E Sijil Malaysia Quran Hour 1443H

E Sijil Malaysia Quran Hour 1443H |  Syukur alhamdulillah akhirnya e-sijil yang di tunggu tunggu dapat juga. KakYa ingatkan aritu dah tak dapat dah e-sijil Malaysia Quran Hour 1443H
sebab terlewat sikit isi maklumat yang diperlukan. Tapi dah tertulis rezeki masih milik KakYa dan anak anak, makanya tak ke mana. Tetap dapat walaupun lewat. Alhamdulillah dapat sijil Malaysia Quran Hour 1443H pada 21 Oktober 2021. KakYa dan anak anak semua dapat. 



KakYa dan anak anak join program ni pada 21 Muharram 1443H bersamaan 30 Ogos 2021 yang lalu. Program Malaysia Quran Hour ini merupakan misi Malaysia kali ke-7 anjuran Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF) yang bernaung dibawah Kumpulan Media Karangkraft dengan kerjasama TV Al-Hijrah, Sinar Harian, Media dan Rumah Ngaji seluruh Malaysia. Program selama satu jam ini dijalankan di lokasi masing masing bermula pada pukul 12 hingga 1 tengah hari. 

TV Al-Hijrah sebagai penyiar rasmi. Program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal ini membawakan solusi daripada Ilahi melalui Surah Al-Mulk dan 7 surah Musabbihat sebagai formula menuju Malaysia Berbudi dan Penyayang. 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Alhamdulillah. Semoga diberi kesempatan Kak Ya dan anak-anak join program macam ni lagi

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.