Bijak Berbelanja Kelengkapan Sekolah Murah Dan Berkualiti Di Pusat Pakaian Hari Hari
Sesi persekolahan 2022 bakal bermula tidak lama lagi. Seperti tahun tahun sebelumnya KakYa akan pastikan kelengkapan sekolah anak anak disediakan lebih awal. Bagi KakYa persiapan awal dalam membeli pakaian sekolah, kasut, stokin, beg dan kelengkapan sekolah yang lain amat penting.
Ini kerana KakYa tak nak terkejar kejar membeli di saat saat akhir. Ya la kan kalau membeli di saat saat akhir ni ada jer yang tak kena. Kadang kadang kasut takde saiz yang kita nak, begitu juga pakaian seragam sekolah yang kehabisan saiz. Jadi persiapan awal memang KakYa titik beratkan sebelum bermulanya sesi persekolahan baru bagi mengelakkan timbulnya masalah.
Jadi Bijak Dalam Berbelanja
Anak bongsu KakYa bakal melangkah ke tingkatan 1 untuk persekolahan sesi 2022. Jadi memang kena beli pakaian seragam sekolah baru untuk dia.
Manakala untuk anak kedua juga perlu belikan pakaian seragam sekolah baru juga sebab pakaian seragam sekolah yang lama dah tak muat.
Al maklum la anak anak remaja ni cepat betul membesar. Nak tak nak kena la beli pakaian seragam sekolah yang baru. Oh mak ai! Harga sepasang pakaian seragam sekolah menengah boleh tahan mahal juga harganya. Sebagai ibubapa kita kena bijak memilih.
Jadi KakYa dan suami kena bijak dalam berbelanja bagi mendapatkan pakaian seragam sekolah serta kelengkapan sekolah yang murah dan berkualiti.
Berbelanja Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari
Untuk tahun ini, KakYa masih lagi berbelanja kelengkapan sekolah anak anak di Pusat Pakaian Hari Hari. Sebab apa KakYa suka berbelanja kelengkapan sekolah anak anak kat sini? KakYa rasa harga kelengkapan sekolah kat sini lebih murah dan berpatutan.
Satu lagi sebab kenapa KakYa suka shopping kelengkapan sekolah anak anak kat sini, kerana semua keperluan untuk persekolahan anak anak seperti pakaian seragam sekolah, kasut, stokin, tudung, innerwears, songkok, seluar sukan, alat tulis dan keperluan yang lain ada di jual disini.
Lagi mudah bila semua dah ada kat satu tempat camni, tak perlu nak pergi banyak tempat hanya untuk mencari kelengkapan sekolah. Terjah jer kat Pusat Pakaian Hari Hari semua keperluan sekolah anak anak dah tersedia kat sini. Mudah dan jimat masa bila semua dah tersedia di tempat yang sama.
Alhamdulillah dah settle semua kelengkapan sekolah Iman dan Akif.
"Marilah Pergi Hari Hari!"
Sekarang ni korang dah tahu nak beli kelengkapan sekolah murah, berkualiti dan harga mampu bayar kat mana kan. Opkos la kat Pusat Pakaian Hari-Hari. Hari-Hari mempunyai 90 cawangan di seluruh Malaysia.
Setiap negeri mesti ada cawangan Hari-Hari ni tau. Untuk senarai cawangan Hari-Hari, korang boleh layari www.hari.com.my/locator . Nanti boleh la shopping di cawangan yang terdekat dengan rumah korang.
Boleh Buat Penukaran Dalam Tempoh 7 Hari Kalau Tersalah Saiz
Dekat Hari-Hari ni kalau korang membeli belah tetiba balik rumah korang try balik pakaian atau kasut yang korang beli tu tetiba pulak terlalu besar atau kecil, korang boleh datang semula untuk membuat penukaran saiz yang betul. Yes! Boleh tukar.
Ya la kekadang kita rasa masa kat kedai dah ok dah saiz yang kita pilih. Al maklum la beria benar duk memilih. Tapi bila balik rumah try lagi sekali, alamak kenapa kecik pulak ni? Kenapa yang ni besar? Aduh salah saiz laaa..
Tak perlu bimbang .. Boleh jer tukar takde masalah tapi pastikan korang datang dalam tempoh 7 hari dari tarikh pembelian dan pastikan juga tag harga dan resit masih ada.
Shopping Online Pon Boleh!
Selain shopping secara walk in, korang boleh juga shopping secara online. Musim musim Covid19 makin meningkat pula sekarang ni, elok sangat kalau beli kelengkapan sekolah ank anak secara online jer. Korang boleh dapatkan kelengkapan sekolah secara online melalui pautan www.ehari.com . Mudah jer beli secara online. Klik klik pilih jer mana berkenan terus bayar. Tak usah gaduh gaduh nak ke kedai. Tunggu jer kat depan pintu barang sampai dalam dua tiga hari.
Sekarang ni sempena kempen Back To School (BTS) korang akan dapat diskaun sebanyak 10% untuk semua barangan sekolah yang berharga RM10 ke atas. Diskaun 10% hanya untuk pembelian secara online sahaja.
Untuk pembelian secara online, korang bukan saja dapat membeli belah secara online di laman web Hari-Hari jer tau. Tapi korang boleh juga membeli belah secara online melalui Shopee. Jangan lupa singgah @harihari_ . Pembelian kat Shopee juga diberikan diskaun sebanyak 10% untuk semua barangan sekolah yang berharga RM10 ke atas. Bagi follower Shopee yang baru, korang akan mendapat diskaun sebanyak 5% dengan pembelian RM50 ke atas. Wow banyaknya diskaun.
Jangan lupa untuk selalu menjenguk Shopee @harihari_ kerana akan ada diskaun tambahan untuk sesetengah barangan dalam masa terhad. Nak lagi senang korang follow je Shopee @harihari_ dan jangan lupa untuk sentiasa alert laman utama Shopee @harihari_ bagi mendapatkan maklumat terkini .
Oh ya KakYa nak warwarkan kat korang, kalau korang membeli belah sebanyak RM15 ke atas di Shopee korang akan dapat FREE DELIVERY dari pihak Shopee. Dah untung dah kat situ tak perlu bayar kos pos. Jimat berganda dah tu.
Satu lagi lupa nak bagitahu. Tempoh kempen Back To School (BTS) bermula sekarang sehingga 31.3.2022 saja tau. Cepat cepat la shopping. Time banyak dapat diskaun ni la syok sikit nak shopping. Apa tunggu lagi, jom ler shopping online kat Hari-Hari.
2 Ulasan
selamat kembali ke sekolah! kelengkapan sekolah di PP Hari-hari memang murah tapi berkualiti
BalasPadamBetul tu
PadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.