Giveaway Syazni Rahim Blog Masuk Tingkatan 1

Giveaway Syazni Rahim Blog Masuk Tingkatan 1


Assalamualaikum, Hi korang. Dua hari lepas KakYa dapat jemputan join giveaway dari blogger Syazni Rahim. Syaz ada mention kat satu giveaway yang KakYa join. Sebenarnya KakYa kurang blogwalking sekarang ni jadi KakYa tak perasan yang Syaz ada buat giveaway. Bila dah tahu, terus la KakYa join. Support Syaz.

Sebelum tu KakYa nak citer sikit la mengenai blogger Syaz ni. KakYa lupa dah bila KakYa start kenal blogger Syaz di alam maya. Tapi yang KakYa tahu blogger Syaz antara blogger yang RAJIN KOMEN kat blog KakYa. Setakat yang KakYa perati la kan, blogger Syaz ni antara blogger yang rajin blogwalking. Bukan blog KakYa jer, blog blog lain pon Syaz rajin blogwalking dan tinggalkan komen. Memang rajin betul. Salute la ngan Syaz ni. 

Giveaway Syazni Rahim Blog Masuk Tingkatan 1

Giveaway Syazni Rahim Blog Masuk Tingkatan 1

Giveaway Syazni Rahim Blog Masuk Tingkatan 1 ni diadakan bersempena usia blog Syaz dah masuk tingkatan satu 2022 ni. Wow usia blog Syaz sama dengan usia Akif anak KakYa la. Fuhh lama jugak Syaz berblogging dah masuk 13 tahun dah. 2009 dah start dah Syaz. Kalah blog KakYa. KakYa baru masuk 9 tahun berblogging dengan blog Akif Imtiyaz. Tapi kalau blog lama dulu lagi lama berblogging sejak zaman belajar tapi blog tu dah terkubur lama dah. Blog syiok sendiri masa tu hahahaha. 

Dari nak join giveaway terus ke sesi terobek blog. Panjang pulak celoteh KakYa. Jadi tanak lagi panjang citer, apakata kita pakat join giveaway Syaz ramai ramai. 

Syarat Syarat Giveaway Syazni Rahim Blog Masuk Tingkatan 1


Antara syarat syarat yang dikemukan oleh Syaz untuk korang join Giveaway Syazni Rahim Blog Masuk Tingkatan 1 ni antaranya;

1. Buat satu post entri bertajuk : Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1!

2. Follow Blog Syazni Rahim.

3. Letak banner giveaway  dan backlink kan ke entri giveaway.

4. Kalau nak bagi panjang sikit, bolehlah ceritakan entry SR yang mana yang kalian paling ingat? Dan kenapa? (Tak wajib)

5. Selepas selesai semua, bolehlah publish dan submit link entri kalian itu ke ruangan komen di entri giveaway Syaz.

6. Tarikh akhir untuk submit link penyertaan kalian ke ruangan komen entri giveaway Syaz adalah pada 20 Mac 2022!

Ini saja syarat syaratnya. Senang jer syarat yang dikehendaki jadi korang boleh la join sekali. Yang nombor 4 tu kalau korang rajin citer la sikit entri mana satu yang korang paling ingat atau korang suka kat blog Syaz dan kenapa korang ingat entri tu. 

Entri Blog Syaz Yang KakYa Paling Ingat


Ok kalau tanya KakYa mana satu entri KakYa ingat atau suka. Ni salah satu entri Syaz yang KakYa suka di tulis pada 9 Februari 2017. Entri bertajuk Manis Manis Ayam. Nak tahu kenapa? Baca sampai habis okey! Entri ni buat KakYa nak ketawa guling guling bila teringat keleteh Adam , anak Syaz dalam entri tu.

Kisahnya camni Adam anak Syaz sejak sehari dua tu sibuk nak belajar solat. Jadi  sebelum solat Adam akan tanya Syaz, mak tak pakai topi solat ke sebab tok ayah Adam cakap orang lelaki kalau nak solat kena pakai topi solat. Topi solat tu kopiah la. Orang perempuan tak pakai topi solat tapi pakai telekung untuk solat. 

Hari berikutnya Adam ikut Syaz solat lagi dan ikut semua step tapi mata Adam duk pandang kat Syaz. Syaz cakap terganggu khusyuk nak solat bila anak dah duk pandang pandang. 

Ok masa tu Adam ikut Syaz solat maghrib. Lepas solat maghrib Adam join Syaz lagi untuk solat isyak. Syaz ada ajar Adam baca Al Fatihah. Adam ikut solat kejap pastu jalan merata rata. Selesai Syaz solat Adam minta Syaz ajar baca  surah pendek untuk baca masa solat akan datang. 

Beberapa hari kemudian, Adam ikut solat dengan proses yang sama seperti hari hari yang lepas. Tapi ada satu hal tu Syaz tulis tetiba sayup sayup dengar Adam alunkan "Da da di di du di da da di da di, terima kasih daun keladi.. da da di di du di da da di, aku sudah jatuh hati.." . Adoi la Adam bantai nyanyi lagu Nurshila Amin la pulak. Masa KakYa baca part ni memang KakYa gelak sakan tetiba plak tengah solat keluar lagu Nurshila Amin tu. Aduhai si Syaz ni terpaksa tahan nafas tak nak ketawa sebab tengah solat masa tu kan. 

Pastu masuk rakaat kedua Adam follow baca surah pendek pastu keluar lagu "Matanya milip milip selalu, rupanya manis manis ayam.. matanya milip milip selalu, rupanya manis manis ayam". Hadoi si Syaz ni berdekah la ketawa sebab dah kelakor sangat kan. Makanya batal sudah solat mak hang tu Adam. KakYa yang duk khusyuk baca pon boleh berdekah ketawa. Part manis manis ayam tu kelakor habis la. Ada ada jer idea si Adam tu. Mana ntah datangnya manis manis ayam tu. Hahaha sesuka hati dia jer tukar lirik. Ternyanyi la jugak lagu Rahimah Rahim tu bila baca entri Syaz. Kelakar sungguh Adam ni. 

Masa entri tu ditulis Adam kecik lagi. Sekarang dah besar dah Adam anak Syaz tu. Boleh la kenal kenal Adam tiga beradik kalau korang jenguk blog Syaz. 

Jom Join Giveaway Syazni Rahim Blog Masuk Tingkatan 1


Tadi mula mula tulis entri KakYa dah ajak korang join sekali. Ok sebelum tutup entri, sekali lagi KakYa nak ajak sahabat sahabat blogger yang lain untuk sama sama join giveaway Syaz. 

Sama sama kita rapatkan ukhuwah sesama blogger. Di samping rapatkan ukhuwah manalah tahu kot kot ada rezeki korang boleh dapat hadiah dari Syaz. Rezeki jugak tu kalau dapat. Kalau ada rezeki KakYa syukur alhamdulillah. Mana la tahu kot kot ada rezeki KakYa kat sini. Korang tolong doakan jugak ada rezeki KakYa. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. terima kasih Kak Ya sebab sudi turut serta. Terharu saya dengan ulasan entry lama tu hehehe. Besar dah adam sekarang, dah boleh diharap bantu buat kerja rumah :)

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.