Last Day Akif Imtiyaz Di Sekolah Kebangsaan Seri Geliga Kemaman Terengganu

Last Day Akif Imtiyaz Di Sekolah Kebangsaan Seri Geliga Kemaman Terengganu

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik kejap jer masa berlalu. Harini Khamis 24.02.2022, last day dah Akif kat sekolah rendah. Alahai dah nak masuk sekolah menengah dah anak bongsu Umi.

Harini Akif minta nak bawak baju sekolah untuk dapatkan tandatangan kawan kawan sekelas. Pagini dia pakai baju sukan jer pergi sekolah. Last day dah takde apa nak buat sangat kat sekolah. Majlis majlis penting dah selesai dua tiga hari lepas. Buku teks pon dah hantar minggu lepas. Dah settle semua urusan.


24.2.2022 : Selamat Tinggal Sekolah Kebangsaan Seri Geliga, Kemaman Terengganu


Kalau ikutkan Akif start sekolah kat SKSG masa umur 6 tahun. Masa 6 tahun Akif masuk Pra Sekolah SKSG. Jadi kalau nak kira tahun, dah 7 tahun Akif di SKSG dan kawan kawan Akif yang tahun 1 hingga tahun 6 ada juga di kalangan mereka adalah kawan kawan Akif masa Pra Sekolah. Jadi ada yang dah bersahabat sejak usia diaorang 6 tahun lagi. 


Selamat tinggal wahai sahabat dan guru guru di sekolah rendah. Terima kasih atas persahabatan selama 6 tahun ini. Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan oleh guru guru untuk 6 tahun di SKSG. SKSG TERBAIK! InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi. #AkifSayangSemua.

Akif cakap tadi satu kelas menangis ramai ramai. Sedih sangat sebab harini dah last day. Entah bila la boleh jumpa kawan kawan lagi. Masing masing akan bawa diri ke sekolah menengah pilihan masing masing.


Kenangan Bersama Jangan Kita Lupa


Ingat kenangan bersama, ada manis ada juga pahit. Sesungguhnya kenangan ini mengajar kita menjadi lebih dewasa. Ingatlah wahai sahabat, walau dimana kita berada, ikatan persahabatan antara kita kekal selamanya. 

*Tak ramai yang hadir. Ni jer yang sempat turunkan tandatangan tadi. Terima kasih sahabat. Semoga ikatan persahabatan antara kita kekal hingga ke syurga. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib.

Catat Ulasan

0 Ulasan