Bantuan Awal Persekolahan 2022 Dinaikkan Kepada RM150

Bantuan Awal Persekolahan 2022 Dinaikkan Kepada RM150 | Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah jenis bantuan One-Off. Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Kadar Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Murid yang menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan diberi bantuan sebanyak RM100.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off). Untuk tahun 2022 kadar bantuan awal persekolahan adalah RM150.00 . Kenaikan sebanyak RM50.00 berbanding tahun tahun sebelumnya sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Pembentangan Bajet 2022 baru baru ini. 

Bantuan awal persekolahan 2022, bantuan sekolah rm150 2022, permohonan bantuan awal persekolahan BAP, Bajet 2022, syarat kelayakan BAP

Pemilihan Dan Kriteria Kelayakan Pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

- Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) 

- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan.

- Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

Kaedah Penyaluran Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP)


Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke  Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah  ATAU Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK.

Maklumat Lanjut Mengenai Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2022


Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Awal Persekolahan (BAP), sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan tertera: 
 
https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. salam singgah
    bantuan ni kena apply through sekolah atau sekolah bgi direct thru maklumat apdm?

    BalasPadam
  2. wow! terima ksih untuk info ni kak Lya

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.