Cara Semak Status Pengeluaran Khas KWSP RM10 Ribu

Cara Semak Status Pengeluaran Khas KWSP RM10 Ribu 

Assalamualaikum, Salam Ramadhan ke 7 buat pembaca dan sahabat blog KakYa. Malam ni baru sempat KakYa nak kongsi berkenaan Cara Semak Status Pengeluaran Khas KWSP RM10 Ribu. Korang yang dah buat permohonan pengeluaran khas KWSP RM10 ribu pastinya dah tak sabar nak buat semakan status permohonan samaada lulus atau tidak. Untuk pengetahuan korang, semakan pengeluaran khas ini telah dibuka untuk orang ramai bermula 9 April 2022. 

https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/check-status

Sila pastikan maklumat berikut adalah sama dengan maklumat semasa permohonan.
- Nombor MyKad/ MyPR
- Nombor Telefon Bimbit (semasa permohonan dibuat)

Cara Untuk Buat Semakan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000


- Sila ke pautan 
https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/check-status
- Masukkan nombor MyKad.
- Seterusnya masukkan nombor telefon bimbit yang didaftarkan semasa permohonan.
- Klik saya bukan robot.
- Klik Semak Status nanti akan keluar status permohonan korang samaada diterima atau tidak. 

Bayaran bagi Pengeluaran Khas KWSP RM10 ribu akan mula dibuat bermula 20 April 2022, cara semak status Pengeluaran Khas KWSP RM10 ribu, KWSP online
Kalau keluar camni. Ini bermakna permohonan Pengeluaran Khas korang BERJAYA. Masa ni la kalau korang nak buat Tiktok guna lagu Dengarkanlah .. Di sepanjang malam, aku berdoa
Bersujud dan lalu aku meminta
Semoga kita bersama. Takde yang nak rasa sakit ati atau marah kat kau. Ni tidak duk buh content merapu guna lagu gini. Apalah korang .. Lemah!

Bayaran bagi Pengeluaran Khas KWSP RM10 ribu akan mula dibuat bermula 20 April 2022, cara semak status Pengeluaran Khas KWSP RM10 ribu, KWSP online

Kenapa Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Diperkenalkan Dan Siapa Yang Layak Untuk Memohon


Sepertimana yang telah dimaklumakan sebelum ini, Pengeluaran Khas diperkenalkan adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP menampung komitmen kewangan bagi menghadapicabarab kesan daripada pandemik Covid19. 

Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap yang mempunyai jumlah simpanan sekurang kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan dibuka layak untuk memohon. 

Ahli KWSP yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan.

Berapakah Amaun Pengeluaran Yang Layak Dikeluarkan Untuk Pengeluaran Khas Dan Bilakah Bayaran Akan Mula Dibuat


Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan untuk Pengeluaran Khas? Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000 manakala amaun pengeluaran minimum adalah RM50 dan ahli KWSP perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1. 

Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.

Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan mula dibuat bermula 20 April 2022 dalam satu bayaran sahaja (single payment)

Bagaimana Pembayaran Pengeluaran Khas Akan Dibuat Kepada Ahli


Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar;

- Akaun bank (simpanan atau semasa)
- Akaun bank masih aktif
- Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

Peringatan Untuk Ahli KWSP Yang Memohon Pengeluaran Khas 


- Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.

- Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.

- Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.

- Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.

- Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran Khas sila layari;

- Laman web rasmi KWSP di pautan ini
- Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
- Layari media sosial rasmi KWSP 
- Hotline Pengeluaran Khas 03-89224848


Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.