Pingat Pertama Malaysia Di Olimpik Tokyo Tahniah Aaron Chia Dan Soh Wooi Yik

Pingat Pertama Malaysia Di Olimpik Tokyo Tahniah Aaron Chia Dan Soh Wooi Yik | Malaysia memperoleh pingat pertama di temasya Sukan Olimpik Tokyo menerusi beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. Beregu nombor 1 negara itu memperoleh gangsa dalam aksi penentuan tempat ketiga Sukan Olimpik Tokyo semalam setelah berjaya menundukkan Mohamad Ahsan - dan Hendra Setiawan dari Indonesia dengan keputusan 17-21, 21-17, 21-14 dalam aksi hampir satu jam di Musashino Forest Sport Plaza.

Sukan olimpik tokyo, sukan olimpik, badminton, sukan,  pingat gangsa, pingat olimpik malaysia, tahniah Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, regu badminton
Sumber gambar : BERNAMA 

Pingat Pertama Malaysia Di Olimpik Tokyo 2020


Pingat pertama Malaysia dalam Olimpik Tokyo 2020 diperoleh selepas lebih dari seminggu temasya sukan terbesar di dunia itu dibuka secara rasmi pada 23 Julai lepas. TAHNIAH
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. TAHNIAH MALAYSIA! Berakhirnya satu penantian.

Jangan Terkejut!


Kalau tanya bab sukan kat KakYa dan family, sukan badminton, bola sepak dan lumba basikal (tak minat sangat pon tapi sebab Mohd Azizulhasni Awang ada maka jadi minat la jugak) adalah sukan pilihan kami sekeluarga. Jadi bila Malaysia ke Olimpik Tokyo 2020, antara sukan yang kami sokong dan berikan perhatian pastinya badminton. 

Makanya jangan terkejut sangat bila tetiba pagi ni korang baca tentang badminton kat blog KakYa. Tanda support Malaysia menang gangsa semalam, maka lahirlah entri ni pagini. Sebenarnya nak publish semalam tapi busy sikit tak sempat. Pagini baru ada masa sikit.

Tahniah lagi sekali buat regu nombor 1 Malaysia di atas kejayaan memenangi pingat gangsa di Olimpik Tokyo 2020. Semoga kejayaan meraih gangsa ini, dapat meningkatkan lagi semangat pasukan Malaysia di Olimpik Tokyo. Yeahh Malaysia Boleh!

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Bangga kan dengan game semalam.. Alhamdulillah pingat pertama
    Semua atlit yang bawa pingat atau tidak semua besttt dan buat terbaik. So proudddddd

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.