Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid 19 BKC

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid 19 BKC  |
Kenyataan media YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Ismail Sabri Yaakob mengenai pembayaran fasa 1 Bantuan Khas Covid-19 secara berperingkat. Berikut adalah kenyataan bertulis daripada Perdana Menteri berkenaan kelewatan pembayaran Bantuan Khas Covid-19 BKC. 

1. Saya mengambil maklum isu kelewatan bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan Ogos yang lalu. Oleh itu, saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran BKC. Hari ini (1 September 2021) dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan.

2. Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021. BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan. (Rujuk Jadual 1)

3. BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

4. Pada 28 Jun 2021, kerajaan telah mengumumkan Pakej PEMULIH sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik COVID-19.

5. Pembayaran seterusnya akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. (Rujuk Jadual 2)

6. Saya sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

7. Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar.

DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
1 SEPTEMBER 2021

Apakah Itu Bantuan Khas Covid-19 BKC


Bantuan Khas COVID-19 atau BKC adalah bantuan tunai langsung bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

Dibawah Pakej Pelindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang telah di umumkan oleh mantan Perdana Menteri ke 8 pada Jun 2021 yang lalu.

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Covid-19 BKC


Fasa 1 bagi proses pengkreditan Bantuan Khas Covid-19 akan bermula pada 6 September 2021.  pengagihan Bantuan Khas Covid fasa 1 dijangka selesai menjelang 10 September 2021. Seramai 10 juta ahli Keluarga Malaysia yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan dijangka dapat merasai manfaat hasil daripada keprihatinan kerajaan Malaysia hari ini. 

Siapakah Yang Layak Menerima Bantuan Khas Covid-19 BKC


Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah berdasarkan syarat kelayakan BPR 2021 dan juga pembayar cukai pendapatan (LHDNM) dengan klasifikasi seperti berikut:

1. Miskin tegar
2. B40
3. M40

Isi rumah / Warga emas sebatang kara (WE) / Individu Bujang  


Adakah Perlu Membuat Permohonan Bagi Mendapatkan Bantuan Khas Covid- 19 BKC


Anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:

1. Miskin tegar
Permohonan BPR 2021 yang didaftar secara automatik daripada data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan eKasih

2. B40
Permohonan BPR 2021

3. M40
Percukaian (LHDNM)

Apakah Kriteria Semakan Kelayakan Bantuan Khas Covid-19 BKC


Kriteria semakan kelayakan Bantuan Khas Covid-19 BKC adalah seperti berikut:

1.Miskin tegar
Berdasarkan kriteria kelayakan BPR 2021 dengan jumlah pendapatan:

i. Isi rumah / Warga emas – RM5,000 dan ke bawah 
ii. Bujang – RM2,500 dan ke bawah

2. B40
 Berdasarkan kriteria kelayakan BPR 2021 dengan jumlah pendapatan:

i. Isi rumah / Warga emas – RM5,000 dan ke bawah 
ii. Bujang – RM2,500 dan ke bawah

3.M40

Melaporkan cukai pendapatan dengan jumlah pendapatan:

i. Isi rumah - RM5,001 hingga RM9,000  
ii. Bujang - RM2,501 hingga

Berapakah Bayaran Bantuan Covid-19 BKC Yang Akan Diterima?


Bayaran BKC yang akan diterima adalah seperti berikut:

bkc tarikh bayaran terkini, bkc semakan status, bkc bantuan khas covid19 2021, bantuan bkc b40, bkc 2021, bantuan khas covid 19 bujang, permohonan bkc


Pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC)


Bilakah tarikh pembayaran Bantuan covid-19 BKC akan dilaksanakan. Pembayaran BKC akan dibuat seperti berikut:

bkc tarikh bayaran terkini, bkc semakan status, bkc bantuan khas covid19 2021, bantuan bkc b40, bkc 2021, bantuan khas covid 19 bujang, permohonan bkc

bkc tarikh bayaran terkini, bkc semakan status, bkc bantuan khas covid19 2021, bantuan bkc b40, bkc 2021, bantuan khas covid 19 bujang, permohonan bkc

Bagaimanakah kaedah bayaran ini bakal
dilaksanakan. Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:

bkc tarikh bayaran terkini, bkc semakan status, bkc bantuan khas covid19 2021, bantuan bkc b40, bkc 2021, bantuan khas covid 19 bujang, permohonan bkc

Semakan Status Bantuan Covid-19 BKC 


Bila dan bagaimana semakan status boleh dibuat. Semakan status Bantuan Khas Covid-19 BKC boleh dibuat mulai 6 September 2021 di Portal Rasmi Bantuan Covid-19 BKC
https://bkc.hasil.gov.my . Portal rasmi Bantuan Covid-19 BKC hanya boleh dicapai mulai 6 September 2021.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Tak perasan pulak ada bantuan BKC nih! terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.