Majlis Pembayaran Zakat Korporat Dan Pengagihan Daging Korban McDonald’s Malaysia

Majlis Pembayaran Zakat Korporat Dan Pengagihan Daging Korban McDonald’s Malaysia



McDonald' Malaysia telah menjalankan tanggungjawab mereka dalam membantu meringankan beban golongan asnaf di Negeri Kelantan melalui pembayaran zakat korporat berjumlah RM200,000 kepada Majlis Agama Islam dan adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).


Majlis pembayaran zakat korporat McDonald’s telah diadakan pada 12 Julai 2022 bersamaan 12 Zulhijjah 1443M bertempat di McDonald's Kubang Kerian, Kelantan. Pada majlis yang sama turut dilaksanakan pembahagian daging korban kepada golongan asnaf yang telah dikenal pasti oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Pembayaran zakat korporat berjumlah RM200,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) adalah jumlah tertinggi yang pernah dibayar kepada negeri Kelantan sejak McDonald’s Malaysia membayar zakat korporat pada tahum 2017 sejak diambil alih Lionhorn Pte.Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi.

Majlis pembayaran zakat korporat dan sumbangan korban McDonaald’s Malaysia telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) sebagai penerima sumbangan zakat korporat McDonald's Malaysia daripada Dato' Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, sehingga tahun ini sahaja McDonald's Malaysia telah membayar zakat perniagaan berjumlah RM9.85 juta untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia sejak syarikat ini mula membayar zakat enam tahun lalu. Tahniah McDonald’s Malaysia untuk komitmen yang telah dijalankan.

Bersempena dengan majlis pembayaran zakat ini juga McDonald's Malaysia berkesempatan mengagihkan daging korban dan sumbangan duit raya kepada keluarga asnaf yang turut diraikan bersama didalam majlis yang bertempat di McDonald’s Kubang Kerian.

“Sempena Hari Raya Aildiladha, adalah menjadi harapan kami agihan daging korban ini dapat serba sedikit meringankan beban keluarga asnaf serta membenarkan mereka untuk meraikan perayaan pada tahun ini dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Ini merupakan sebahagian daripada usaha kemasyarakatan kami untuk mewujudkan impak positif dalam komuniti di mana kami beroperasi seperti di Kubang Kerian, Kelantan. Menyumbang kepada golongan yang memerlukan merupakan satu daripada nilai teras syarikat yang sentiasa diutamakan,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.


Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam, dalam ucapannya pada majlis tersebut turut mengucapkan tahniah dan terima kasih bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kepada McDonald's Malaysia kerana berjaya mencari inisiatif untuk menyebarkan amal soleh dan mengadakan majlis seperti ini.

Beliau berharap dengan sumbangan zakat korporat dari McDonald's Malaysia kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan sumbangan lembu-lembu korban kepada masyarakat Islam Kelantan mampu meningkatkan darjat ketakwaan kita kepada Allah SWT di samping membantu meringankan beban para asnaf khususnya di negeri Kelantan.




McDonald's Kubang Kerian di mana berlangsungnya majlis, merupakan restoran terbaru McDonald's di Kelantan yang telah mula beroperasi pada bulan Mac 2022. Selain dapat menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan di sekitar lokasi restoran ini, McDonald's berharap dapat membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat, seterusnya meningkatkan tahap keluarga.

Selain membayar zakat, McDonald's Malaysia juga bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan Halal Development Corporation untuk terus mendukung komitmen Halal dan melibatkan diri dalam aktiviti Halal dalam semua aspek perniagaan. McDonald's Malaysia juga terlibat secara aktif dalam pelbagai program Halal termasuk Pameran Halal Antarabangsa Malaysia(MIHAS), HALFEST dan World Halal Conference.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.