Sijil Kuiz Kerjaya Peringkat Kebangsaan

Sijil Kuiz Kerjaya Peringkat Kebangsaan | Alhamdulillah semalam dan harini anak anak dah dapat Sijil Kuiz Kerjaya Peringkat Kebangsaan yang dioarang join pada 26 Julai 2021. Majlis penutup dan pengumuman pemenang telah dilaksanakan pada 30 Julai 2021 dan pihak penganjur telah menetapkan sijil penyertaan akan diuruskan secara berperingkat dalam tempoh 14 hari selepas majlis penutup. 

Sibuk Chek Email Hari Hari


Bila dah tahu e-sijil akan dapat selepas hari penutup dan tempoh penghantaran sijil adalah 14 hari, makanya setiap harilah jugak Akif duk refresh email moe dia kot kot sijil dah masuk email. Bukan dia aje, Umi dia pon rajin duk jenguk email. Pendek kata la kan, hari hari jenguk email. Hahaha excited nak tengok sijil. Bab ni memang dia laju.

Kakak Dan Abang Dah Dapat Sijil Tapi Dia Belum Dapat! Haaa Sudah ...


Kuiz online yang dapat sijil, kuiz online 2021, kuiz online sekolah rendah, kuiz online sekolah menengah, akifimtiyaz.com, kumpul sijil kuiz online
Ceria jer design sijil penuh ngan warna warni. Kita yang tengok ni pon rasa suka.

Semalam abang dia cakap dah dapat Sijil Kuiz Kerjaya Peringkat Kebangsaan, pastu kakak dia pulak cakap dah dapat jugak kat email. Makanya apalagi dia laju la semak email. Tapi hampa sebab takde email untuk sijil dia, huhuhu. KakYa cakap la mungkin pihak penganjur hantar yang sekolah menengah dulu kot, nanti dah settle hantar email pada peserta sekolah menengah diaorang hantar la yang sekolah rendah pulak. 

Kuiz online yang dapat sijil, kuiz online 2021, kuiz online sekolah rendah, kuiz online sekolah menengah, akifimtiyaz.com, kumpul sijil kuiz online
Alhamdulillah dapat sijil.

Bab Komplen Dia Menang!


Boleh pulak dia komplen naper sekolah menengah dapat sijil dulu, masa jawap ritu kan budak sekolah rendah yang jawap dulu. Hadoi laa memang tak puas hati betul la dia ni. Nak kena terang satu satu cari fakta bagi kat dia. Terlebih nak tahu susah gak ni. Ntah laa nak Umi pon tatau diaorang buat sistem penghantaran cam mana. 

Makanya Umi dia ni pegi la carik kot kot ada mana mana fakta yang boleh dijadikan sandaran kenapa kakak ngan abang dia dah dapat, tapi dia belum dapat. Ko jangan main main ngan dia bab bab sijil ni, boleh jadi merajuk muncung sedepa. Sensitif isu betul kalau bab sijil. Jangan memain nak bawak bergurau, dia tuntut hingga dapat huhuhu. 

Makanya Umi dia dapat bukti sahih untuk tunjuk kat dia. Ni haa bacalah ni;

STATISTIK SUBMISSION

SEKOLAH MENENGAH

MENENGAH RENDAH
- 25 974

MENENGAH ATAS
- 27 007

SEKOLAH RENDAH
- 34 967


Kakak Dengan Abang Join Yang Sekolah Menengah


Kakak ngan abang join yang sekolah menengah. Kalau ikut statistik sekolah menengah rendah dan sekolah menengah atas yang join sikit jer berbanding sekolah rendah. Jadi mungkin la kot pihak penganjur email yang sekolah menengah la dulu. Ikut kategori paling sikit kot dapat dulu. Ha ambik kau terang satu satu dah kat dia. Mula mula menengah rendah, pastu menengah atas pastu nanti Akif dapat la sijil. Toksah la bimbang sebab untuk kuiz ni semua peserta akan dapat sijil. Tak macam kuiz yang satu lagi tu, masih tak tahu hujung pangkal citer, entah dapat ke tidak sijilnya. 

Kuiz online yang dapat sijil, kuiz online 2021, kuiz online sekolah rendah, kuiz online sekolah menengah, akifimtiyaz.com, kumpul sijil kuiz online
Ok lengkap! Semua dah dapat sijil dah. 


Akhirnya Dapat Dah Sijil Dia


Pagi tadi masa duk PdPR dalam kul 11 lebih camtu, dia cakap ada email moe masuk. Umi tolong check jap. Tengah kelas ni. KakYa pon check la email dia. Akhirnya yang di tunggu tunggu menjelma jua. Yeaayy dapat dah Sijil Kuiz Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2021. Muka pon ada senyum la bila dah dapat sijil. 

Tunggu Sijil Sijil Lain Yang Tak Kunjung Tiba


Ok bertambah satu lagi sijil untuk Akif. Tapi duk cakap bab bertambah ni ada gak lagi sijil sinil Kalau kuiz dan larian yang Akif join belum dapat lagi. Ada yang dah lama sangat join tak dapat dapat lagi. Harap harap dapat secepat yang mungkin. Nanti boleh  pilih untuk Cikgu key-in kat dalam sistem. Mana satu yang Cikgu rasa sesuai. 

Misi kumpul sijil diteruskan lagi... Semoga tak jemu dengan kuiz dan larian yang bakal disertai nanti. All the best anakku ..

Catat Ulasan

0 Ulasan