Bagaimana Nak Jaga Mata Anak Tanpa Meninggalkan Gajet

Bagaimana Nak Jaga Mata Anak Tanpa Meninggalkan Gajet | Alhamdulillah semalam KakYa berpeluang untuk join FREE TALK yang dikongsi oleh Doktor Mohd Hafidz Ithnin, Pakar Mata di Optom Eyecare dan Pensyarah UIAM Kuantan dengan tajuk yang cukup bagus "Bagaimana Nak Menjaga Mata Anak Tanpa Tinggalkan Penggunaan Gajet". Oleh kerana banyak sangat manfaat yang KakYa dapat dalam sesi free talk semalam, pagi ni KakYa nak kongsikan apa yang KakYa faham kepada pembaca blog KakYa. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua. InsyaAllah. 

Bagaimana nak menjaga mata anak tanpa tinggalkan penggunaan gajet, kesan gajet pada mata kanak kanak, blue light filter, pemeriksaan mata kanak kanak

Kupasan Topik Menarik Dari Doktor Mohd Hafidz Ithnin Pakar Mata di Optom Eyecare dan Pensyarah UIAM Kuantan 


Topik perbincangan yang diketengahkan pada sesi seminar semalam merangkumi tiga topik penting iaitu pengguna gajet di Malaysia, kesan penggunaan gajet pada mata dan bagaimana nak jaga mata tanpa meninggalkan gajet. Antara ketiga tiga topik perbincangan ini, topik yang paling KakYa nak sangat tahu dengan lebih mendalam ialah bagaimana nak jaga mata tanpa meninggalkan gajet

Nak jaga mata tapi tak nak tinggal gajet? Camne tu caranya? Doktor Mohd Hafidz Ithnin mengupas lebih detail dalam sesi yang cukup santai semalam. Terima kasih Doktor untuk perkongsian penuh makna ini. 

Bagaimana nak menjaga mata anak tanpa tinggalkan penggunaan gajet, kesan gajet pada mata kanak kanak, blue light filter, pemeriksaan mata kanak kanak

Pengguna Gajet Di Malaysia


Sepertimana yang kita tahu, gajet dah jadi satu benda wajib ada di samping kita. Keadaan sekarang memerlukan kita untuk menggunakan kemudahan teknologi ini samaada untuk bekerja mahupun belajar. 

Tahukah korang penggunaan gajet di Malaysia semakin lama semakin meningkat dari satu tahun ke tahun tahun seterusnya. 

Laporan akhbar menunjukkan 98.6% menggunakan smartphone untuk kegunaan harian termasuk anak anak kita. 

Pernah tak kadang kadang bila kita nak buat kerja pastu anak meragam. Kita tak nak bagi anak meragam kita bagi gajet kat anak anak. Anak pon diam. Itu satu cara nak bagi anak diam dan kita boleh kerja dengan tenang. 

Bagaimana nak menjaga mata anak tanpa tinggalkan penggunaan gajet, kesan gajet pada mata kanak kanak, blue light filter, pemeriksaan mata kanak kanak

Statistik menunjukkan waktu hujung minggu anak anak remaja menggunakan smartphone lebih dari 3 jam. Apa yang anak anak remaja ini lakukan sepanjang tiga jam. Biasanya mereka main game, melawat laman web dan media sosial seperti Tik Tok. Penggunaan gajet yang tinggi lebih daripada 3 jam di kalangan anak anak remaja amat menakutkan dan membimbangkan kita sebagai ibubapa. 

Tahukah kita kesan penggunaan gajet yang lama boleh menyebabkan masalah pada mata. 

Kesan Penggunaan Gajet Pada Mata

Penggunaan gajet lebih dari 3 jam akan memberi kesan ada mata anak anak. Antara kesan kesannya adalah;

1. Peningkatan power spek mata
Ini akan berlaku kalau anak anak kita dah start pakai spek mata. Makin lama makin banyak peningkatan power spek. Pengembangan bola mata berlaku saraf kat belakang mata akan koyak. Jika saraf belakang mata koyak ini akan menyebabkan mata menjadi buta. 

2. Otot fokus mata yang tak stabil
Kanta dalam mata kita ibarat macam kanta dalam sebuah kamera. Cuba bayangkan bila kita selalu hadap gajet terlalu lama dan terlalu fokus akan sampai satu ketika mata akan jadi kabur. Oot fakus mata kita menjadi tidak stabil dan akan ambil masa untuk kembali ok. 

3. Mata cepat penat 
Mata akan jadi cepat penat dan tak boleh di kawal akibat terlalu aktif sangat dengan gajet contohnya main game. Bila main game mata akan fokus pada game dan tidak teralih ke tempat lain. 

4. Juling
Juling adalah salah satu lagi kesan disebabkan penggunaan gajet berlebihan. Doktor Mohd Hafidz Ithnin turut berkongsi pengalaman beliau pada tahun 2020 berkenaan remaja 14 tahun yang mempunyai masalah juling. Doktor tanya apa dia buat hingga mata menjadi juling. Remaja berkenaan bagitahu dia main game PUBG 5 jam sehari  dan kadang kadang lagi lama menjadikan auto fokus tak terkawal. 




Doktor bagi terapi pada remaja berkenaan dan biasanya proses penyembuhan mengambil masa enam bulan hingga ke setahun jika masala juling yang di hadapi tidak terlalu teruk. 

5. Susah nak tidur (imsomnia)
Bila menggunakan smartphone terlalu lama kita akan jadi susah nak tidur. Sebab apa susah nak tidur? Sebab badan kita bila terdedah pada cahaya biru dari smartphone akan mengganggu penghasilan hormon yang menjadikan kita susah nak tidur. 

