Kenapa Kasut Sekolah Pallas Jadi Pilihan Ramai | Bila cakap bab persiapan sekolah, kasut sekolah adalah salah satu kelengkapan yang mesti masuk senarai. Bagi KakYa kasut sekolah adalah kelengkapan mesti ada apabila anak anak melangkah ke sesi persekolahan yang baru. Kasut sekolah pilihan anak anak KakYa tak lain tak bukan semestinya kasut sekolah Pallas.
Dari dulu hingga sekarang anak anak KakYa memang sukakan kasut sekolah jenama Pallas. Pallas antara jenama kasut sekolah yang terkenal kerana keselesaannya, femes di kalangan pelajar dan antara top brand yang dipercayai dan disukai ramai. Ingat kasut sekolah mesti ingat Pallas!
Kasut Sekolah Kelengkapan Wajib Beli Setiap Kali Sesi Persekolahan Baru
Persekolahan sesi 2022 bakal bermula pada bulan Mac tahun hadapan. KakYa pasti, ibubapa di luar sana yang mempunyai anak anak di alam persekolahan pastinya sedang membuat persiapan awal untuk persekolahan anak anak.
Bila cakap bab persiapan sekolah, kasut sekolah adalah salah satu kelengkapan yang mesti masuk senarai. Setiap tahun kaki anak anak cepat membesar dan kita sebagai ibubapa perlu memilih kasut yang sesuai buat anak anak agar dapat memberi keselesaan untuk kaki mereka.
Kasut Sekolah Pallas Masih Lagi Menjadi Pilihan Anak Anak Untuk Sesi Persekolahan 2022
Kasut sekolah Pallas masih lagi menjadi pilihan anak anak KakYa bagi sesi persekolahan 2022. Cuma kali ini pilihan anak anak sedikit berlainan berbanding tahun lepas. Cuma Iman sorang jer masih lagi setia dengan design yang sama dengan tahun lepas. Bila dah selesa memang yang tu jugak la yang dia pilih. Selesa kan!
Insyirah memilih Pallas X Series PX37-016 BK, pilihan Iman Pallas X Series PX37-104 ABK dan Akif memilih Pallas Jazz 306-0182 BK. Pilihan berlainan ikut citarasa diaorang. Masing masing memilih kasut mana satu yang diaorang suka.
Kasut Sekolah Pallas Memberi Keselesaaan Pada Kaki
Kasut sekolah yang selesa adalah sangat penting untuk anak anak KakYa yang sedang membesar. Keselesaan kaki mereka amat KakYa titik beratkan. Memilih kasut sekolah Pallas adalah satu langkah bijak dan pilihan tepat kerana Pallas menjanjikan keselesaan untuk kaki anak anak. Tambahan pula kusyen tumit kasut sekolah Pallas dibuat sangat selesa.
Kusyen tumit yang selesa amat penting untuk memberi keselesaan dan mengurangkan keletihan pada kaki. Ya la kan, anak anak akan berada di sekolah sepanjang hari dan tidak mustahil diaorang akan ada masalah keletihan pada kaki kalau kasut yang dipakai tak selesa.
Kasut sekolah Pallas pastinya pilihan terbaik kerana sangat selesa, berkualiti tinggi, tahan lasak dan mempunyai pelbagai rekaan menarik dengan harga yang berpatutan.
Pallas Jazz Double Velcro Straps 306-0182 BK Untuk Akif
Tahun lepas Akif pakai kasut jenis strap. Kalini masih lagi kekal dengan jenis strap. Katanya kalau bertali ni lambat sikit nak bersiap pagi pagi.
Antara ciri ciri dan kelebihan kasut jenis ini;
- Reka bentuk dua tali velcro
- Bahagian atas kanvas yang tahan lama untuk pemakaian yang tahan lama
- Lapisan foam yang tebal untuk keselesaan dan perlindungan tambahan
- Foam yang lebih tebal di atas untuk keselesaan yang lebih baik
- Tapak kasut yang selesa dengan cengkaman yang kuat
Iman Memilih Pallas X Series PX37-104 ABK
Kasut sekolah Pallas pilihan Iman masih sama dengan kasut yang di pakai pada tahun lepas Pallas X Series PX37-104ABK. Tahun ni masih kekal dengan pilihan yang sama. Kasut yang sangat selesa dengan cengkaman tapak yang lebih kuat serta sekata dan tapak kasut yang tidak licin.
Iman cakap dia cukup selesa memakai kasut sekolah Pallas design ini. Bila dah selesa makanya setiap tahun mesti nak pattern sama juga. Memang kena beli kasut sekolah tiap tiap tahun sebab kaki dia membesar dengan jayanya dan kasut sekolah tahun lepas pon dah tak muat untuk dipakai.
Antara ciri ciri dan kelebihan kasut jenis ini;
- Tapak kasut getah (Rubber Outsole)
- Saiz besar sehingga #13 available. Saiz besar macam ni memang agar sukar untuk dicari kat pasaran tapi Pallas tetap ada.
- Rubber outsole: Cengkaman yang kuat dan lebih baik (Better GRIP).


Insyirah Suka Pallas X Series PX37-016 BK
Masa mula mula dia tengok kasut ni, dia dah jatuh suka. Cun katanya. Bila dah try lagi la dia suka. Very comfortable for her. Kakak cakap kasut ni bukan saja sesuai untuk pakai ke sekolah tapi nak pakai jalan jalan, pergi mall, hiking dan nak main badminton, futsal pon boleh ni. Multi purpose katanya.
Antara ciri ciri dan kelebihan kasut jenis ini;
- Lebih pengudaraan
- Lebih cepat kering
- Sangat selesa dipakai
Bagaimana Nak Membeli Kasut Sekolah Pallas
Oleh kerana negara kita masih lagi berperang dengan virus Covid19 dan kita pon tak digalakkan untuk membawa anak anak keluar rumah, KakYa cadangkan korang buat pembelian secara online jer. Sekarang kan semua kat hujung jari. Jadi tak perlu susah susah nak ke kedai hanya untuk beli sepasang kasut. Beli online lagi mudah dan banyak pilihan yang boleh kita pilih.
Nak beli online tapi kat mana? Ok korang boleh dapatkan kasut sekolah Pallas untuk anak anak korang sekarang juga di online store www.wow2wee.com. Klik jer link yang KakYa bagi, nanti korang pilih la mana mana kasut yang berkenan di hati. Senang, mudah dan cepat.
Kalau korang rasa nak beli kasut sekolah Pallas secara offline pon boleh takde masalah. Korang boleh dapatkan kasut sekolah Pallas di AEON, TESCO, MYDIN SUPERMARKET dan juga kedai kedai terpilih di seluruh Malaysia. Cumanya di musim Covid19 ni, jangan lupa patuhi SOP yang ditetapkan masa kat luar. Kita jaga kita okey!
Info Lanjut Mengenai Kasut Sekolah Pallas
Untuk maklumat lebih detail mengenai kasut sekolah Pallas korang boleh layari;
0 Ulasan
Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.