Settle Untuk Durio Virtual Run 2021

Settle Untuk Durio Virtual Run 2021 | Baru baru ni anak anak KakYa, Iman dengan Akif ada join Durio Virtual Run anjuran  Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd Yunos Sulaiman, Johor. Iman dan Akif dan settlekan larian diaorang pada 14 Ogos 2021 dan KakYa dahpon hantar bukti larian pada pihak penganjur. 

Alhamdulillah dapat jugak diaorang berlari baru baruni dalam masa yang terhad. Ya la musim musim sekarang ni KakYa tak galakkan anak anak keluar rumah sebenarnya. Tapi untuk larian ni diaorang berlari kat kawasan yang takde orang kat belakang kawasan perumahan. Abah diaorang yang temankan. Kat situ ada sungai dan kawasan penanaman tembikai yang dah dituai. Jadi takde orang kat kawasan tu, boleh la berlari dengan aman tanpa gangguan dan takut takut. Akhirnya .. Berjaya jugak tamatkan 5KM. 


Durio virtual run 2021, virtual sekolah rendah untuk sijil peringkat kebangsaan, virtual run sekolah menengah untuk sijil peringkat kebangsaan,
Bukti larian Akif


Durio virtual run 2021, virtual sekolah rendah untuk sijil peringkat kebangsaan, virtual run sekolah menengah untuk sijil peringkat kebangsaan,
Bukti larian Iman


Bukti Larian Di Terima Pihak Penganjur


Pagi tadi KakYa sempat pm salah seorang guru yang terlibat sebagai pihak penganjur untuk comfirmkan mengenai penghantaran bukti larian anak anak samaada diterima atau tidak. Mana la tahu kot kot tak cukup piawaian yang ditetapkan. Kan tak pasal pasal tak dapat sijil. Alhamdulillah guru terlibat balas dan bukti larian anak anak di terima. 

Durio virtual run 2021, virtual sekolah rendah untuk sijil peringkat kebangsaan, virtual run sekolah menengah untuk sijil peringkat kebangsaan,

Ok Durio Virtual Run 2021 dah settle. Kita tunggu sijil. Katanya sijil akan dapat pada bulan Oktober nanti. Yeayy bakal dapat satu lagi sijil peringkat kebangsaan. Dak Akif tu lepas habis berlari duk tanya selalu ... lambat lagi ke dapat sijil. Ermmm bulan Oktober baru dapat nak. Sabor jer la!

Dua Virual Run Lagi Sedang Menunggu! 


Sekarang ni anak anak ada dua virtual run lagi yang belum settle. Merdeka Hike 2021 (MH2021) peringkat kebangsaan akan bermula pada 30 Ogos 2021 hingga 16 September 2021 dan International Eco Nature Virtual Run 2021 (IENVR2021) peringkat antarabangsa akan bermula pada 1 September 2021 hingga 30 September 2021.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.