Penjagaan Kesihatan Luaran Dan Dalaman Di Kalangan Wanita

Penjagaan Kesihatan Luaran Dan Dalaman Di Kalangan Wanita | Sebagai seorang wanita terutama yang bergelar isteri, penjagaan kesihatan luaran dan dalaman amat penting untuk dititikberatkan. Bukan saja penjagaan luaran yang perlu dijaga tapi penjagaan dalaman juga perlu di ambil kira dan di beri perhatian serius agar kita tidak ditimpa masalah kesihatan di kemudian hari. Kalau sekadar luaran jer cantik tapi dalaman bermasalah, kita ini diibaratkan malas menjaga kesihatan dan tidak mengambil berat tentang penjagaan kesihatan diri sendiri.


Zaman serba maju ini sepatutnya tiada lagi masalah dalam penjagaan kesihatan luaran dan dalaman tapi masih ramai lagi dikalangan wanita hari ini bersikap sambil lewa dalam penjagaan kesihatan. Ada juga sesetengah daripada wanita malu untuk mengaku mereka mempunyai masalah dalaman dan lebih rela bersikap menyembunyikan daripada berterus terang kepada pasangan atau membuat rujukan dengan berjumpa doktor.

Sebenarnya penjagaan kesihatan luaran dan dalaman amat perlu kita tekankan terutama dalam keadaan sekarang di mana negara kita masih lagi berperang dengan wabak Covid19. Segala aspek tentang kesihatan perlu di ambil peduli agar kesihatan luaran dan dalaman diri terjaga dan kita bebas dari masalah masalah kesihatan. 


Kesihatan Dalaman : Kepentingan Dalam Pembinaan Rumahtangga Bahagia 


Penjagaan kesihatan dalaman wanita adalah sangat penting untuk kesan jangka panjang. Wanita terutamanya yang sudah bersuami, perlu ingat dan sematkan di hati mengenai kepentingan menjaga kesihatan dalaman yang membawa kepada pembinaan rumahtangga bahagia. Ingatlah wahai wanita sekalian, jangan ambil mudah perihal kesihatan dalaman wanita kerana kebahagiaan suami isteri turut bergantung pada kesihatan dalaman kita. 

Nak jadi isteri bahagia dan isteri dambaan suami, jom sama sama kita belajar cara menjaga kesihatan luaran dan dalaman wanita. Tak salah belajar untuk kebahagiaan kita juga di kemudian hari. 

Tradisional Atau Moden Itu Bukan Persoalan, Yang Penting Kesihatan Dalaman Terjaga


Sesetengah wanita suka mengamalkan cara tradisional atau petua orang lama untuk penjagaan dalaman dan sesetengah lagi suka pada cara moden.  Tak kisah nak ikut cara moden atau tradisional bergantung pada diri dan keselesaan masing masing. Orang cakap nak seribu daya tak nak seribu dalih. KakYa pon ada juga amalkan cara moden dan turut mengamalkan petua orang lama untuk kesihatan dalaman KakYa. Alhamdulillah tak kira petua lama atau moden ianya sangat sangat membantu KakYa dalam menjaga kesihatan dalaman hingga ke hari ini. 

Sepertimana yang kita tahu, nenek moyang kita dahulu selalu tekankan mengenai penjagaan kesihatan dalaman terutaman wanita bersalin dan dalam pantang. Semasa berpantang 
makanan pantang bersalin  sangat sangat disarankan untuk diambil selepas bersalin kerana dapat mengelakkan sakit badan, keletihan, kelesuan, luka lambat sembuh dan pelbagai lagi. 


Selain itu  pengambilan herba adalah satu cara penjagaan dalaman yang masih diamalkan sehingga kini. Amalan pengambilan herba samaada secara moden dan tradisional masih lagi dipraktikkan oleh kaum wanita masa kini dalam penjagaan kesihatan dalaman mereka agar keharmonian rumahtangga terjaga. 

Senaman Juga Penting Untuk Kesihatan Dalaman 


Bukan saja pengambilan makanan berpantang dan herba herba yang perlu untuk kesihatan dalaman tetapi senaman yang betul turut memainkan peranan penting dalam mendapatkan kesihatan dalaman yang lebih baik. 

Wanita selepas bersalin disarankan untuk mengamalkan senaman lantai pelvik atau  senaman kegel bagi meningkatkan tonus otot dan membantu mengembalikan fungsi otot lantai pelvik. Senaman kegel adalah senaman paling penting untuk mengetatkan faraj selepas bersalin. 



Penjagaan Kesihatan Wanita Terutamanya Kesihatan Seksual Bukanlah Sesuatu Yang Menjadi Pantang Larang Untuk Dibincangkan 


Mahkota wanita adalah harta yang tidak ternilai bagi seorang wanita. Sebagai wanita mahkota inilah yang perlu kita jaga demi sebuah keharmonian dalam rumahtangga. Sesebuah rumahtangga akan terjejas jika masalah berpunca daripada mahkota wanita. Penjagaan mahkota wanita perlu di pandang serius bagi mengelakkan pergolakan dalam sesebuah rumahtangga. 

Perihal penjagaan kesihatan wanita terutama seksual bukanlah sesuatu yang menjadi pantang larang untuk dibincangkan sebaliknya perlu dikupas lebih meluas agar dapat mendidik wanita dalam menjaga kesihatan dalaman dengan lebih baik. 

