Majlis Agama Islam Selangor MAIS Bantu Asnaf Al Riqab Menjalani Kehidupan Lebih Baik

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Bantu Asnaf Al -  Riqab Menjalani Kehidupan Lebih Baik | Baru baru ni KakYa dan beberapa sahabat blogger Kbba9 di jemput untuk mendengar taklimat dan perkongsian pengalaman daripada Ustaz Muhammad Zulhusni bin Abdul Rashid dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkenaan asnaf Al - Riqab. 

Asnaf Al-Riqab, Al-Riqab MAIS, Asnaf Riqab, Golongan penerima zakat,  Apa maksud Al Riqab, Majlis Agama Islam Selangor, Zakat, Zakat Selangor

Seyes cakap, sebelum ni KakYa tak pernah dengar mengenai asnaf Al - Riqab dan apa yang diusahakan oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam membantu asnaf Al - Riqab dalam menjalani kehidupan yang lebih baik. Setelah mendengar perkongsian daripada Ustaz, alhamdulillah sedikit sebanyak KakYa dah dapat info dan tahu serba sedikit apa itu asnaf Al - Riqab dan peranan MAIS dalam membantu asnaf Al - Riqab di negeri Selangor. 

Asnaf Al-Riqab, Al-Riqab MAIS, Asnaf Riqab, Golongan penerima zakat,  Apa maksud Al Riqab, Majlis Agama Islam Selangor, Zakat, Zakat Selangor

Apa Itu Al - Riqab


Definasi Al - Riqab mengikut fatwa Negeri Selangor.
 
Riqab adalah seorang yang terbelenggu di bawah satu kuasa yang menghalang kebebasan dirinya
Fatwa Sistem Pengurusan Zakat Negeri Selangor 2009.

Ar-riqab adalah salah satu golongan yang berhak menerima zakat. Perkara ini disebut di dalam ayat 60 surah at-Taubah yang bermaksud, “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya (ar-riqab), dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Asnaf Al-Riqab, Al-Riqab MAIS, Asnaf Riqab, Golongan penerima zakat,  Apa maksud Al Riqab, Majlis Agama Islam Selangor, Zakat, Zakat Selangor


Jenis Jenis Penerima Asnaf Al - Riqab 


1. Kategori Masalah Sosial

Terbelenggu Dengan Dadah

• Penagih dadah
• Bekas penagih dadah 

Terbelenggu Dengan Masalah Jenayah Syariah

• Minum arak
• Zina
• Judi
• Khalwat 
• Muncikari (Ibu Ayam)
• Sumbang mahram 
• Buang anak 
• Mengandung luar nikah
• Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan islam 
• Persetubuhan haram
• Mempersendakan Al Quran dan Hadis
• Dan lain lain yang berkaitan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995

Terbelenggu Dengan Amalan Salah Islam

• Tidak solat
• Tidak puasa
• Buang anak 
• Usaha ingin bunuh diri
• Hidup bersama pelacur

Terbelenggu Dengan Gaya Hidup Songsang

• Pelacur
• Lesbian
• Gay
• Maknyah
• Tomboy
• Gigolo
• Pengkid
• Homoseksual
• Biseksual

Terbelenggu Dengan Kes Juvana

• Gangster
• Jenayah melibatkan harta benda 
• Kes rompakan
• Pergaduhan yang melibatkan kecederaan
• Pecah rumah 
• Kes rogol 
• Jenayah yang melibatkan senjata berbahaya
• Ugutan yang melibatkan keganasan

Terbelenggu Dengan Penyakit Kronik

• HIV / AIDS
• Hepatitis
• Kanser
• Tibi
• Lain lain

2. Kategori Masalah Akidah

Terbelenggu Dengan Masalah Syirik Dan Khurafat

• Doktrin palsu
• Mengaku menjadi Nabi
• Menghina islam 
• Pemujaan salah 
• Mempersendakan Al Quran dan hadis 

Memurnikan Akidah Orang Islam Yang Terpesong

• Orang yang ingin atau berhasrat murtad
• Orang yang dalam proses beristitabah

Kriteria Penerima Bantuan Asnaf Al - Riqab

Antara kriteria yang di ambil kira dalam pemberian bantuan kepada asnaf Al - Riqab ialah;

1. Beragama Islam.

2. Tiada mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

3. Tidak mendapat bantuan daripada sumber-sumber lain.

4 Telah mendapat pengesahan pihak MAIS untuk membebaskan dirinya dari belenggu yang dihadapi.

5. Dengan rela hati mengikuti program pemulihan dan rawatan spiritual Islam yang dilaksanakan oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor dan bersetuju menghadiri kelas-kelas bimbingan agama yang telah ditetapkan oleh pihak MAIS.

