Ibu Hamil Dan Ibu Menyusu Badan Boleh Berpuasa Ke Tak

Ibu Hamil Dan Ibu Menyusu Badan Boleh Berpuasa Ke Tak 


Ibu hamil dan ibu menyusu badan boleh berpuasa ke tak? Ni antara soalan yang KakYa selalu nampak orang tanya bila masuknya bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan jer memang ramai yang akan tanya soalan ni. Bukan diaorang tanya kat KakYa tau, diaorang tanya kat status facebook diaorang, dalam group facebook, dalam group whatsapp dan juga group telegram. 

Ibu Hamil Dan Ibu Menyusu Badan Boleh Berpuasa Ke Tak


Kiranya soalan ibu hamil dan menyusu badan boleh berpuasa ke tak? antara soalan paling ramai orang tanya. Dek kerana selalu sangat KakYa duk jumpa soalan ni, arini KakYa rasa nak buat entri pasal ni la. Kita try google cari jawapan bernas bab ibu hamil dan menyusu badan boleh puasa atau tidak. 

Ok KakYa ada follow sorang doktor kat facebook, nama doktor tersebut Doktor Erna Nadia. Doktor dari Penang ni sangat suka menulis. Penulisan yang panjang dan juga detail. Kadang kadang bila KakYa baca apa yang Dr Erna tulis, KakYa mudah faham dan senang nak hadam sebab cara penyampaian beliau. KakYa suka sangat penulisan Dr Erna ni. 

Ibu Hamil Boleh Berpuasa Ke Tak?


Ok berbalik kita pada soalan ibu hamil dan menyusu badan boleh puasa ke tak? KakYa tulis berdasarkan perkongsian dari Dr Erna tapi penulisan cara KakYa. Kiranya KakYa tulis style KakYa jer la ikut apa yang Dr Erna tulis. Paham ke idok ni korang? Kira boleh paham kan? Ok jawapan dari Dr Irna untuk soalan ibu hamil dan menyusu badan boleh puasa ke tak?

Bergantung pada keadaan kesihatan ibu tersebut. Secara asasnya, ibu mengandung yang sihat dan tiada masalah kesihatan memerlukan kalori yang lebih berbanding wanita yang tidak mengandung. 

Trimester pertama - perlu lebihkan 100 kalori
Trimester kedua - perlu lebihkan 300 kalori.
Trimester ketiga - perlu lebihkan 500 kalori.

Jadi kalau tibanya bulan puasa, jika ibu hamil yang sihat nak berpuasa boleh saja. Tiada masalah nak puasa cuma masa berbuka dan bersahur ibu mengandung kena lebihkan sedikit portion karbohidrat dan protein serta serat dalam hidangan mereka. 

Untuk ibu hamil yang ada masalah kesihatan atau berat badan berlebihan atau yang ada apa apa simptom alahan mengandung, perlulah dapatkan nasihat doktor yang merawat korang. Kena tanya dulu kat doktor yang merawat korang keadaan diri korang. 

Perlu kita ingat, tak semua yang ada masalah kesihatan tidak boleh berpuasa. Boleh jer nak puasa tapi kena ikut kemampuan badan kita. Apa apa sekalipon kena rujuk pada doktor terlebih dahulu. 

Jika korang masih risau akan kesihatan diri korang dan bayi, tiada masalah untuk berbuka puasa. Lepas dah berbuka tu korang jangan buat buat lupa, kena ganti puasa dan bayar fidyah juga. Janga lupa!

Ibu Yang Menyusu Badan Boleh Berpuasa Ke Tak?


Ibu yang menyusu badan boleh berpuasa ke tidak. Untuk ibu yang menyusu badan, keperluan tenaga mereka adalah lebih tinggi dari wanita biasa, lebih kurang 500 kalori sehari untuk 6 bulan pertama umur bayi sebab bayi hanya minum susu ibu sahaja pada waktu ni.

Selepas umur bayi 6 bulan dan boleh makan makanan, keperluan susu badan juga berkurangan, jadi kalori cuma perlu lebih dalam 300-350 kalori dan semakin meningkat umur bayi, semakin berkuranglah lebihan kalori ibu.

Masa menyusu jika tak cukup makan masih ok lagi dan susu tetap okay, hanya bila kurang air dan kurang pengambilan protein yang akan menjadikan susu berkurang.

Jadi masa bulan puasa, jika ibu menyusu nak berpuasa boleh sahaja cuma lebihkan minum air dan protein. Kat mana nak dapatkan protein? Protein boleh dapat daripada makanan segar sahaja. Contohnya ayam, telur, ikan, daging, makanan laut, kekacang, dan juga keju. 

Lebihkan protein dalam 4-5 hidangan protein semasa bulan Ramadan. Contoh masa berbuka ambil 2 hidangan, moreh ambil 1 hidangan, sayur ambil 1-2 hidangan.

Namun, jika korang risau akan bayi korang atau korang ada masalah kesihatan tapi masih mahu teruskan menyusu, diharuskan berbuka puasa.

Keistimewaan Buat Ibu Hamil Dan Ibu Menyusu Badan Semasa Bulan Puasa


Ini keistimewaan ibu hamil dan ibu menyusu badan yang Allah bagi semasa bulan puasa. Cuma niat kita tu kena la betul. Bukan tak puasa sebab malas nak puasa. Jangan pulak tak puasa sebab malas padahal boleh sahaja berpuasa. Jangan buat camtu okey!

Lebihkan Pengambilan Air


Pengambilan air untuk ibu hamil dan menyusu sangat penting. Ibu hamil perlu lebihkan pengambilan air dari biasa. Ini kerana jika badan kita kurang air boleh menyebabkan dehidrasi dan masalah kejang (cramps). Jadi jangan lupa minum air dengan kadar yang di sarankan oleh Dr agar badan korang terjaga. 

Sumber : Dr Erna Nadia

Catat Ulasan

0 Ulasan