Permohonan Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 Dan 4 Sesi 2022

Permohonan Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 Dan 4 Sesi 2022 |Assalamualaikum, hi semua. Pagini KakYa nak kongsikan mengenai permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 Sesi 2022. Pihak MARA telah membuka permohonan kemasukan ke MRSM tingkatan 1 dan tingkatan 4 2022 bermula hari ini, 29 Ogos 2021 sehingga 5 November 2021. MARA mempelawa calon calon yang cemerlang dalam akademik dan aktif dalam kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains Mara (SPMRMM) yang menawarkan program program berteraskan kokurikulum kebangsaan dan antarabangsa. 

Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 2022  kini dibuka, permohonan kemasukan MRSM tingkatan 1 2022, permohonan MRSM 2022

Borang Permohonan Online Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Sesi 2022


Borang permohonan online kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 sesi 2022 secara online boleh diakses melalui pautan ini;  https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 2022  kini dibuka, permohonan kemasukan MRSM tingkatan 1 2022, permohonan MRSM 2022

Syarat Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Tahun 2022


Berikut syarat syarat yang perlu dipatuhi oleh calon calon yang ingin memohon.

1. Calon warganegara Malaysia.

2. Ibu atau bapa ialah warganegara Malaysia.

3. Calon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).

4. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.

5. Calon lahir pada 2 Jan 2009 hingga 1 Jan 2010 bagi calon Tingkatan 1 2022 atau lahir pada 2 Jan 2006 hingga 1 Jan 2007 bagi calon Tingkatan 4.

6. Calon dari sekolah kebangsaan (tahun 1 hingga 6) / sekolah menengah kebangsaan (tingkatan 1 hingga 3) sahaja.

7. Ibu bapa atau penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.

8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

9. Untuk maklumat tambahan, sila rujuk Syarat dan Pilihan Program MRSM pada pautan yang telah disediakan oleh pihak MARA.

Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 2022  kini dibuka, permohonan kemasukan MRSM tingkatan 1 2022, permohonan MRSM 2022


Panduan Permohonan Ke MRSM Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 2022


1. Calon perlu merujuk kepada Buku Panduan Permohonan MRSM sebelum membuat permohonan secara dalam talian.

2. Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan MRSM.

3. Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah dibawah tanggungjawab masing-masing.

Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 2022  kini dibuka, permohonan kemasukan MRSM tingkatan 1 2022, permohonan MRSM 2022,MARA

Semoga perkongsian mengenai Permohonan Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1  Dan Tingkatan 4 Sesi 2022 ini memberi manfaat buat kita semua. Alhamdulillah KakYa dan berjaya hantar permohonan untuk Akif pagi tadi. Semoga ada rezeki untuk Akif melangkah ke MRSM. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.