Jenis Jenis Bantuan Yang Diberikan Kepada Asnaf Al - Riqab


Berikut adalah jenis jenis bantuan yang diberikan kepada asnaf Al - Riqab;

1. Bantuan sewa rumah
2. Bantuan bulanan
3. Bantuan perubatan
4. Bantuan modal
5. Bantuan sumbangan program atau aktiviti
6. Bantuan guru pembimbing
7. Bantuan firma guaman
8. Bantuan individu terkesan
9. Bantuan pengurusan jenazah
10. Bantuan pemulihan asnaf di RPR
11. Bantuan sumbangan hari raya

Asnaf Al-Riqab, Al-Riqab MAIS, Asnaf Riqab, Golongan penerima zakat,  Apa maksud Al Riqab, Majlis Agama Islam Selangor, Zakat, Zakat Selangor

Asnaf Al-Riqab, Al-Riqab MAIS, Asnaf Riqab, Golongan penerima zakat,  Apa maksud Al Riqab, Majlis Agama Islam Selangor, Zakat, Zakat Selangor


Pelaksanaan Asnaf Al - Riqab Di Negeri Selangor

 
Pelaksanan asnaf Al - Riqab di negeri Selangor telah di tubuhkan melalui sektor pembangunan sosial dan penyediaan terperinci dilaksanakan oleh Bahagian Pemulihan Riqab yang diketuai oleh ketua bahagian pemulihan Al - Riqab. 

Bahagian Pemulihan Al - Riqab terbahagi kepada beberapa unit penting yang membawa visi;

Membangunkan asnaf Al - Riqab ke arah mendapatkan keredhaan Allah

Dan Misi;

Menawarkan perkhidmatan yang cemerlang dalam aspek pendaftaran, perawatan, pemulihan, perlindungan, pengawalan secara menyeluruh dan berkesan kepada asnaf Al - Riqab berlandaskan Al Quran dan As Sunnah

Bahagian pemulihan Al - Riqab berfungsi dalam;

• Memperkasa dan menguatkuasa undang undang Riqab melalui fatwa, peraturan, SOP dan yang berkaitan. 

• Membangun dan melaksana modul Riqab dengan teratur dan berkesan.

• Meningkatkan hubungan kerjasama dengan agensi luar bagi membebaskan asnaf Riqab.

• Membebaskan mereka yang terjebak dalam masalah sosial dan akidah agar kembali bertaubat.

• Mengawal selia Rumah Pemulihan Majlis serta menyelaras Rumah Pemulihan Riqab. 

• Mencegah penularan penyakit sosial dan akidah di kalangan masyarakat islam. 

Pelan Strategi Bahagian Pemulihan Al - Riqab


Pelan strategi bahagian pemulihan Al - Riqab terdiri daripada; 

Pendaftaran :  Mendaftarkan asnaf Al - Riqab dan Rumah pemulihan Al - Riqab dengan kerjasama agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. 

Rawatan : Merawat pelatih melalui dua cara iaitu rawatan rohaniyah dan rawatan secara klinikal. 

Bantuan :  Memberi sokongan material agar mereka dapat meneruskan kehidupan secara normal. 

Kawalan : Mengawal dan mencegah aktiviti yang boleh menyebabkan seseorang terjerumus ke lembah maksiat dan murtad.

Pemulihan : Memulihkan akhlak dan emosi pelatih melalui modul yang bersepadu dari segi fizikal, intelek, emosi dan rohani.

Perlindungan : Melindungi para pelatih di tempat yang selamat bagi memastikan penyakit yang membelenggu pelatih tidak merebak kepada orang lain dan boleh di rawat.

