Selamat Hari Merdeka Ke 64 Malaysia

Selamat Hari Merdeka Ke 64 Malaysia | 64th Malaysia Independence Day 2021. Alhamdulillah hari ni Allah SWT masih lagi memberi peluang untuk kita sama sama menghirup udara segar di bumi Malaysia ini. Salam Merdeka ke 64 buat semua pembaca blog KakYa. 

Selamat Hari Merdeka Ke 64, 64th Malaysia Independence Day 2021, Malaysia Prihatin, Tema Merdeka 2021, Gambar Merdeka, Merdeka 64 Logo,Merdeka 64 tema

64th Malaysia Independence Day 2021

Tema Hari Kebangsaan untuk tahun 2021 masih lagi mengekalkan , "Malaysia Prihatin" sebagai tema sambutan seperti tahun lepas. Gabungan perkataan 'Malaysia' dan 'Prihatin' menggambarkan seluruh rakyat di negara ini turut sama memerangi wabak Covid19 serta kecaknaan kerajaan dengan melakukan pelbagai inisiatif merangkumi aspek ekonomi dan kebajikan demi kelangsungan hidup rakyat. #MalaysiaPrihatin.

31 Ogos Sudirman Haji Arshad 


Kita bagi semarak sikit sambutan Merdeka, jom pakat nyanyi lagu 31 Ogos nyanyian arwah Sudirman Haji Arshad.

31 Ogos - Sudirman

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka


MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !!
Selamat Hari Kebangsaan Malaysia ke - 64 . 

Catat Ulasan

3 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.