Penggunaan Gajet Dan Komputer : Apa Kesannya Pada Mata Dan Penglihatan

Penggunaan Gajet Dan Komputer : Apa Kesannya Pada Mata Dan Penglihatan | Mata adalah pancaindera manusia yang sangat penting dan cukup bernilai. Cuba bayangkan jika kita mengalami kerosakan pada mata atau buta mata, kita tidak akan dapat menikmati betapa indahnya dunia. Entri kalini KakYa nak cerita sikit kat korang berkenaan pengunaan  gajet dan komputer yang memberi kesan pada mata dan penglihatan serta cara penjagaan mata yang betul. 

Alhamdulillah pada 22 Januari 2022 baru baru ni KakYa berpeluang join live free talk oleh Doktor Mohd Hafidz Ithnin pakar mata di Optom Eyecare berbicara mengenai Penggunaan Gajet Dan Komputer Apa Kesannya Pada Mata Dan Penglihatan. Perkongsian ilmu secara live ini telah dipancarkan melalui pautan facebook Bahagian Pembangunan Usahawan Mara.
 
Sebelum ni KakYa pernah join live free talk Doktor Mohd Hafidz Ithin dan apa yang boleh KakYa sampaikan, banyak ilmu baru yang KakYa dapat berkenaan penjagaan mata sepanjang program berlangsung. 

Penggunaan Gajet Dan Komputer : Apa Kesannya Pada Mata Dan Penglihatan, Optom Eyecare Bandar Baru Bangi, bespoke frame, kedai cermin mata murah  bangi

Doktor Mohd Hafidz Ithnin 

Sebelum KakYa menulis lebih panjang, KakYa nak perkenalkan dulu kat korang siapa sebenarnya Doktor Mohd Hafidz Ithnin. Beliau ialah konsultant optomteri di Optom Eyecare Bandar Baru Bangi  dan beliau bertugas sebagai tenaga pengajar di UIA Kuantan sejak 2016. Kepakaran Doktor Mohd Hafidz Ithnin adalah memberi rawatan terapi juling pada kanak kanak dan beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam memperbetulkan masalah mata juling.

Penggunaan Gajet Dan Komputer Apakah Kesan Pada Mata Dan Penglihatan 


Sepertimana yang kita tahu, penggunaan gajet dan komputer jika digunakan secara tidak berhemah akan memberi kesan buruk pada mata dan juga penglihatan. Apakah kita semua sedar selama ini jika kita terlalu terdedah pada penggunaan gajet dan komputer dalam jangkamasa yang terlalu lama berkemungkinan besar kita boleh menjadi buta. Ya! Kita boleh menjadi buta. Tak takut ke kalau tiba tiba satu hari nanti kita hilang penglihatan akibat penggunaan gajet dan komputer yang berlebihan. Jom kita sama sama kupas isu ini bersama Doktor Mohd Hafidz Ithnin. 

Penggunaan Gajet Dan Komputer : Apa Kesannya Pada Mata Dan Penglihatan, Optom Eyecare Bandar Baru Bangi, bespoke frame, kedai cermin mata murah  bangi

Berikut KakYa kongsikan topik perbincangan yang di ketengahkan pada sesi live baru baru ini. Antara yang di bincangkan ialah;

1. Pengguna Gajet Di Malaysia 
2. Kesan Penggunaan Gajet Dan Penglihatan 
3. Bagaimana Nak Jaga Mata 

Pengguna Gajet Di Malaysia


Mengikut data perangkaan Malaysia pada tahun 2019 sebelum pandemik penggunaan telefon pintar adalah 91% berbanding tahun 2018 hanya 89% . Ini bermakna setiap tahun peningkatan penggunaan telefon pintar semakin tinggi. 

Kebanyakan daripada kita yang menggunakan smartphone dan internet biasanya akan melayari media sosial seperti facebook,  instagram, twitter dan juga tik tok untuk pelbagai keperluan dan juga urusan. 

Contohnya kita sebagai usahawan pastinya menggunakan media sosial untuk urusan seharian dan sedikit sebanyak kita akan terdedah pada masalah penglihatan apabila terlalu lama menggunakan gajet. 

Penggunaan Gajet Dan Komputer : Apa Kesannya Pada Mata Dan Penglihatan, Optom Eyecare Bandar Baru Bangi, bespoke frame, kedai cermin mata murah  bangi

Mengikut laporan akhbar Themalaysianreserve pada 12 April 2021, akses kepada telefon pintar dan komputer meningkat sebanyak 98.6%. Ini bermakna hampir semua rakyat Malaysia menggunakan telefon pintar dan komputer. 

