Semakan Tarikh Dan Tempat Ujian UKKM Kemasukan Ke MRSM 2022

Semakan Tarikh Dan Tempat Ujian UKKM Kemasukan Ke MRSM 2022  | Pagi tadi KakYa ada dapat satu SMS dari pihak MARA sekitar jam 11 pagi. SMS panggilan untuk menduduki UKKM MRSM Tingkatan 1 2022 untuk Akif. 

RM0: MARA : Sila hadir untuk menduduki UKKM Tingkatan 1. Layari https://mrsm.mara.gov.my/semakanUKKMf1 untuk semakan lanjut.

Bila dah dapat SMS terus KakYa klik link yang diberikan tapi tak dapat nak masuk pagi tadi sebab line tengah busy. Mungkin ramai sangat ibubapa yang duk klik link yang diberikan makanya jadi jammed tak tak boleh masuk. Jadi KakYa biarkan dulu dan petang tadi KakYa cuba lagi, akhirnya dengan satu klik jer alhamdulillah berjaya masuk. 

Semakan Tarikh, Masa Dan Tempat Ujian Kemasukan Ke MRSM (UKKM 2022)


Semakan tarikh, masa dan tempat ujian boleh disemak secara dalam talian bermula jam 10.00 pagi tadi 29 November 2021.

Cara Semakan Ujian UKKM MRSM 2022


Berikut KakYa kongsikan cara semakan UKKM MRSM 2022 untuk panduan ibubapa pemjaga di luar sana. 

Cara Semakan Ujian UKKM MRSM Bagi Tingkatan 1 2022


- Layari laman web rasmi UKKM MRSM di http://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMf1
- Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk
- Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan.

Tarikh ujian UKKM MRSM tingkatan 1 2022, semakan ujian UKKM MRSM tingkatan 1 2022, MARA, ujian UKKM MRSM, laman web MARA, tempat ujian UKKM MRSM

Semakan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Tingkatan Satu 2022


KakYa dah selesai buat semakan untuk Akif. Alhamdulillah semoga dipermudahkan untuk Akif menjawap ujian UKKM MRSM Tingkatan 1 2022. Sahabat pembaca blog KakYa tolomg doakan untuk Akif juga ya. 


Tarikh ujian UKKM MRSM tingkatan 1 2022, semakan ujian UKKM MRSM tingkatan 1 2022, MARA, ujian UKKM MRSM, laman web MARA, tempat ujian UKKM MRSM

Akif akan menduduki ujian UKMM pada 14 Disember 2021 di MRSM Kuantan, Pahang. Walaupun bersekolah di Terengganu tapi alamat kami kat negeri Pahang. Mungkin sebab alamat di Pahang dan MRSM Kuantan antara yang paling dekat dengan tempat tinggal kami kot jadi Akif dapat kat sini. Kawan kawan Akif yang lain dapat di Terengganu.
 
              

Maklumat Lanjut Berkenaan UKKM MRSM 2022


Untuk maklumat lanjut berkenaan UKKM MRSM 2022, sila hubungi nombor telefon ini 03-2613 2000 atau layari laman sesawang  www.mara.gov.my untuk info terkini.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.