Perlu Ke Ada Group WhatsApp Family

Perlu Ke Ada Group WhatsApp Family


Semalam KakYa ada singgah kat satu page yang biasa KakYa singgah. KakYa suka singgah page ni sebab banyak kongsikan ilmu yang bermanfaat. Nak jadi citer, semalam ada satu topik yang admin page up kat status. Admin page ada tanya berkenaan group whatsapp family. Perlu ke ada group whatsapp family. Maka ramailah sahabat handai kat page tu duk tinggalkan komen kecuali KakYa. KakYa suka baca jer tak suka sangat nak tinggalkan komen. 

Suhaimi's Family
Ni group family kecil KakYa. 2019 group ni ditubuhkan. Camne boleh tertubuhnya group ni. Bila semua anak anak KakYa dah ada phone sendiri maka bermulalah group kecil family kami.

Kalau KakYa sendiri memang kami ada group family. Untuk group family kecil KakYa kami ada KakYa, En suami dan anak anak. Untuk group family besar KakYa pula ada group bercampur semua adik beradik KakYa dan ipar duai KakYa semua ada kat group tu. Satu lagi group family saja. Hanya adik beradik KakYa jer dalam tu takde ipar duai.

Family First
Ok ni group family untuk adik beradik KakYa. Ditibuhkan pada tahun 2016 tapi rasa rasa group ni lagi lama rasanya. Bukan 2016 rasanya. Sebelum ni pernah dibubarkan yang lama dan buat yang baru. Sebenarnya ada 9 orang kat dalam tu tapi biasalah kadang kadang ada yang phone hang la apa la keluar masuk keluar masuk camtu la kojernya. 

Anak Natu Johari Mok Yam
Ok ni group adik beradik KakYa dan juga ipar duai sebelah KakYa. Ni yang ke dua kali sebab ada yang admin terleft pastu takde admin nak add. Maka buat group baru. Tak cukup qhli gak kat dalam tu. Cam biasa la alasan yang boleh diterima pakai handphone hang laaaa .. 

Untuk group family sebelah En suami, KakYa memang tak pernah masuk  group. Hehehe bukan apa rasa rasa KakYa la, cukup la En Suami jer kat dalam group tu. Lagipon kat dalam group belah KakYa pon KakYa tak masukkan En Suami. Kira adil la kan camtu. Sebab semua benda yang berkisar kat dalam group tu KakYa tahu dan En suami pon tahu. Takyah la dua dua nak duk dalam group yang sama. Cukup sorang sudah. Ke guane? 

Kalau Tak Nak Serabut Kepala Sila Tarik Handbreak Awal!


Dulu ada jugak group anak cucu cicit semua. Ada pak sedara, mak sedara, adik beradik, sepupu sepapan dan juga anak sepupu kat dalam tu. Tapi bila dah ramai sangat kat dalam group tu dan macam macam peel perangai yang boleh kita jumpa kat situ, dan sesekali boleh buat lita terkecik hati terus KakYa left. KakYa ni sejenis yang tak suka nak serabutkan kepala dengan masalah orang. Jadi langkah terbaik kita tarik handbreak awal awal. 

Group Whatsapp Family : Perlu Ke?


Ok kita ke topik kita 'Perlu ke ada group whatsapp family' . Bagi KakYa "PERLU". Kenapa KakYa cakap  perlu sebab family yang sentiasa ada waktu susah dan senang KakYa. Kawan kawan bukan takde. Ada jer sebenarnya, tapi ada yang muncul time senang jer, bila susah ramai yang hilang dari radar tak dapat dikesan. Tapi bukan semua la. 

Ada jer sahabat yang setia time senang juga susah kita. Cuma tak ramai. KakYa kalau kawan sekolah yang sentiasa ada bersama hanya dua orang jer. Tu pon lelaki. Sorang keje KL sorang kije kat Teganu. Hahaha kami kawan sejak tingkatan 3 hingga la arini masing masing dah ada family dan anak anak. Kira BFF la kami ni. 

Tak Salah Ada Group Whatsapp Family


Sebenarnya tak salah ada group whatsapp family dan tak salah juga takde group whatsapp family. Terserah pada diri masing masing nak adakan atau tidak. Macam KakYa sendiri la kan bila dah ada group whatsapp family ni sangat sangat memudahkan untuk kita sampaikan maklumat, pesanan dan juga perbincangan serta dapat mengeratkan silaturrahim sesama adik beradik. 

Kalau sesama kita bersatu hati, sentiasa bertolak ansur, sayang menyayangi dan hormat menghormati antara satu sama lain tak salah ada group whatsapp family ni. 

Group family ni sangat memudahkan tak perlu nak mesej personal kat sorang sorang pastu duk tulis benda yang sama. Bayangkan kalau dalam family tu ada 12 adik beradik. Kena hantar 12 mesej kat adik beradik. Jadi kalau dah semua duk kat satu group kita tulis sekali jer, semua dah dapat mesej. 

Group Whatsapp Family Eratkan Hubungan Keluarga


Lagi satu kalau ada group whatsapp family ni lagi mudah untuk kita mendapatkan info dan hal penting berkaitan keluarga kita. Contoh kenduri kendara dan berita kematian. Jika takde kat group kita akan tertinggal berita terkini dan juga hal yang berlaku di sekitar keluarga kita. 

Hubungan adik beradik terutama kalau masing masing tinggal berjauhan boleh dieratkan melalui group whatsapp. Duk bercerita, usik mengusik sesekali walaupon sekadar dalam group sahaja, terasa macam adik beradik kita tu ada kat depan mata. Meriah bila masing masing dah mula send 'Voice Note'. Macam macam bunyi la boleh dengar hahaha. 

Ada Atau Tiada Group Whatsapp Family Terpulang Pada Diri Masing Masing


Ada sesetengah orang tak suka ada group whatsapp family. Terpulang pada diri masing masing mana baik mana buruk. Kalau ada group boleh buat diri kita tak selesa rasanya tak perlu la ada group atau masuk group. 

Satu lagi tak perlu ada group kalau semua kat dalam tu duk buat hal masing masing. Kalau semua jenis tak ok tak payah ada group pon takpe. Ada orang jenis hangin pus pus, itu tak kena ini tak kena. Jadi daripada ada group baik takde group. Hati pon tenang tak sakit. Buat pe nak sakitkan kepala kalau semua kat dalam group bukan satu kepala. Baik takyah ada group. Gitew ....


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Wajib ada, saya sokong 100%.
    kalau ada group whatsapp family ni lagi mudah untuk kita mendapatkan info dan hal penting berkaitan keluarga kita. Contoh kenduri kendara dan berita kematian. Jika takde kat group kita akan tertinggal berita terkini dan juga hal yang berlaku di sekitar keluarga kita.

    Hubungan adik beradik terutama kalau masing masing tinggal berjauhan boleh dieratkan melalui group whatsapp. Duk bercerita, usik mengusik sesekali walaupon sekadar dalam group sahaja, terasa macam adik beradik kita tu ada kat depan mata. benda ni betul!

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.