i-Fitri Bantuan Raya Untuk Rakyat Terengganu 2022

i-Fitri Bantuan Raya Untuk Rakyat Terengganu 2022| Berita baik untuk rakyat Terengganu, Kerajaan negeri Terengganu akan menyalurkan bantuan raya menerusi i-Fitri kepada seramai 115,000 rakyat Terengganu yang layak pada tahun 2022 membabitkan peruntukan kira-kira RM33.47 juta.  Alhamdulillah dana raya  dilaksanakan kembali dengan nama baru i-Fitri. Tahniah buat pemimpin dan syukur alhamdulillah untuk rezeki buat rakyat Terengganu. 

tarikh dan cara permohonan i-Fitri, i-Fitri 2022 dana raya untuk rakyat terengganu, kelayakan dan kadar bantuan i-Fitri, i-Fitri 2022


i-Fitri Untuk Rakyat Terengganu


Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bantuan berjumlah RM400 akan disalurkan kepada 31,500 isi rumah miskin manakala bantuan RM250 pula diberikan kepada 83,500 isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000.

"Bantuan berkenaan akan disalurkan menjelang hari raya nanti dan diharapkan ia dapat menyokong kewangan kesemua isi rumah B40 dan sebahagian isi rumah M40 supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah dan berkat selepas dua tahun menyambutnya dengan penuh keterbatasan"

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Terengganu 2022 pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-14 (Bajet) di Wisma Darul Iman, pada 15 November 2021.

Kelayakan Dan Kadar Bantuan i-Fitri


Kelayakan dan kadar bantuan i-Fitri telah ditetapkan seperti berikut:

- Golongan B40 dan M40
- RM400 kepada isi rumah miskin
- RM250 kepada isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000


Tarikh Dan Cara Permohonan i-Fitri 2022


Untuk maklumat semua tarikh dan cara permohonan i-Fitri masih belum diumumkan buat masa ini dan akan diumumkan tidak lama lagi. Mohon bersabar. 

Tarikh Bayaran i-Fitri


Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, bantuan i-Fitri akan disalurkan menjelang hari raya Aidilfitri 2022 iaitu pada penghujung April 2022 sebagai persediaan bagi menyambut hari raya puasa.


Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.