Penggunaan Gajet Dan Komputer : Apa Kesannya Pada Mata Dan Penglihatan, Optom Eyecare Bandar Baru Bangi, bespoke frame, kedai cermin mata murah  bangi

Daripada kajian yang telah dijalankan oleh statista.com , masa penggunaan telefon pintar dan komputer sewaktu melayari internet dalah sangat lama iaitu sekitar 6 jam sehari. Apabila penggunaan komputer dan telefon pintar terlalu lama, ianya akan menyebabkan sistem fokus mata dan juga sistem aligntment mata kita terjejas. Selain daripada itu pengunaan komputer dan telefon pintar yang terlalu lama akan menyebabkan peningkatan power mata. 

Kesan Penggunaan Gajet Pada Mata 


Bila dah terlalu lama sangat menggunakan gajet, pasti ada kesan pada mata kan? Apa kesan penggunaan gajet yang terlalu lama pada mata? 
Antara kesan ketara ialah;

Peningkatan power spek

Peningkatan power spek akan bertambah terutama pada kanak kanak yang berusia bawah 13 tahun. Power mata kanak kanak yang berusia bawah 13 tahun lagi cepat naik berbanding orang dewasa. 

Apabila power mata naik apa yang berlaku? Bila power mata kita semakin naik bola mata semakin lama semakin panjang. Lama kelamaan saraf di belakang mata akan terkoyak. Bila dah terkoyak apa kesan pada mata kita? Mata akan menjadi buta. 

Oleh kerana itulah kalau kita terlalu kerap menggunakan gajet dalam kehidupan seharian, kita perlu kerapa membuat pemeriksaan mata dan berjumpa dengan optometrist bertauliah untuk mendapatkan nasihat. 

Otot fokus mata yang tak stabil 

Apabila kita meenggunakan gajet terlalu lama, ini akan menyebabkan otot fokus mata kita akan bekerja lebih kuat dan menjadikan otot mata kita letih. Apabila keadaan ini berlaku akan menyebabkan otot fokus mata kita menjadi tidak stabil. Sesetengah daripada kita yang bekerja di pejabat mengalami masalah ini dan akan  menyebabkan kerja kerja di pejabat terganggu. Ya la kan bila otot fokus mata kita menjadi tidak stabil bagaimana kita nak menyelesaikan kerja kerja kita kat pejabat. 

Mata cepat penat

Kerja kerja di pejabat pastinya pastinya banyak menggunakan komputer dan juga gajet. Ini akan menyebabkan mata kita cepat penat akibat terlalu lama memberi tumpuan pada komputer. 
Bila mata penat bagaimana kita nak tumpukan pada kerja kita. Bagaimana kita nak kerja dengan efektif kalau dah ada masalah pada mata. 

Juling

Bila mata penat apa akan berlaku? Mata boleh jadi juling. Kenapa boleh jadi juling? Juling boleh berlaku akibat kita tidak menjaga penglihatan dengan betul. Kalau saraf mata ada masalah, aligntment mata turut sama bermasalah. Bila saraf penat, auto fokus pon tak stabil boleh menyebabkan mata kita menjadi juling. Bila mata juling kita akan rasa malu nak berhadapan dengan orang ramai akibat hilangnya keyakinan diri. 

Mata kering

Macam mana mata boleh jadi kering. Apa yang berlaku bila kita tengok komputer atau telefon pintar terlalu dekat, mata kita  kurang berkelip. Kawasan mata terdedah dan mata akan cepat kering. Bila kering permukaan mata merekah dan sakit. Bila mata sakit merah memang tak selesa nak buat kerja. Kalau mata tak selesa macam mana nak buat kerja. 

Bagaimana Nak Jaga Mata 

Jadi bagaimana cara kita nak menjaga mata tanpa meninggalkan gajet. Kita yang kerja kat pejabat atau usahawan di luar sana yang bekerja menggunakan gajet pastinya nak tahu  juga cara terbaik yang boleh dilakukan untuk penjagaan mata. KakYa kongsikan kat sini beberapa cara penjagaan mata yang telah dikongsikan oleh Doktor Mohd Hafidz Ithnin ;

Berehat sebentar dan boleh sambung semula penggunaan gajet

- Rehat sebentar selepas satu jam penggunaan komputer dan gajet. Kena rehatkan mata agar mata jadi lebih selesa. Rehat agak agak 5 ke 10 minit pon dah okey. Pastu boleh guna balik ikut kesesuaian penggunaan. Jadi pastikan mata kita berehat dalam masa 5 ke 10 minit untuk satu jam penggunaan. Wajib ada rehat. 

Kanta khas untuk penggunaan gajet

Sesetengah daripada kita tak nak rehat sebab nak siapkan kerja kerja pejabat atau kerja kita sebagai usahawan. Nak cepat siap kerja. Takpe boleh jer buat kanta khas kat Optom Eyecare untuk mengelakkan masalah mata. Tapi kalau buat kanta khas mata kita ni kena rehat juga dalam seminit ke dua minit. Tak boleh sraight jer buat kerja tanpa rehatkan mata. 