Program pemulihan terdiri daripada beberapa fasa iaitu;

1. Fasa 1 : Pelaksanaan ziarah ke rumah asnaf  atau lokasi pilihan asnaf.

2. Fasa 2 : Pelaksanaan program repo dan program penghayatan islam.

3. Fasa 3 : Pelaksanaan kelas bimbingan berjadual, rawatan dan pemulihan.

4. Fasa 4 : Taubat terpimpin dan latihan sebagai pendakwah (ikon).

Pelan Pemulihan MAIS Dalam Membantu Mengekalkan Kepulihan Asnaf Al - Riqab 


1. Pemulihan melalui program I'laj & Rehan secara berkala dengan kerjasama;

• Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
• Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan 
• Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan 

2. Ziarah ke rumah asnaf Al - Riqab.

3. Bimbingan agama secara berjadual setiap minggu kepada asnaf Al - Riqab yang berada di luar pusat.

4. Sokongan dan kesedaran kepada keluarga yang mempunyai waris yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

5. Bimbingan kepada keluarga asnaf  Al - Riqab supaya redha dan prihatin kepada ahli keluarga yang tergolong sebagai asnaf Al - Riqab.

6. Bantuan rawatan spiritual islam dan rawatan klinikal melalui pusat - pusat rawatan yang di iktiraf.

Asnaf Al-Riqab, Al-Riqab MAIS, Asnaf Riqab, Golongan penerima zakat,  Apa maksud Al Riqab, Majlis Agama Islam Selangor, Zakat, Zakat Selangor

Asnaf Al-Riqab, Al-Riqab MAIS, Asnaf Riqab, Golongan penerima zakat,  Apa maksud Al Riqab, Majlis Agama Islam Selangor, Zakat, Zakat Selangor

Asnaf Al-Riqab, Al-Riqab MAIS, Asnaf Riqab, Golongan penerima zakat,  Apa maksud Al Riqab, Majlis Agama Islam Selangor, Zakat, Zakat Selangor


Program Program Yang Di Jalankan Oleh Pihak MAIS Untuk Asnaf Al - Riqab 


Terdapat pelbagai program yang dijalankan oleh pihak MAIS untuk asnaf Al - Riqab. Antara program - program yang dijalankan menggunakan tiga modul iaitu Modul Istitabah, 
Modul Transformasi Insan dan Modul Pemulihan Komuniti DiSayangi (LGBT) adalah;

1. Program kaunter pameran dan penerangan bahagian pemulihan Al - Riqab MAIS.

2. Program temuseru asnaf riqab (mak nyah).

3. Program Mukhaiyyam asnaf riqab (mak nyah).

4. Program temusahur asnaf Al - Riqab.

5. Kelas bimbingan agama.

6. Rawatan spiritual islam.

7. Program tautan mahabbah.

8. Ziarah ke rumah.

9. Program penghayatan islam.

10. Agihan bantuan sempena menyambut syawal.

11. Kelas bimbingan fardu ain.




Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Semoga dengan adanya bantuan daripada pihak Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS), akan membolehkan asnaf Al - Riqab ini menjalani kehidupan yang lebih baik, tersusun dan teratur berlandaskan cara hidup islam yang sebenar. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib. 

Ini saja perkongsian KakYa untuk kali ini berkenaan Asnaf Al - Riqab buat pembaca blog KakYa. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membuka mata kita untuk lebih memahami dan mengetahui mengenai asnaf Al - Riqab. 

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan asnaf Al - Riqab tuan puan boleh berhubung melalui;

Bahagian Pemulihan Al - Riqab
Sektor Pembangunan Sosial
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Kompleks MAIS Klang
Tingkat 2, 3 Dan 6 Kompleks MAIS
Lot 336 Jalan Meru Off Jalan Kapar
41050 Klang, Selangor.

No Tel : 03-33614000 / 03-33614080

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Thanks for sharing kak Ya. Harap usaha MAIS ni dapat membantu mereka yang sangat perlukan bimbingan, bukan hinaan. Doa saya agar mereka dapat keluar dari masalah yang dihadapi dan dapat menjalankan kehidupan normal

    BalasPadam
  2. Ya Allah..jauhilah generasi hari ini dari masalah tingkah laku.Aamiin

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.