My First Dose Vaksin Today

My First Dose Vaksin Today | Alhamdulillah, setelah sekian lama duk menanti dan duk buka tutup buka tutup aplikasi MySejahtera tanpa jemu sejak empat lima bulan ni. Akhirnya dapat jugak tarikh untuk penerimaan vaksin. Syukur sangat sangat. Masa dapat tarikh vaksin tu kan punyalah happy rasa nak pegi canang habis kat orang yang kita dah dapat tarikh vaksin. Hahaha, seyes la happy. KakYa paling last antara adik beradik dalam family yang dapat tarikh vaksin. Adik beradik yang lain dah lama settle 2 dose. KakYa baru nak cucuk first dose. 




Ok masuk balik dalam citer. Bila dah dapat tarikh untuk vaksin, dah mula pulak episod cerita baru. Episod demi episod duk menghitung hari macam duk layan citer bersiri Korea.  Kejap kejap KakYa tengok kalendar, kejap kejap tengok kalendar. Excited sungguh la nak pegi vaksin. Dan akhirnya tibalah masa yang di tunggu tunggu. 

Yeayy tiba juga harinya. 12 September 2021. Today is my 1st dose vaksin day.

Saya Sudah Di Vaksin


Alhamdulillah perjalanan vaksin KakYa tengahari tadi berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan KakYa sepanjang penerimaan vaksin. Syukur samgat sangat. Terima kasih Allah kerana mempermudahkan urusan KakYa hari ini.

DONE! My first dose vaksin. 12 September 2021. Simpan sini sebagai kenangan. 

Balik rumah tadi KakYa ada rasa cam sakit dada sekejap dan lengan jadi kebas. Kejap jer tak lama pon sakit dada. Tapi lain la rasa. Pastu petang ni tangan rasa makin kebas. Nak angkat pon separuh jer. Rasa lenguh lenguh manja gitu. Nak kena berehat lebih ni. 

Alhamdulillah anak anak banyak membantu buat kerja rumah. Al maklum la masing masing dah besar dan tahu tanggungjawap diaorang. Jadi Umi takde la nak susah hati sangat. Balik tadi happy sangat tengok rumah siap kemas. Semua dah settle kemas rumah dan bilik masing masing masa Umi balik rumah tadi. Good job anak anak Umi. Terbaik! Macam selalu. 

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Syukur..dah sahut cabaran ambil vaksin

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah Lya, kita ikhtiar kan :)

    BalasPadam
  3. tahniahh.. tunggu second dose lah pulak nanti

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah Kak Ya. Semoga dipermudahkan urusan untuk dos kedua pula. Harap sihat-sihat sahaja

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.