Pembersih Wajah Tanah Liat Bebas Sabun Azyma Care

Pembersih Wajah Tanah Liat Bebas Sabun Azyma Care | Assalamulaikum, hi korang. Pagi ni KakYa nak ajak korang sembang mengenai produk pembersih wajah yang KakYa sedang guna sekarang ni. Pernah dengar mengenai Azyma Care? Pagi ni  kita sembang mengenai pembersih wajah atau pencuci muka dari Azyma Care iaitu Clay Soap-Free Purifying Gel.

Pembersih wajah tanah liat bebas sabun Azyma Care, Azyma Care, jenama dijamin berkualiti, produk dermatologist tested, Halal Jakim, hypoallergernic
Tudiaaaa .....

Yang KakYa tunggu tunggu dah tiba. Alahai senangnya dalam hati bila pencuci muka Azyma Care Clay Soap-Free Purifying Gel dah ada kat depan mata. Ha aahh kita nyanyi sikit petang ni. Jangan hujan turun sudah.

Kalau korang nak tahu, pencuci muka Azyma Care Clay Soap-Free Purifying Gel ini adalah produk terbaru keluaran Azyma Group Sdn Bhd.  Kiranya ni baby baru Azyma Care la ni. 

Pembersih wajah tanah liat bebas sabun Azyma Care, Azyma Care, jenama dijamin berkualiti, produk dermatologist tested, Halal Jakim, hypoallergernic

Pencuci Muka Azyma Care Clay Soap-Free Purifying Gel

Pencuci muka Azyma Care Clay Soap-Free Purifying Gel adalah poduk terbaharu Azyma Care yang berasaskan tanah liat dan ekstrak botanikal yang mendapat 100% kelulusan oleh pakar kulit yang telah mengesahkan ianya sangat lembut sehingga boleh di pakai di kulit bayi begitu juga bagi mereka yang berkulit sensitif. 

Pembersih wajah tanah liat bebas sabun Azyma Care, Azyma Care, jenama dijamin berkualiti, produk dermatologist tested, Halal Jakim, hypoallergernic

Pencuci muka Azyma Care Clay Soap-Free Purifying Gel  mengandungi 5 bahan utama iaitu Koalin Clay, Lavender , Aloe Vera, Cucumber dan Chamomile di dalamnya. Terdapat juga dua bahan aktif semulajadi yang istimewa turut ditambah iaitu Royal Jelly dan Bee Propolis khusus untuk kulit wajah.

Manfaat Royal Jelly Dan Bee Propolis


Sebelum KakYa citer lebih lanjut mengenai pencuci muka Azyma Care Clay Soap-Free Purifying Gel, KakYa nak citer dulu manfaat dua bahan aktif semulajadi yang terdapat dalam produk ini. Ok jom kita kenal lebih dekat Royal Jelly dan Bee Propolis.

Royal Jelly

Antara kebaikan yang terdapat dalam Royal Jelly ialah;

• Rembesan yang menyerupai susu dan terhasil dari kelenjar pharyngeal koloni lebah madu sebagai makanan eksklusif untuk ratu lebah.

• Royal Jelly juga dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit

• Kaya dengan nutrisi seperti protein, air, gula, lemak, garam, vitamin dan asid amino untuk menyokong kesihatan dan tumbesaran, menambah kesuburan dan membekalkan tenaga.

• Royal Jelly digunakan untuk membantu menyihatkan kulit dan menjadikannya lebih berseri kerana kandungan nutrisinya yang kaya dengan asid amino, vitamin dan juga mineral.

Pembersih wajah tanah liat bebas sabun Azyma Care, Azyma Care, jenama dijamin berkualiti, produk dermatologist tested, Halal Jakim, hypoallergernic

Bee Propolis

Apakah kebaikan Bee Propolis. Antara kebaikan yang terdapat dalam Bee Propolis ialah;

• Campuran melekit seakan resin yang dihasilkan lebah madu daripada air liurnya dan juga rembesan yang terkumpul dari tunas atau getah pokok serta sumber botani yang lain

• Dalam produk penjagaan kulit , propolis membentuk lapisan pelindung pada permukaan kulit juga menjauhkan perengsa yang mungkin menyebabkan kerengsaan dan noda kulit.

• Digunakan sebagai gam bagi mengukuh, membaiki dan mengisi rekahan pada sarang lebah.

• Mempunyai ciri anti-bakteria dan anti-oksida untuk melindungi kulit.

• Propolis dapat membantu menghilangkan pori-pori tersumbat secara semula jadi untuk memberikan kulit yang bersih dan licin.

• Propolis juga digunakan sebagai antiseptik semula jadi untuk luka.

• Propolis terdiri dari nutrien yang mendorong pertumbuhan sel yang membantu mempercepat proses penyembuhan.

• Pelbagai vitamin, mineral dan asid amino yang terdapat dalam propolis juga membantu menyuburkan kulit, memberikan nutrien penting yang diperlukan.

• Propolis telah digunakan untuk menyeimbangkan masalah kulit dan menenangkan kulit yang bermasalah, melembabkan dan melembutkan kulit.

