Iman Dan Akif Selesai Vaksin Dos Ke 2

Iman Dan Akif  Selesai Vaksin Dos Ke 2 | Harini 24 November 2021 hari temujanji vaksin ke dua untuk anak kedua KakYa Iman dan anak bongsu Akif. Alhamdulillah pagi tadi KakYa dan suami bawa anak anak pergi PKDC untuk vaksin dos ke 2 diaorang. Syukur pada Allah SWT, proses vaksinasi kedua dua hero KakYa berjalan lancar dan dipermudahkan olehNYA. 

Terima kasih Allah kerana mempermudahkan urusan kami sekeluarga pada pagi tadi. Alhamdulillah anak anak ok dan setakat ni masih lagi ok takde apa apa masalah. Semoga anak anak sihat walafiat dan penerimaan vaksin untuk tubuh badan diaorang berjalan dengan baik. InsyaAllah. 

Vaksin dos 2, vaccine second dose, pfizer, vaccine for covid19,  digital certificate for Covid19 vaccination, tarikh temujanji vaksin covid19
Akif cakap tak sakit pon tapi pedih jer sikit.

Vaksin dos 2, vaccine second dose, pfizer, vaccine for covid19,  digital certificate for Covid19 vaccination, tarikh temujanji vaksin covid19
Iman pulak cakap tak rasa apa pon. Hahaha tak sedar gamaknya masa nurse cucuk. 

Kalini KakYa dapat tangkap gambar anak anak masa cucuk vaksin. Bukan setakat tangkap gambar jer dapat ambil video jugak. Masa dos pertama tak dapat nak tangkap gambar dan ambil video diaorang sebab orang ramai dan proses berjalan cepat sangat. KakYa pon tak sempat masuk nak tangkap gambar diaorang masa tu. Untuk dos kedua pagi tadi, alhamdulillah dapat jugak tangkap gambar dan videokan proses cucuk vaksin anak anak untuk di simpan sebagai kenangan.

Tarikh Temujanji Vaksin Iman Dan Akif 


Temujanji pertama untuk dos pertama Iman dan Akif pada 3 November 2021 alhamdulillah dipermudahkan olehNYA dan berjalan lancar dan harini 24 November 2021 dos kedua diaorang. Diaorang punya tarikh vaksin sepatutnya awal lagi dan diaorang vaksin kat sekolah tapi tarikh yang sepatutnya untuk vaksin, Akif dan Iman kuarantin masa tu jadi tarikh vaksin diaorang tertunda dan kena pergi sendiri kat PKDC.

Vaksin dos 2, vaccine second dose, pfizer, vaccine for covid19,  digital certificate for Covid19 vaccination, tarikh temujanji vaksin covid19


Vaksin dos 2, vaccine second dose, pfizer, vaccine for covid19,  digital certificate for Covid19 vaccination, tarikh temujanji vaksin covid19


Digital Certificate For Covid-19 Vaccination 


Yeay! Dah dapat dah sijil vaksin. Suka sangat dua beradik ni bila dah dapat sijil vaksin dengan dos ke dua. Kita tunggu sijil berubah warna kuning pulak pasni!

Vaksin dos 2, vaccine second dose, pfizer, vaccine for covid19,  digital certificate for Covid19 vaccination, tarikh temujanji vaksin covid19
Sijil Vaksin Akif


Vaksin dos 2, vaccine second dose, pfizer, vaccine for covid19,  digital certificate for Covid19 vaccination, tarikh temujanji vaksin covid19
Sijil Vaksin Iman


Apa Tunggu Lagi Posing Tempat Wajib Lepas Vaksin


Dah selesai proses vaksin, sempat jugak tangkap gambar kat tempat wajib posing lepas vaksin. Makanya jom ler kita pakat pakat posing dulu kat sini sementara takde orang lain. Kebetulan masa ni orang tak ramai jadi Umi pon rajin sikit la tangkap gambar. 

Haritu masa vaksin dos pertama anak anak,ramai betul orang duk bergambar ... Umi pon malas nak minta anak anak bergambar sebab keadaan sesak dengan orang ramai kat situ. Lagipon masa tu anak anak duk ajak balik jer lepas dah vaksin. Nak rehat cepat katanya.  Jadi Umi ikut apa kata anak anak jer la. Tapi harini kawasan tempat bergambar lengang jer, boleh la kita posing lama lama sikit. 

Vaksin dos 2, vaccine second dose, pfizer, vaccine for covid19,  digital certificate for Covid19 vaccination, tarikh temujanji vaksin covid19
Mintak dia senyum sikit tapi katanya mood hilang sakit kena cucuk. Sabar jer la.

Vaksin dos 2, vaccine second dose, pfizer, vaccine for covid19,  digital certificate for Covid19 vaccination, tarikh temujanji vaksin covid19
Iman pulak takde satu pon gambar tak bukak mask, semua gambar dia pakai mask. Umi yang duk tangkap gambar dia ni pon tak perasan. Tapi takpe la ada la jugak gambar kenangan. 

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. alhamdulillah, semoga anak-anak kita semua di dalam jagaan Allah swt, aamiin hencem dah anak-anak hero Lya :)

    BalasPadam
  2. Lps 2 minggu nnt bertukar kuningle sijil tu. Tahniah

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.