Resipi Puding Roti Milo Tanpa Telur

Resipi Puding Roti Milo Tanpa Telur


Assalamualaikum, hi korang. Salam Ramadhan ke 7. Petang ni KakYa nak kongsi resipi mudah untuk korang. Resipi Puding Roti Milo Tanpa Telur hanya guna blender jer. Bahan bahan dan cara nak buat pon mudah jer korang. Sebab mudah la KakYa kongsi dengan orang. Petang nanti kalau dah ada bahan korang boleh la buat untuk makan buka puasa. Ok jom kita tengok dulu bahan bahan yang diperlukan untuk buat Puding Roti Milo Tanpa Telur

Resipi puding roti milo tanpa telur hanya guna blender, puding roti milo sedap dan midah disediakan, cara buat puding milo,  puding milo sedap dan lazat, aneka resipi puding
Puding Roti Milo Tanpa Telur
Kredit Gambar : Malay Kitchen

Bahan Bahan Puding Roti Milo Tanpa Telur


Antara bahan yang diperlukan untuk membuat Puding Roti Milo tanpa telur ialah;

-  4 keping roti
-  1 cawan susu cair ( susu full cream atau fresh milk pon boleh)
- 1/2 cawan air 
- 1 cawan Milo
- 1/4 cawan gula 
- 3 cawan air
- 10g serbuk agar agar 


Cara Masak Puding Roti Milo Tanpa Telur


Ok kita dah ada bahan bahan untuk buat Puding Roti Tanpa Telur. Sekarang ni kita teruskan ke cara memasak pula.

- Mula mula sekali masukkan empat keping roti, 1 cawan susu cair, 1 cawan Milo, 1/2 cawan air, 1 cawan Milo dan 1/4 cawan gula ke dalam blender.

- Blender semua sekali sehingga halus.

- Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan 3 cawan air. Kacau dengan api sederhana. 

- Masukkan 10g agar agar serbuk dan kacau semua bahan bagi rata.

- Pastikan selalu kacau supaya adunan puding tidak berketul. 

- Masak sehingga mendidih dan membuak buak. Selepas dah masak tutup api.

- Sediakan acuan dan tuang adunan ke dalam acuan. 

- Tunggu hingga hilang wap panas baru masukkan ke dalam peti sejuk.

- Bila puding dah mengeras boleh keluarkan dari acuan dan taburkan serbuk milo di bahagian atas puding.

- Hasilnya Puding Roti Milo yang sangat lembut, gebu dan sedap rasanya sedia untuk dimakan. 

Ok selamat mencuba korang. Petang nanti dah boleh buat dah ni. Senang jer dengan bahan pon antara bahan asas yang biasa ada kat rumah. KakYa pon nak buat jugak nanti tapi tak tahu lagi bila nak buatnya sebab baru jer lagi buat Puding Laici. Minggu depan la kot KakYa buat.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.