11 April Hari Parkinson Sedunia

11 April Hari Parkinson Sedunia


Assalamualaikum sahabat pembaca blog KakYa. Alhamdulillah harini 11 April 2022 dah masuk hari ke sembilan kita berpuasa. Syujur alhamdulillah Allah masih panjangkan usia kita untuk sama sama menjalani ibadah puasa. 

Sahabat pembaca blog KakYa tahu tak 11 April adalah Hari Parkinson Sedunia. KakYa pon baru tahu petang tadi. Tu yang rajin buat entri lepas cari info. Nak tulis lelebih memang KakYa tak reti bab bab penyakit ni, jadi KakYa rujuk pada pihak yang arif iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penyakit Parkinson


Penyakit Parkinson adalah gangguan sistem saraf progresif yang menjejaskan pergerakan. Ia kerapkali berlaku dalam kalangan orang tua. Namun, penyakit ini boleh juga berlaku di usia muda.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan prevalens penyakit ini bertambah mengikut umur di mana 41 per 100,000 penduduk berumur 40’an kepada lebih daripada 1,900 per 100,000 dalam kalangan mereka yang berumur 80 tahun ke atas.

11 April  Hari Parkinson Sedunia, gejala awal penyakit parkinson, penyakit parkinson tidak dapat disembuhkan, parkinson gangguan sistem saraf

Walaupun penyakit Parkinson tidak dapat diubati, ubat-ubatan mungkin memperbaiki gejala yang dihadapi dengan ketara. Oleh itu, dapatkan diagnosa dan rawatan awal di fasiliti kesihatan yang berdekatan.

Hidup dengan penyakit Parkinson boleh mencetuskan pelbagai masalah emosi, seperti kejutan diagnosis, kemurungan, kemarahan dan kekecewaan dengan cabaran fizikal.

Dapatkan sokongan bagi menangani masalah emosi anda dengan:

- Kekalkan komunikasi terbuka dan jujur dengan keluarga, rakan-rakan, dan penjaga anda
-  Sertai kumpulan sokongan untuk berkongsi pengalaman dan perasaan
- Dapatkan bantuan pekerja sosial dan kaunselor yang boleh memberikan sokongan sosial

Penyakit Parkinson Gangguan Sistem Saraf Progresif Yang Menjejaskan Pergerakan



11 April  Hari Parkinson Sedunia, gejala awal penyakit parkinson, penyakit parkinson tidak dapat disembuhkan, parkinson gangguan sistem saraf

Gejala Awal Penyakit Parkinson


Dikongsikan gejala awal penyakit ini. Gejala ini mungkin tidak jelas. Namun, apabila penyakit bertambah serius, gejala ini akan mempengaruhi aktiviti kehidupan harian.

Tanda dan gejala penyakit Parkinson boleh berbeza untuk setiap orang. Tanda-tanda awal mungkin ringan dan tidak disedari. Gejala selalunya bermula pada satu bahagian badan anda dan biasanya kekal lebih teruk pada bahagian itu, walaupun selepas gejala mula menjejaskan kedua-dua belah.

Penyakit ParkinsonTidak Dapat Disembuhkan


Penyakit Parkinson tidak dapat disembuhkan. Namun rawatan (ubat dan pembedahan untuk kes tertentu) boleh melegakan dan memperbaiki gejala pesakit dengan ketara.

Oleh itu, rehabilitasi melibatkan kepakaran daripada pelbagai bidang adalah penting untuk pengendalian penyakit ini.

Berikan sokongan kepada pesakit Parkinson dan keluarga mereka.

Sumber : Telegram rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

Catat Ulasan

2 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.