Rezeki Di Penghujung Syawal

Rezeki Di Penghujung Syawal

Assalamualaikum, Hi korang! Petang ni KakYa nak kongsi kegembiraan KakYa bersama korang. Suspen jer bunyi dia ....  Alhamdulillah syukur Ya Allah. Rezeki di penghujung Syawal. 


Tengahari tadi dapat bungkusan yang dihantar oleh kurier NinjaVan. Duk pikir jugak, barang apa yang ringan sangat ni. Pastu duk ingat balik kot ada beli barang online. Takde pulak beli barang dalam masa terdekat ni. Excited sangat nak tahu, lupa pulak nak tengok kat slip depan daripada siapa, terus jer KakYa bukak. 



Terima Kasih Majlis Agama Islam Negeri Sembilan


Setelah di buka, rupa rupanya hadiah Baucer MYDIN RM150 telah selamat KakYa terima. Hadiah ni sempena kemenangan KakYa di tempat  ke dua untuk Kuiz Media Sosial Ramadhan 2022 anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Alhamdulillah KakYa menang untuk minggu terakhir. Rezeki KakYa dan keluarga, setelah join kuiz ni selama empat minggu berturut turut. Terima kasih Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebagai penganjur contest. 


Nak Mengalah Tapi Kena Sabar


Mula mula KakYa dah nak mengalah di minggu ke tiga dah. Ya la kan, bila join satu satu contest memang KakYa target nak menang. Hehehe sapa yang tak nak menang kan? Opkos la nak menang. Bila masuk minggu ke tiga tu kan rasa dah buat yang terbaik dah sehabis baik duk reka ayat tapi belum rezeki lagi. 

Masuk minggu ke empat dah datang dah rasa cam tak nak join dah yang minggu ke empat tu, tapi hati rasa masih ada peluang lagi ni. Nak mengalah tapi kena sabar. Kena usaha hingga akhir. Tak usaha camne nak menang. Makanya KakYa join jugak yang minggu last  "Isi Dialog Wakaf". Tawakal jer la yang last ni, ada rezeki menang, takde rezeki kalah. Tapi memang harapan nak menang tu tinggi melangit lepas dah buat ayat best best. Ada la dua tiga ayat yang KakYa reka. 


Akhirnya berkat sabar dan tak mengalah awal. KakYa menang yeay! Ingatkan dah tak menang dah rupa rupanya Allah nak bagi rezeki menang minggu akhir. Syukur alhamdulillah. Tq Allah .. Tq Allah. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Alhamdulillah.Tahniah kak Ya. Berbaloi juga tak mengalah

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, tahniah Kakya :)
    Berkat tak putus ada kan, ada rezeki menang.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.