolah
- Program penerapan nilai-nilai islam
- Bantuan peralatan masjid/surau
- Dermasiswa huffaz Al-Quran
- Bantuan pendidikan/penerbitan
- Pembinaan/baik pulih institusi agama
- Bantuan banjir
- Pembinaan baik pulih masjid
- Bantuan kebakaran
- Pembinaan baik pulih surau
- Dermasiswa pelajar cemerlang
- Bantuan karpet masjid/surau
- Bantuan ribut

Asnaf Gharimin

- Hutang rawatan dialisis
- Hutang perubatan
- Hutang kerana keperluan hidup
- Pengurusan jenazah tanpa waris
- Hutang badan/persatuan
 
Asnaf Ibni Sabil

- Bantuan musafir
- Bantuan tiket Pergi/balik
- Bantuan pelajar luar negara

Agihan Zakat Lembaga Zakat Selangor


KEDUA-DUA SUAMI ISTERI DITIMPA DENGAN UJIAN KANSER

Jasni dan pasangannya Nurhani menghadapi ujian yang paling berat apabila kedua-duanya disahkan menghidapi penyakit kanser. Pada permulaan hanya Pn Nurhani disahkan menghidapi kanser tahap 4 dan kini dalam rawatan kimoterapi. Kemudian, mereka sekali lagi diuji apabila En Jasni pula didiagnosis menghidapi penyakit kanser darah.



Kedua pasangan ini mempunyai 4 orang tanggungan yang masih bersekolah. Salah seorang anak mereka disahkan menghidap Sindrom Down sejak lahir lagi.

Kami telah menjejaki dan menyantuni keluarga ini dengan segera dan mengesyorkan bantuan sewajarnya dengan segera.

Sama-sama kita mendoakan, kesembuhan dan kekuatan dalam mengharungi ujian ini bagi keluarga En Jasni sekeluarga.

Alhamdulillah berkat kutipan zakat di Selangor, kami manfaatkan sepenuhnya buat keluarga Encik Jasni. Terima kasih semua.

Kredit: Operasi Agihan Asnaf Daerah Klang.

Sumber: Facebook Lembaga Zakat Selangor

Sesungguhnya amalan berzakat akan dapat menambahkan keberkatan dalam hidup kita, memadamkan kemurkaan Allah SWT, menambahkan limpahan rahmat serta menolak azab akhirat yang berpunca daripada sifat bakhil dan kedekut.u

Ibarat sebiji buah, ada kulit dan juga ada isi. Maka makanlah isinya dan buanglah kulitnya. Begitu juga dengan rezeki, tidak semua itu hak kita. Sebab dalam rezeki kita, ada hak orang lain seperti fakir dan miskin. Maka, sisihkanlah dalam bentuk zakat. InsyaAllah berkat hidup kita dikemudian hari. 

Jom sama sama kita tunaikan zakat! Sama sama kita hulurkan tangan ringankan beban

Untuk sebarang pertanyaan, maklumat lanjut atau maklum balas berkaitan dengan tentang Lembaga Zakat Selangor, sila hubungi atau layari laman tertera;

TALIAN ZAKAT SELANGOR 1-300-88-4343
Instagram : zakatselangor
Twitter: zakatselangor
Youtube : lzstube

Catat Ulasan

0 Ulasan