• Antioksidan yang terdapat dalam propolis dapat membantu proses penyembuhan luka dengan merangsang aliran darah dan mengurangkan peradangan.

Pembersih wajah tanah liat bebas sabun Azyma Care, Azyma Care, jenama dijamin berkualiti, produk dermatologist tested, Halal Jakim, hypoallergernic


Mendapat Sijil Dermatologist Tested, Mild And Gentle, Suitable For Sensitive Skin :  Produk Azyma Care Selamat Untuk Kulit


Pilihan bahan semulajadi yang dijamin selamat untuk kegunaan kulit wajah. Produk selamat dan KakYa lebih yakin nak guna, semestinya tiada bahan merbahaya  yang boleh membahayakan kulit seperti parabens, SLES dan SLS.

Pembersih wajah tanah liat bebas sabun Azyma Care, Azyma Care, jenama dijamin berkualiti, produk dermatologist tested, Halal Jakim, hypoallergernic

Paling KakYa suka sekali tentang produk terbaru Azyma Care ini adalah, pencuci muka Azyma Care Clay Soap-Free Purifying Gel  telah mendapat sijil Dermatologist Tested, Mild and Gentle, Suitable For Sensitive Skin. Selain berstatus "Dermatologist Tested", Clay Soap Free Purifying Gel ini juga mendapat status "Hypoallergernic" iaitu sangat lembut sehingga boleh di pakai di kulit bayi.

Pembersih wajah tanah liat bebas sabun Azyma Care, Azyma Care, jenama dijamin berkualiti, produk dermatologist tested, Halal Jakim, hypoallergernic

Jadi korang kalau ada masalah kulit muka sensitif takyah risau dah kalau korang nak guna produk ni. 
 
Pencuci muka Clay Soap-Free Purifying Gel Azyma Care Dijamin berkualiti dengan 100% tanah liat asli tanpa bahan yang boleh memudaratkan kulit muka dan produk ini telah mendapat pengiktirafan HALAL dari pihak Jakim serta mempunyai mempunyai NPRS – NOT210405478K dan berstatus kilang ISO , US FDA & GMP

Kebaikan Pencuci Muka Clay Soap-Free Purifying Gel 


KakYa citer sikit la kebaikan Clay Soap-Free Purifying Gel untuk korang kat luar sana. Antara kebaikannya adalah; 

⚘ Melembapkan dan melembutkan kulit muka
⚘ Mengatasi kulit kering dan kegatalan
⚘ Mengatasi masalah jerawat dan banyak lagi kebaikan yang lain. 

Cara Penggunaan Pencuci Muka Clay Soap-Free Purifying Gel 


Cara nak guna pencuci muka Clay Soap-Free Purifying Gel ni sama jer seperti korang guna pencuci muka yang lain.  Mula mula picitkan sedikit gel pencuci muka kat tapak tangan dan gosokkan dengan sedikit air hingga berbuih. 

Bila dah keluar buih buih lembut tu, sapu dan cuci keseluruhan muka bagi bersih. Ok sebelum KakYa lupa, KakYa nak bagitahu kat korang, pencuci muka Clay Soap-Free Purifying Gel ni takde banyak buih tau. Buih yang sikit sikit dan lembut gitu jer. 

Ok lepas dah cuci keseluruhan wajah bilas dengan air dan lap muka muka dengan tuala bersih. Dah siap cuci muka! Rasa kesegaran kat wajah selepas menggunakan pencuci muka Clay Soap-Free Purifying Gel.

Apa Kata KakYa Selepas Seminggu Menggunakan Pencuci Muka Clay Soap-Free Purifying Gel


Nak citer kat korang apa yang KakYa rasa selepas seminggu penggunaan pencuci muka Clay Soap-Free Purifying Gel. 


Paling utama sekali kulit wajah jadi makin lembap dan lembut. Ya! betul makin lembap dan tak kering macam dulu. Kalau dulu kulit muka ni lebih ke arah kering dan mudah menggelupas disebabkan KakYa lebih banyak berada dalam rumah dan kurang berada kat luar. Jadi kurang pada pancaran cahaya matahari. Kurang cahaya matahari pon tak elok juga untuk kulit. Lepas guna pencuci muka Clay Soap-Free Purifying Gel KakYa rasa kulit lebih elok berbanding sebelum ni. 


Satu lagi wajah nampak lebih muda. Hahaha tu anak KakYa cakap. Kulit muka Umi makin cantik la. Mau tak kembang semangkuk Umi bila anak puji. Tapi ya la rasa kulit nampak muda dan berseri seri gitu. Ya la kot sebelum ni tak jumpa pencuci muka yang betul betul ok dalam membersihkan pori pori kulit yang tersumbat. Bila dah guna produk yang betul dapatlah membersihkan seluruh pori pori tersumbat dan kulit jadi lebih sihat.

Mana Nak Dapatkan Pencuci Muka Clay Soap-Free Purifying Gel


Kalau korang dah rasa jatuh cinta dengan pencuci muka Clay Soap-Free Purifying Gel dan peelukan info detail, korang boleh singgah kat laman web Azyma Care;


Atau untuk pembelian produk korang klik jer link kat bawah;


Catat Ulasan

0 Ulasan