Capai Jualan 1 Juta Pada 2022 Dengan Bimbingan RichWorks

Capai Jualan 1 Juta Pada 2022 Dengan Bimbingan RichWorks | Macam tak percaya bila orang kata RichWorks buat seminar dan kelas sehingga anak murid Richworks capai jualan 1 juta. Tak percaya pun, tapi tetap realiti dan kenyataan. RichWorks adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang keusahawanan, pemasaran dan pembangunan peribadi.

Lebih mudah faham, Richworks adalah syarikat bimbingan usahawan yang aktif memberi manfaat kepada usahawan dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti sminar percuma virtual, kelas mentoring dan lain-lain lagi.


Capai Jualan 1 Juta Pada 2022 Dengan Bimbingan RichWorks

Betul RichWorks Ajar Sehingga Usahawan Capai Jualan 1 Juta?

Jika dilihat usahawan-usahawan yang belajar dibawah bimbingan RichWorksmemang berjaya! Terutamanya Titanium. Oh ya, apa itu Titanium?


Titanium adalah kumpulan kelas Mentoring yang mempunyai perniagaan fasa berkembang (expand). Mereka dah tak bekerja seorang diri, sudah ada kumpulan untuk laksanakan aktiviti bisnes.

Titan dilihat sangat aktif, mereka juga mendapat bimbingan secara dekat dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri. Sebagai pengasas RichWorks International, menjadi matlamat Datuk Wira untuk lahirkan usahawan jutawan RichWorks dengan lebih ramai lagi.

Bisnes Besar Ada Cabaran Tak?

Bukan sahaja bisnes yang baru bermula dan bisnes kecil, bisnes besar serta yang berkembang lebih besar cabarannya. Fahamilah, setiap bisnes ada cabaran yang tersendiri mengikut tahapnya.

Adakala, apabila bisnes mengalami masalah, tidak semua dapat kita selesai dan fikirkan. Syukur jika ada orang yang bantu, nak tanya kawan, kawan pun ramai tak tahu tentang bisnes. Di sinilah bergunanya ada seseorang yang boleh bimbing kita.

Sama seperti buat bisnes, kita nak dibimbing untuk jadi usahawan yang boleh dapatkan jualan sahaja atau kita nak jadi usahawan yang boleh dapatkan jualan 1 juta? Kalau saya, pilih jadi usahawan jutawan. Orang kata, biarlah kita berimpian setinggi awan.


Kata-Kata Dari Datuk Wira Dr Azizan
Osman | Pengasas RichWorks



“Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran,
kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada
Ogos tahun lalu lagi.

Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.

Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang
sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.



Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga
Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.

Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu
dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.

Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak
susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus
ketika ini?

Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.

Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan
seperti biasa, maka dia akan 'mati'!

Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif
seperti sebelum ini.

Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.


Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat
betul-betul untuk berkembang.

Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk
berkembang dan kekalkan momentum.

Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.

Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.

Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.

Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang
boleh dibuat?

Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.

Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang
ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.

Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik
bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.”


Pendapat Peribadi Penulis

● Ambil tahu isu semasa

Apa yang disampaikan oleh Datuk Wira adalah info penting buat usahawan. Tidak
ramai usahawan kini yang ambil tahu isu semasa. Tidak mahu membaca bukan
masalah besar jika masih ingin ambil peduli hal negara. Datuk Wira sentiasa
memastikan usahawan bersedia dalam apa jua keadaan. Patutlah anak didik Datuk
Wira memang hebat.

● Wajib tahu strategi pemasaran

Jika bisnes sudah besar dan mempunyai tempat fizikal, sebaiknya tambah lagi pencapaian dan pemasaran. Pemasaran yang berpotensi maju harus dilakukan secara konsisten. Buktinya, usahawan yang diceritakan mempunyai kilang di Cina itu juga tidak tahu apa perlu dilakukan dengan lebih baik untuk pemasaran.

● Usaha lebih agresif

Perlu lebih maju dan buat perkara yang lebih hebat atau yang luar biasa sekiranya benar-benar nak berjaya. Jika sebelum ini kita tidak sungguh-sungguh, ubah cara lebih agresif selepas ini.

● Laju Dan Pantas Bertindak

Jangan lambat, ini masanya untuk peniaga bertindak. Jika anda pantas, anda akan capai kejayaan. Sebaliknya jika lambat, mungkin akan tertinggal. Ambil tahu tentang pasaran dan platform, terus cepat jom buat tindakan.

Datuk Wira Dr Azizan Osman Seru Usahawan Yang Masih Tak Nampak Jalan Perniagaan



Bermula dari langkah kecil, usahawan boleh sertai kelas percuma anjuran RichWorks. Selain itu, Program baru bakal dilaksana. Datuk Wira seru usahawan yang masih tak tahu cara berniaga, cara pasarkan produk untuk bersama-sama  sertai Program Live Session secara Percuma.

Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman akan diadakan setiap
Ahad, pada jam 8 Pagi. Mana tahu ini adalah permulaan pertama untuk anda bergelar usahawan jutawan 2022.


Catat Ulasan

0 Ulasan