Giveaway Wang Tunai RM500 Mamapipie & Jomjalan

Giveaway Wang Tunai RM500 Mamapipie & Jomjalan


Assalamualaikum, Hi korang. Alhamdulillah petang ni kebetulan ada masa sikit jadi KakYa sempat join satu lagi giveaway anjuran rakan blogger yang tak asing lagi iaitu blogger Mamapipie. Giveaway ke tiga untuk bulan Mac 2022 yang KakYa join.

Kalau korang nak tahu, Blogger Mamapipie antara kenalan blogger yang KakYa kenal suka buat giveaway dan KakYa antara yang rajin jugak la join giveaway anjuran Mamapipie ni. Ok kalau korang ada masa terluang jom join sekali. Kita sama sama support blogger Mamapipie 


Syarat-Syarat Penyertaan Giveaway Giveaway Wang Tunai RM500 Mamapipie & Jomjalan


1. Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai (YES saya rakyat MALAYSIA)

2. Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Wang Tunai RM500 Mamapipie & Jomjalan". Tepek banner di atas beserta link ke post giveaway. (DONE)

3. Tag 3 rakan (DONE)

4. Wajib letak blog Mamapipie.com dan Jomjalan.com.my  dalam bloglist korang . (DONE)

5.Sila pilih salah satu post Jomjalan yang korang suka beserta link. Terpulang nak pilih tempat melancong, hotel, tempat makan dan sebagainya. Nyatakan mengapa post tersebut menjadi pilihan. (DONE)

Untuk post pilihan dari Jomjalan, KakYa pilih post ini; 

25 Kedai Makan Sedap, Halal Kat Georgetown Penang Yg Wajib Anda Cuba . Mengapa dan kenapa post ini menjadi pilihan KakYa.

Bulan 6 2022 KakYa dan family dah plan nak bercuti kat Penang. Jadi KakYa dah risik risik tempat makan best kat Penang. Masa duk risik risik pasal kedai makan kat Penang, antara blog yang mucul adalah blog JomJalan. 

Bila dah jumpa blog yang tulis mengenai kedai makan sedap dan halal kat Penang opkoz la KakYa baca. Jadi KakYa dah baca dari awal hingga akhir. 

Dari pemerhatian KakYa yang tak berapa nak memerhati sangat ni, bolehlah disimpul matikan akan ada beberapa kedai yang akan KakYa singgah bila dah sampai kat Penang nanti. Kita tunggu!!!

Penulisan mengenai 25 kedai makan sedap dan halal ini memang cukup detail siap dengan gambar sekali diletakkan walaupon gambar orang lain tapi owner blog ada bagi kredit pada tuan punya gambar. Kalau bab makanan ni kena la ada gambar barulah datang rasa nak pegi makan kat situ. Tak gitu gang!

Paling best bila owner blog turut menyatakan lokasi tempat makan yang di ketengahkan. Yang ni la paling penting. Lokasi lokasi lokasi roger roger!! Kalau takde lokasi camne kita nak terjah. Susah gak nak mancarik. Sebelum ni ada la jugak baca kat blog lain bukan blog JomJalan la blog lain (blog sapa ntah), dah helok helok sangat bagitahu nama kedai, makanan yang ada dan jugak harga tapi lokasi tak pulak dinyatakan. Hampeh betul la. Nyesal baca. Tak baca tak nyesal. Aduhhh ...

Bonus yang KakYa dapat daripada penulisan dalam entri ni, banyak jenis kedai yang diketengahkan antaranya Kedai Melayu/Indonesia, Kedai Mamak, Kedai Siam, Kedai Arab dan Kedai Western. Jadi kalau rasa nak makan western boleh chek kat mana kedai yang menyediakan makanan western. Kalau rasa nak makan tomyam boleh pilih Kedai Siam. Jimat masa dah kat situ. Takde la nak kena fikir mana nak makan TomYam, mana nak makan Nasi Arab atau mana nak makan Nasi Kandar sebab semua kedai dah ada detail kat enti tersebut. 

Kat last entri owner blog JomJalan ada tanya camni bunyinya, So, kedai makan sedap yang mana satu nak dicuba? Ok KakYa jawap ya. Kalau tanya KakYa kedai mana dalam senarai yamg ditulis kat entri tu ada beberapa kedai yang KakYa nak cuba;

1) Halab Penang - Owner blog ada tulis Halab Penang adalah satu kedai arab yang patut pergi kalau pegi Penang. Restoran yang nampak macam muzium dan sangat selesa katanya dan paling best sekali kat sini ada pelbagai lauk dari negara Syria yang jarang kita dengar. KakYa memang suka Nasi Arab dan nak jugak rasa pelbagai lauk pauk yang lain. Nanti kita try okey! 

2) Cafe Lagenda - Kenapa KakYa nak pegi sini lepas baca entri tersebut. Ok kat sini ada dua jenis lauk iaitu Western dan juga Melayu. Senang sikit sebab KakYa dan anak anak suka masakan Western manakala Encik Suami suka masakan Melayu. Jadi bila dedua ni duk dalam satu tempat takde la nak gaduh nak gi sana nak gi sini. Takyah nak gaduh cari tempat, kita pilih jer Cafe Lagenda ni senang citer. Penulis pon ada cakap suasana kat sini santai dan lagu lama turut diputarkan semasa kita duk layan makan makan. Mana tau kot kot boleh joget joget ala Puan Sri Saloma kat situ. Hahahaha mahu kena hempuk ngan Encik Suami kalau KakYa joget joget. 