Ramai wanita diluar sana masih lagi tidak tahu cara penjagaan Miss V yang betul. KakYa rasa terpanggil untuk berkongsi mengenai perkara ini buat semua. 

Sebenarnya biarpun mahkota wanita ini sensitif, penjagaannya sangat mudah jika kita tahu cara yang betul. Cara penjagaan Miss V yang betul bukan hanya pada cara mencuci sahaja tapi banyak lagi yang perlu di titikberatkan seperti cara pemakaian dan material yang kita gunakan yang turut memberi kesan sampingan kepada Miss V. 

Tips Penjagaan Miss V Yang Betul


KakYa kongsikan kat sini beberapa tips yang boleh di praktikkan dalam penjagaan Miss V agar Miss V kekal sihat tanpa masalah;

- Gunakan air suam untuk mencuci Miss V dan keringkan menggunakan tuala kering yang bersih.
- Jika datang bulan, luangkan lebih masa untuk mencuci Miss V.
- Gunakan pakaian dalam daripada kain kapas. 
- Tukar pakaian dalam jika basah atau berpeluh. 
- Jangan menggunakan produk yang mempunyai pewangi ke atas Miss V. 
- Elakkan memakai pakaian dalam yang terlalu ketat. 
- Sentiasa mengamalkan senaman.
- Lebihkan pengambilan air kosong setiap hari.


Topik Kesihatan Wanita Bukanlah Sekadar Cerita Tentang Jamu Jer Tapi Ianya Juga Membabitkan  Penjagaan Kesihatan Mental Dan Fizikal


Masalah kesihatan dalaman wanita tidak hanya tertumpu pada satu satu topik sahaja tetapi kaum wanita cenderung melalui pelbagai masalah dalaman seperti aspek kehamilan, fibroid, kitaran haid, menopous dan pelbagai lagi masalah kesihatan dalaman yang lain. Oleh kerana itu, wanita perlu tahu langkah langkah pencegahan awal agar pencegahan dapat diambil sebelum terlewat. 


Mengamalkan pengambilan jamu untuk kesihatan dalaman amatlah digalakkan bagi memulihkan kesihatan wanita terutama wanita berkerjaya kerana ianya dapat memberi lebih stamina dan meningkatkan sistem imun pada tubuh supaya kembali segar. 

Selain pengambilan jamu, penjagaan kesihatan mental dan fizikal perlu dijaga. Tahap kesihatan fizikal perlu terjaga begitu juga kesihatan mental perlukan penjagaan rapi agar kehiduapan dapat diteruskan dengan lebih baik. 


Sedarkah Anda Kajian Dan Statistik Kesihatan Dan Kesuburan Wanita Di Malaysia Sangat Membimbangkan


Sedarkah kita kajian dan statistik kesihatan dan kesuburan wanita di Malaysia sangat sangat membimbangkan. Mengikut kajian pada tahun 2016, Jabatan Perangkaan Malaysia telah mendedahkan satu statistik yang menunjukkan kadar kehamilan negara kita telah jatuh mendadak ke tahap yang terendah dalam sejarah. Nisbah kadar kehamilan buat wanita yang berusia 15 hingga 49 tahun hanya 1.9 bayi.

Lebih membimbangkan lagi, purata umur ibu yang melahirkan bayi pertama adalah pada usia 27.7 tahun. Statistik ini menunjukkan bahawa isu masalah kesuburan wanita terutamanya subkesuburan tidak lagi boleh dipandang remeh dan perlu ditangani dengan kadar segera.

Berikut KakYa kongsikan beberapa faktor yamg menyebabkan ketidaksuburan di kalangan lelaki dan  wanita;

- Kurang zat makanan
- Genetik
- Jangkitan
- Kecacatan lahir, tanpa testis
- Hormon tidak seimbang
- Pencemaran
- Amalan gaya hidup tidak sihat

Menurut kajian, 10 hingga 15 peratus insiden ketidaksuburan berlaku bagi setiap pasangan. 

Punca lain yang menyebabkan seorang lelaki tidak subur ialah mati pucuk dan ejakulasi pramatang, ejakulasi ke dalam pundi kencing, sekatan pada testis dan kerosakan organ reproduktif.

Punca lain yang menjadikan wanita tidak subur  subur ialah stres, masalah ovulasi, saluran telur tersumbat, kelainan pada sel telur,  endometriosis dan berat badan berlebihan. 

Sama Sama Kita Mendidik Diri Dalam Penjagaan Kesihatan Luaran Dan Juga Dalaman


Ok itu saja perkongsian penjagaan kesihatan luaran dan dalaman di kalangan wanita yang dapat KakYa kongsiakan pada pembaca blog KakYa petang ini. Sama sama kita mendidik diri dalam penjagaan kesihatan luaran dan dalaman agar lebih baik di masa akan datang.

Untuk lebih info mengenai kesihatan wanita dan nak didik diri mengenai kesihatan, ilmu hak hak isteri, parenting dan komunikasi dalam rumahtangga serta topik topik menarik mengenai alam perkahwinan, korang boleh follow facebook Isteri Sihat dan jangan lupa singgah ke website IsteriSihat.Com.my. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat wanita wanita di luar sana. 

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Good sharing kak Ya. Semua wanita kena alert soal penjagaan kesihatan dalaman ni tak kisahlah umur dan status. Thanks for the useful tips

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.