Bagaimana Nak Jaga Mata Tanpa Meninggalkan Gajet


Doktor Mohd Hafidz Ithnin turut berkongsi beberapa tips yang boleh digunakan untuk jaga mata tanpa meninggalkan gajet. Berikut KakYa kongsikan tips yang di kongsikan oleh beliau;

1. Berehat seketika dan boleh sambung semula pengunaan gajet

Bagaimana nak menjaga mata anak tanpa tinggalkan penggunaan gajet, kesan gajet pada mata kanak kanak, blue light filter, pemeriksaan mata kanak kanak

Berehat seketika dan boleh sambung semula penggunaan gajet. Satu jam hadap gajet pastu rehat sekejap. Boleh tengok pemandangan jarak jauh supaya mata boleh berehat. Lima minit rehatkan mata dan boleh sambung semula. Yang penting jangan terlalu fokus sampai tiga jam straight duk mengadap gajet. 

2. Galakkan aktiviti luar rumah (outdoor activity)

Bagaimana nak menjaga mata anak tanpa tinggalkan penggunaan gajet, kesan gajet pada mata kanak kanak, blue light filter, pemeriksaan mata kanak kanak

Kanak kanak yang menghabiskan masa di luar rumah, kurang menghadapi masalah juling dan power spek mata tinggi. Ini kerana mereka banyak menghabiskan masa di luar rumah dengan membuat aktiviti berfaedah yang tidak melibatkan gajet. Jadi sesekali tu, bawa anak anak kita biat aktiviti kat luar rumah, jangan bagi diaorang asyik engan gajet jer. 

3. Kanta khas untuk penggunaan gajet

Bagaimana nak menjaga mata anak tanpa tinggalkan penggunaan gajet, kesan gajet pada mata kanak kanak, blue light filter, pemeriksaan mata kanak kanak

Kadang kadang anak anak kita ni bila dah terdedah pada gajet diaorang akan leka dan seronok dengan gajet. Bagi mengelakkan masalah pada mata anak anak seeloknya gunakan kanta khas untuk penggunan gajet. 

4. Penggunaan kanta penapis berwarna biru

Bagaimana nak menjaga mata anak tanpa tinggalkan penggunaan gajet, kesan gajet pada mata kanak kanak, blue light filter, pemeriksaan mata kanak kanak

Pastikan juga penggunaan kanta penapis berwarna biru atau blue light filter supaya cahaya biru tak masuk terus pada mata anak anak kita. 

KakYa sendiri menggunakan blue light filter untuk smartphone KakYa bagi mengelakkan mata terdedah pada cahaya biru. 

5. Beri ganjaran pada anak (tak semestinya duit)

Bagaimana nak menjaga mata anak tanpa tinggalkan penggunaan gajet, kesan gajet pada mata kanak kanak, blue light filter, pemeriksaan mata kanak kanak

Ini satu teknik yang perlu ibubapa terapkan pada anak anak. Menurut Doktor Mohd Hafidz Ithnin dalam perkongsiannya semalam, sebagai ibubapa kita boleh bagi insiatif pada anak anak. Contohnya kalau anak anak behave tak tengok phone lama lama ibubapa boleh bawa anak anak pergi melancong ke atau boleh belikan anak anak buku lukisan ke kalau anak anak suka melukis. 

Dengan cara ini ibubapa boleh mengurangkan penggunaan gajet agar tidak digunakan secara keterlaluan di kalangan anak anak. 

Buat Pemeriksaan Jangan Bertangguh Jika Anak Anak Ada Masalah Mata 


Semalam lepas KakYa dengar perkongsian dari Doktor Mohd Hafidz Ithnin, apa yang boleh KakYa simpulmatikan kat sini, kalau anak anak kita mengadu mengenai mata diaorang atau kita nampak ada perubahan pada mata dioarang, cepat cepat buat pemeriksaan mata dan jangan bertangguh.

Orang kata cegah sebelum parah. Bukan apa kalau kita dah tahu awal senang untuk buat rawatan awal. Kalau lama lama nanti, takut keadaan  makin teruk dan sukar untuk dirawat. Jadi sebagai ibubapa, jangan kita lupa untuk pantau penggunaan gajet dan pastikan mata anak anak kita sentiasa dalam keadaan sihat.

Korang yang berminat menghadiri sesi perjumpaan bersama dengan Doktor Mohd Hafidz Ithnin pada 11.12.2021 sila hubungi Optom Eyecare Bandar Baru Bangi di talian 011-11479093 untuk maklumat lanjut. 

Sebelum terlupa KakYa nak warwarkan pada korang, Optom Eyecare Bangi turut memperkenalkan satu servis baru khas untuk kanak kanak iaitu Kiddos Eyecare. Untuk maklumat lanjut berkenaan servis dan perkhidmatan yang disediakan oleh Optom Eyecare Bangi, korang boleh layari;

Website : https://optom.com.my/
Instagram : www.instagram.com/optombangi
Fb: www.facebook.com/optombangi

atau singgah untuk pemeriksaan mata korang di alamat tertera;

Optom Eyecare Bangi
No.37, Jalan 8/1, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(Berdekatan Marrybrown, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi)

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Ulasan lanjut lebih mendalam tentang tabiat penggunaan gajet sangat membantu juju. Lepas ni kena selalu ingatkan diri dan anak tentang rehat mata selepas sejam. Tqqq kongsi ilmu bermanafaat.

    BalasPadam
  2. Info yang berguna ni. Anak saya banyak jugak tengok gajet. risau dengan mata dia.

    BalasPadam
  3. Nice sharing kak. Ada cara nak kurangkan risiko sakit mata kanak-kanak yang gemar gajet.

    BalasPadam
  4. budak2 nie kalau kita tak ingatkan mmg ngadap je la henpon tu.. nk cuba tips jaga mata yg KakYa share nie

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.