3) JS 17 Cuisine - Kalau tanya kenapa JS 17 Cuisine? Oh kalau ada yang tanya sebab apa, jawapnya sebab nak try menu rare yang takde atau susah jumpa kat tempat lain iaitu Burger Ketam Kulit Lembut. Hahaha masa mula mula KakYa baca nama burger ni tersalah baca korang oiii, KakYa baca Burger Ketam Kulit Lembu. Mana datang ntah lembu kat belakang tu. Hadoi la kelakor. Rasa rasa cam tak pernah jumpa lagi Burger Ketam Kulit Lembut ni sepanjang kat Kuantan ni ha. Ke ada jer? KakYa je tak tau? Hahahaha. Nanti kita pegi Penang kita try. Sedap ke idok belakang citer yang penting kita bertemu mata dulu dengan Burger Ketam Kulit Lembut. See yaaaa!! 

4) Nasi Padang Minang - Penulis ada tulis yang kedai ni ada menyajikan lauk Padang Sumatra dengan 40 lauk campur. KakYa rasa nak try rasa masakan belah belah Indonesia pulak. Al maklum ler nak pegi Indonesia banyak nak guna ongkos jugak jadi dah alaang alang ada  40 jenis lauk pauk disajikan kat sini dan macam kat Indonesia dah ni, KakYa terjah sini jer la dulu ambik nombor. Fuyoo 40 jenis lauk pauk tersedia jenuh gak tu nak memilih nanti. Kita tunggu sampai sana nanti apa KakYa pilih. 

Ok empat jer dulu KakYa pilih, kan kalau pilih banyak banyak tatau lagi sempat ke idok nak terjah bila sampai kat Penang nanti. Ni pon tatau lagi berapa lama nak duk Penang. Tak plan lagi nak cuti berapa hari. Anyway terima kasih sangat sangat ler kat penulis blog JomJalan untuk entri ini. Terbaik sangat. Jadi yang baik tak salah la KakYa kongsi #YangBaikKakYaKongsi
Haaa baca betul betul hashtag tu. Jangan salah baca. 

Aduhai macam panjang bebenor dah KakYa menulis ni. Al maklum la KakYa ni kalau dah menulis rajin benor tak ingat dunia dah, duk awan biru langit kelabu agaknya. Ok sebelum lagi panjang KakYa stop sini jer la dulu. Kalau ikut jari ni nak typing lagi ni. Haisshhh duk dediam laaa..

Ok berbalik pada syarat giveaway yang seterusnya;

6. Digalakkan Follow Media Social Mama: Instagram, FB, Youtube, Twitter dan FB Page.(DONE)

7. Last sekali, tinggalkan link pernyertaan korang di post giveaway. (DONE)

8. Tarikh tutup giveaway adalah pada 3 April 2022.
   
Syarat wajib nombor 4  tu nanti Mamapipie akan check satu-satu. Kalau tak patuhi syarat ni korang akan disqualified. So, pastikan patuh pada syarat ye. Boleh buat penyertaan lebih dari satu dengan syarat mesti blog yang berlainan dan menepati semua syarat di atas dan syarat no 5 tu bukan copy paste.

Hadiah Giveaway Wang Tunai RM500 Mamapipie & Jomjalan


Giveaway anjuran Mamapipie.com dan Jomjalan.com.my ini menawarkan hadiah berupa;

Hadiah Wang Tunai RM500

Wang tunai sejumlah RM500 akan dihadiahkan kepada 9 orang pemenang. Ramai berpeluang untuk menang. Pemenang akan dipilih berdasarkan pernyataan yang paling kreatif dan menarik (refer syarat no 5). Jom tengok senarai hadiah yang akan dimenangi.

Hadiah Utama 
RM100 (Seorang Pemenang)
1 x RM100

Hadiah RM50
(8 Orang Pemenang)
8 x RM50

Hadiah Saguhati
Sebanyak 3 hadiah saguhati akan disediakan. Jika lebih 50 orang jumlah hadiah akan ditambah lagi. So, kalau nak hadiah lebih korang kena ajak kengkawan ramai-ramai sertai GA Mamapipie ni. 

Ok sebagai penutup entri giveaway ini, KakYa sekali lagi nak jemput dan ajak sahabat sahabat blogger yang lain untuk sama sama join giveaway Mamapipie. Jom sama sama kita  rapatkan ukhuwah sesama blogger. Mana tahu kot kot ada rezeki korang boleh dapat hadiah dari giveaway ni. Rezeki jugak tu kalau dapat. Korang tolong doakan ada rezeki KakYa juga dalam giveaway ni.  

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Terima kasih KakYa support GA mama. Mama pun nak refer post georgetown ni nanti. dulu pergi georgetown pusing2 tak jumpa tempat makan huhu.. goog luck ye

    BalasPadam
  2. Dah lama tak join GA. Good luck Lya.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.