Penggunaan kanta penapis berwarna biru

Sesetengah daripada kita yang bekerja dan menggunakan gajet turut menyiapkan kerja  hingga waktu malam. Apabila menggunakan gajet pada waktu malam, kita susah nak tidur di sebabkan cahaya dari komputer dan gajet yang ada di depan mata kita boleh menyebabkan sistem tidur terganggu. Kalau korang ada masalah seperti ini, korang boleh buat satu cermin mata khas yang ada blue light filter di Optom Eyecare. Kita perlu tapis cahaya biru yang ada kat gajet agar hormon tak terganggu. 

Guna air mata tiruan (artificial tears) sekiranya mata menjadi kering

Bila kita mengadap komputer atau gajet terlalu lama, lama kelaman mata akan jadi kering. Apa nak buat bila mata menjadi kering? Bila mata kering dan tak selesa kita perlukan air mata tiruan nak bagi mata kita lebih selesa. 

Ok inilah sedikit sebanyak kupasan yang telah di buat oleh Doktor Mohd Hafidz Ithnin berkenaan penggunaan gajet dan komputer serta kesannya pada mata dan penglihatan. Alhamdulillah banyak yang KakYa belajar berkenaan penjagaan mata dan langkah langkah yang perlu kita tahu berkenaan penjagaan mata yang betul. KakYa harap perkongsian ini dapat membantu kita dalam menjaga dan memelihara mata kita agar kekal sihat. 

Berpada Pada Menggunakan Gajet

Bagi KakYa la kan, dalam penggunaan gajet ni kita kena berpada pada. Gunalah gajet secara berhemah agar kesihatan mata kita terjaga. Macam KakYa, memang tiap tiap hari guna gajet sebab KakYa kan penulis blog. Ada jer benda yang KakYa nak tulis kat blog KakYa jadi kenalah guna gajet. Walaupon bukan hari hari publish entri kat blog tapi KakYa memang hari hari duk draft entri dan baiki mana mana entri lama kat blog. Nama pon blogger kenalah rajin hehehe. Kadang kadang tak sedar masa yang digunakan dengan gajet terlalu lama hingga kadang kadang mata jadi pedih bila terlampau lama guna gajet. 

Tapi bila KakYa dengar perkongsian dari Doktor Mohd Hafidz Ithnin, timbul la jugak rasa keinsafan dalam diri. Oh selama ni aku tak jaga mata dengan baik. Selama ni aku salah bab bab penjagaan mata. Paling KakYa takut masa doktor terangkan bab mata boleh jadi buta akibat penggunaan gajet yang tak terkawal. Aduh takut sangat bila dengar bab bab mata buta ni. 

Jadi kesimpulannya bila KakYa sendiri alami masalah mata, KakYa sangat berhati hati setiap kali menggunakan gajet. KakYa akan pastikan penggunaan gajet mengikut saranan doktor. 

Promosi 50% Bespoke Frame Di Optom Eyecare Bangi


Ok kita dah tahu banyak bab mata dan juga penjagaan mata kan! Sekarang ni KakYa nak warwarkan juga kat sini berkenaan promosi yang di buat oleh Optom Eyecare Bandar Baru Bangi untuk pelanggan pelanggan di luar sana. 

Penggunaan Gajet Dan Komputer : Apa Kesannya Pada Mata Dan Penglihatan, Optom Eyecare Bandar Baru Bangi, bespoke frame, kedai cermin mata murah  bangi

Optom Eyecare Bandar Baru Bangi ingin sama sama berkongsi promosi 50% BESPOKE FRAME bagi yang nak buat bingkai cermin mata custom made. Ha aa kita biasa dengar mengenai bingkai cermin mata ready made jer kan sebelum ni. Tapi di Optom Eyecare Bandar Baru Bangi bukan saja menyediakan bingkai cermin mata ready made tapi ada juga bingkai cermin mata custom made. Wah! Menarik sangat ni. 

Penggunaan Gajet Dan Komputer : Apa Kesannya Pada Mata Dan Penglihatan, Optom Eyecare Bandar Baru Bangi, bespoke frame, kedai cermin mata murah  bangi

Bagi yang berminat nak buat bespoke frame,  korang boleh gunakan promo code optommara
untuk mendapatkan diskaun sebanyak 50%. Korang boleh terus walk in ke Optom Eyecare Bandar Baru Bangi. Untuk maklumat lanjut sila whatsapp 011- 11479093 atau layari laman tertera di bawah;

Website: https://optom.com.my/
Facebook: optombangi
Instagram: optombangi

Alamat Optom Eyecare Bandar Baru Bangi

Optom Eyecare Bangi.
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(Berdekatan Marrybrown)

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Wah! 50% diskaun ni memang berbaloi... nanti nak recce kat Optom Eyecare Bangi... alang-alang ada promosi ni, boleh buat cermin mata baru kannnn Kak Ya...

    BalasPadam
  2. Perkongsian yang menarik. Optom tu dah menjadi sebutan, memang pilihan ramai dengan kualiti yang bagus.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.